kita2.... ;-p

Sunday, September 29, 2013

selepas 3 tahun lebih


15 Mac 2010




20 September 2013

Saturday, September 21, 2013

sambutan hari lahir

Bagi sesetengah orang, memang wajib sambut hari lahir. Malah, ada yg bergaduh laki bini sbb salah seorang tak ingat hari lahir pasangan. Biasanya lelaki la yg selalu lupa. Tapi sekarang, mereka dibantu oleh alarm dari handset. Awal2 lagi dah set tarikh hari lahir pasangan dan anak2. Takot kne marah sebab lupa.

Soal sambut tak sambut pulak, rasanya, bergantung kepada cara didikan keluarga masing2. Mcm Arjuna, keluarga dia tak kenal apa itu sambutan hari lahir. Malah, tak ingat tarikh hari lahir tu, perkara biasa bagi mereka. Arjuna ckp, dalam seumur hidup dia, tak pernah diorang adik beradik sambut hari lahir. Jadi, bila dia tak reti, tak beriya2 nak sambut hari lahir saya, hari lahir anak2, tak adil la kan kalau saya nak marah2, mengamuk tak tentu pasal. Dah mmg dia tak pandai nak buat benda2 celebrate2 ni.

Tapi keluarga saya lain. Kami ingat tarikh hari lahir semua org dlm keluarga. Walaupun kami takla buat majlis besar2an, tp sambutan tu tetap ada. Buat biasa2 saja. Kadang bli kek, bli KFC mkn satu keluarga kat rumah. Kadang mkn ais krim dgn bnyk pelbagai perisa kat pantai. Kadang pergi mkn pizza satu keluarga. Kadang mkn sate n kerepok lekor je kat rumah. Sambutan dan ucapan tu tetap ada. Kadang tu, bukan buat on that exact birthday pun..Kalau masing2 bz, kami sambut 2,3 hari selepas tu. Mcm tu lah.

Ok, intro panjang. Hihi...
Jadi panjang sbb nak cite Arjuna tak reti nak sambut birthday je..Itu je pointnya..Haha...

Baca tak entry lepas?
Idea belon helium plus kelambu kat taman tak menjadi la.
Pertama sebab Arjuna tak nak panjat gantung kelambu kat taman. Kedua sebab takde belon.

Saya ke kedai belon pd petang Khamis. Salegirl tu ckp, belon helium tak tahan lama. Kalo nak guna petang Jumaat mmg tak boleh la sbb belon tu tak akan naik dah. Dan kedai tu plak, tutup hari Jumaat. Lorrr..Bli belo biasa je la.

So, petang Jumaat, lepas Asar, kami sekeluarga pilih satu tempat kat Taman Kuala Ibai ni tuk picnic sambut birthday. Sambut sekaligus birthday Qasyaf, Qisya and my beloved ayah.

Hurmmm, jom layan gambar....


 Menunya sate, nasi impit, mee hon dan pulut kuning. Special tu ada pulut kuning layered by serunding siap ada pacak batang happy brithday lagi tu atas dia..Hihi..
 
 
 Kami picnic kat taman kat masjid terapung tu je. Mulanya nak lepak tepi lagoon kat org mandi manda, sekali penuh sangat. Takpelah, tepi tasik masjid pun jadilah...
 
 
Adik with tok ayah and bebu...Qasyaf la panggil bebu...Tok ibu?...Jadi bebu?..Alahai...
 
 
 Acara makan2...Arjuna amik gambar, so dia tiada dlm gambar..
 
 
 Sambut birthday 3 org kesayangan saya ni la.
 
 
 Eh, kenapa ada cahaya pelangi2 tu?..Ini adalah shoot dr amatur. Nak shoot gambar ada bubble la konon.Haha..
 
Bebu memeluk cucu kesayangan. Eh, kang jeles plak adik and Wafiq kalo saya ckp Qasyaf cucu kesayangan..Hihi..Tp kan, anak sulong apatah lagi cucu sulong bukan ke selalu menjadi kesayangan?.hahaha...Statement nak buat adik2 i cebek mulut...Hahaha..
 

 Acik pun ada...Acik yg belanja sate tu...
 
 
Qasyaf tak habis2 dengan pistol bubble nya..

Budak ni pulak, dr awal sampai sudah duk pegang kepok lekor..Sampai lunyai..Hahaha..
 
And last but not least.....

 Kami berempat!...
 
Mami dah puas hati dah. Picnic mcm ni pun xpe, asal ada sambutan...heeee

Wednesday, September 18, 2013

18 september 2013

Qisya cukup setahun.
Cepat sgt rasanya masa berlalu.
Sedar2 anak dara mami dah besar.
Dah boleh jalan, pandai balas balik bila abang buat,pandai mengadu kat daddy bila x puas hati dgn abang. Eh, bila adik belajar semua ni?
Siyes, macam x sedar je bila adik membesar.


Sad to say, saya blom buat apa2 celebration pun lg...
Takde masa.
Plus xde modal besar sbb tu masa pun mcm takde..Hehe..

Tapi xpe..
In shaa Allah nak buat jugak petang Jumaat ni.
Makan2 dgn famili, amik2 gambar...More than enough kan.
Yang penting mommy daddy ingat birthday anak2 mami...

Ok lah....itu saja..Daaaa...

pssssstttt.....

Dalam kepala saya ni nak amik gambar mcm ni...

Kelambu dah ada,
bantal kecik of kos ada,
tinggal bli belon je...

Tp daddy ckp, sapa nak gantung kelambu tgh taman? Malu ah...

Arggg...daddy, tolong la sporting skit !!!

Friday, September 13, 2013

13 september 2013

Ulang tahun kelahiran Qasyaf.
Anak mami genap 2 tahun.
Bangun pagi, mami upah cioman penuh satu muka.
Dedi suapkan sarapan.
Kemudian kami bergegas ke klinik mami.
Hari ni mami buat sessi interview tuk jawatan pembantu klinik.
Cadangnya, Isnin depan dah nak start operasi.
Selesai interview, mami kol putrajaya tny keputusan miting semalan.
Luluskah klinik mami nak beroperasi.

Derang jawab, miting bukan semalam, tp diawalkan 9 september baru ni. Dan dokumen mami derang terima 10 september.
Kene tunggu miting bulan dpn pulak.
Argghhhh!!!!...stress sgt!
Jom balik rumah anak2ku..Mami nak gomol ciom puas2 supaya stress  ni pudar..huuuuuu

Thursday, September 12, 2013

september

Tahun ni macam cepat je berlalu. Sedar2 dah bulan 9. Sedar2 dah 3 bulan lebih saya menganggur alias jadi surirumah surihati anak suami sepenuh masa. Dan yg paling best, sedar2 my babies dah nak beralih tahun.

Qasyaf masuk 2 tahun.
Qisya masuk setahun.

Cepatnya derang besar wei.
Tak puas lagi gomol derang sebagai baby. Rasa macam br je lepas beranak2. Sedar2 dah besar dah. Especially Qisya..Ntah bila ntah dia membesar.Sedar2 dah tkedek2 berjalan..Alahai...

Bulan 9 ni mcm agak bz la jugak. Besday anak2, pembukaan klinik, nak cari pekerja, nak kemas klinik dll.

Pasal besday anak2 dan pembukaan klinik, buat saya sedikit stress. Mak pokai kering kontang oi. Fulus takdak. Takde besday celebration beriya la tahun ni. Dan tak kan ada jugak grand opening Klinik Pergigian Dr Len. Juz wat solat hajat kecil2an je la. Huuu....

Cuma saya pohon dari semua yg baca blog ni, doa2 kan lah saya ye. Doakan langkah baru saya ni mendapat berkat. Hasihh, saspen pulak ai nak berbisnes neh.

Ok lah. Abg Qasyaf dah bangun. Takle nak tulis panjang.

Oh ya, satu benda yg saya amalkan kat Qasyaf adalah, bila dia bangun tido, saya akan peluk ciom dia. Tak kisah la masa tu saya ada atas katil ke, kat dapur ke, dia akan cari saya dan peluk ciom. Benda ni saya buat secara tak sengaja. Tp mcm jd habit. Dan Qasyaf plak, bila adik bangun je, nak peluk ciom adik..Adik pulak yg rimas, apa abg ni,peluk2 ciom2..Hahahaha..

Ok lah..tu saja..Daaa..

Ni lah 2 beradik yg dah pandai main sama2..
 
 

Wednesday, September 4, 2013

syawal belom habis

So, masih boleh la kalo nak cite pasal raya hari tu kan. Hehe..

Saya bukannya bz sgt. Cuma, bila ada dua org budak kecik yg suka menempel dengan maminya, suka join sama apa yg maminya buat, saya nak buka blog pun susah. Usahkan nak taip blog sendri, nak baca cerita kawan2 pun x dapat...Adanya je yg kaco. Kesian blog. Dah nak dekat sebulan x disentuh. Padahal, banyak sgt benda saya nak kongsi, nak luah..Kadang tu kan, bila ada sesuatu isu, atau sesuatu perasaan yg mcm wajib tulis kat blog, rasa bkobar2 sgt nak tulis kat blog, sekali ada gangguan, terus hilang idea dan mood. Itulah kuasa budak kecik bernama Qasyaf dan Qisya. Haha...

Masih dalam mood raya?..Jom la kita sikit pasa raya..Tahun ni, giliran beraya kat Terengganu ok. Makanya harus beraya di Terengganu, no compromy. Padahal kan, raya keempat ada kenduri rumah makcik sebelah ayah. Jika saya baik hati, lemah jiwa, patutnya balik beraya Kelantan dulu pun xpe kan. Tak pun, raya pertama kat Terengganu, raya kedua or ketiga baliklah Kelantan.Then, raya keempat balik la Terengganu balik. Tp saya xnak!..Mmg la x jauh mn Kuala Terengganu-Rantau Panjang, tp amik masa 3 jam jugak..Kalau jem, xke sampai 5,6 jam...Maka, saya putuskan balik Kelantan lepas kenduri rumah makcik belah ayah tu. No compromy sbb giliran Terengganu kan..Gila dictator keputusan..Ye lah, bila giliran raya Kelantan, dia pun dictator gak..Tahun lepas, raya kelima baru boleh salam sedara mara belah Terengganu..Hampeh!..Kali ni, biar saya yg hampeh..Ikot giliran siapa..Org tu la yg bkuasa tentukan perjalanan raya...Hahahah..


So, raya pertama kami tahun ni temanya ungu..Ungu manggis gitu..Sampai anak menantu cucu, semua ungu.. Cuma baju ibu je kaler lari sikit sbb xjumpa baju ungu manggis yg grand katanya..Mak i jangok tau..Jangan main2..Hihi...
 

Inilah keluarga kecil saya. Ok la kan gambar ni..Di sebalik tabir gambar ni, Tuhan saja yg tahu. Susahhhhnyaaa nak bgambar. Ni percubaan yg ntah ke berapa. Qasyaf la buat hal..Org suh posing, dia sebok nak tolong amikkan gambar. Nak main kamera..Haishhh!...

Biasalah, raya di Terengganu, banyak aktiviti. Gi umah org, org datang umah kami..Gi mkn yg org masak, masakkan utk org...Of kos la semuanya kat umah ibu ayah. Walaupun duduk dekat dah skang ni, umah sewa saya ditutup ok. Acik siap suruh letak notis kat pagar “sila ke tok kaya”..Tok kaya tu kampong rumah ibu ayah la..Hahaha..Mmg umah sewa saya umah tertutup utk tahun ini, tahun depan sehinggalah xtau bila. Gelas pun ada 6 bijik je, camne nak layan tetamu beraya oi!..Haha..

 
Blogger Asna pun dtg beraya kat rumah ibu ayah. Tp alahai, Qasyaf tunjuk perangai baikkkk punya masa tu..Ada ke dia nak duk atas riba,xnak bg mami pergi mana2..Gerammm betul!..Tp boleh la jugak bgambar kenang2an...Haaa, buktinya..Inilah jadinya bila dah bgelar mak beranak dua..Mak beranak tiga xtau la mcm mn..Huuuu...
Balik Rantau Panjang, xde aktiviti sgt pun..Tak meriah la raya kat Kelantan. Derang lagi memeriahkan raya haji. Ye ke? Apa kata org Kelantan.Hehe...

Tp, sempatlah jugak saya pergi jumpa kawan2 lama. Haaaa, ini kawan sekolah rendah...Berapa tahun dah kami berkawan?..Kalau kenal masa darjah satu, sampai skang masih kawan, brapa tahun dah?Kira sendri..Heee....
Minggu kedua syawal, Arjuna dah kerja dah. Saya kembali kepada rutin asal. Satu benda yg saya rasa rindu slps resign ni adalah jamuan hari raya!..Ms still keje kerajaan dulu, musim ni la musim tebalkan lemak di badan. Tiap hari ada jamuan raya/rumah terbuka. Hari ni department tu, esok jabatan tu, lusa klinik tu, tulat klinik sendri. Bulan syawal, semua aktiviti bkerja dikurangkan, tp perbanyakkan aktiviti beraya.Haha..Itu yg saya rindu..Yg lain x rindu..Kahkah...
Then, sempat jugaklah kami geng2 doktor gigi yg start kerja tahun 2007 ni buat gathering..Chehh, bukan la besaran pun..Juz bjanji tuk bkumpul beraya kat rumah seorang kawan ni. Thanx Qoy sbb sudi buat open house..Kalau x janji mcm ni, mmg susah nak bkumpul ramai2 mcm ni...Geng ni, semua dah kawen...Kalau ingat balik, masa 2007 tu, 2,3 org je yg ada boifren kan..Kihkih...


Ok lah..Itu jelah cerita raya tahun ni..At least ada jugak yg tcoret kat blog ni kan.
Kepada pengomen pertama entry hari raya saya, email saya tau..  nurharzlena@yahoo.com  tak tau la nak bg hadiah apa..Tp ada la hadiah sbb sudi jd pembaca tegar. Hari raya pun buka blog i..Tenkiu!..Haha..
Itu saja..Daaaa!!!