kita2.... ;-p

Saturday, March 29, 2014

i ada IG lah

Sebenarnya dah ada IG sejak akhir tahun lepas kot. Tp IG jahat. Saya xpost lucah pong. Saya xpost sumthing yg boleh mengganggu keamanan negara pong. Saya xpost hal2 yg memalukan agama pong. Tp IG block saya. 2x u olls I buat IG. Memula nama harzlen harun. Kne block. Then buat nama harzharun, xberapa lama kne block lg. Skang buat baru lg nama harzlena harun. Tpaksa buka akaun guna email Arjuna. Huhu. Sbb saya dah xada email lain dah. Sedih kan.

Sila la follow my IG sbb blog ini nmpknya x akan meriah seperti dulu lg sehinggalah tuan blog mbeli laptop baru. Bila nak bli laptop tu xtau la. Tokey Klinik gigi ni xdak pitis lg. Huuu...



Segala cerita ceriti ceritu akan diterjemahkan dlm IG sajalah buat masa ini yea.....Daaaa!

Saturday, March 22, 2014

promosi klinik gigi ni..cepat datang!

Sempena cuti sekolah, sempena ramai balik kg ke Kuala Terengganu, saya nak buat promosi besar2an neh.

1) Oleh kerana ramai pulak yg bukan bakal pengantin bertanya harga pemutihan gigi yg promosi tu,maka ,saya nak buka la promosi ni utk semua org....
Harga biasa tuk satu sesi pemutihan gigi di Klinik Pergigian Dr Len adalah RM600.
Utk promosi cuti sekolah, harga tetap RM600 tp  saya bg percuma pen pemutih gigi bernilai RM100. Pen ni boleh digunakan di rumah sebagai maintenance. Gigi dijamin akan sentiasa putih!

2) Pemeriksaan gigi sahaja tanpa rawatan tidak akan dicaj!

3) Free gift menarik akan diberikan kepada semua pengunjung Klinik Pergigian Dr Len. Free gift tu termasuklah ubat gigi, floss dan ubat kumur!

4) Tooth mousse perisa mint hanya dijual dgn harga RM60!!!!!!






Datang ramai2 yea!.....Dan jgn segan nak bgambar dgn saya....haha

Wednesday, March 19, 2014

promosi pemutihan gigi!

Muka dah cun.
Gigi kena la putih.

Wednesday, March 5, 2014

31

Semalam 4 Mac 2014. Saya genap 31 tahun. Masha Allah, dah 31 tahun saya bernafas di muka bumi Allah ini. Alhamdullilah.

Malam sebelum hari lahir,saya terfikir,apa yg belum saya capai di umur 31 ini. Saya belum ada rumah sendiri. Saya belum pakai Gucci. Klinik masih merangkak2,ntah bila nak maju.

Esoknya,bangun pagi , saya dpt ucapan hari lahir dari Arjuna. Saya solat subuh. Usai solat, saya terfikir,kenapa mahu kira apa yg belum saya ada. Lebih baik bsyukur atas apa yg saya sudah miliki. Alhamdullilah, saya punyai suami dan rumah tangga yg bahagia, saya punyai anak2 yg sedang mbesar dgn sihat dan bijak. Saya punyai ibu ayah yg kuat menyokong saya dan mbantu saya lebih2 lg sejak saya berbisness ni. Saya punyai adik2 yg selalu mengagumi saya. Saya masih punyai sahabat baik yg mengirim ucapan selamat hari lahir.  Syukur Alhamdulillah atas segala kurnian Allah.

Doa saya, semoga setiap nikmat yg Allah kurniakan ini akan kekal untuk 31 tahun lagi.

Doa saya, semoga saya menjadi muslimah yg lebih baik.

..............................Selesai solat subuh, saya ke dapur. Ibu ada beli kelapa parut,tp dia tertinggal,lupa nak bawa balik. Ibu suruh saya guna je kelapa tu. Hurmmm,Arjuna suka makan nasi berlauk pada waktu pagi. Gigihla saya perah kelapa parut tu. Manually guna tangan ok...Owh dah lama sgt x perah kelapa. Biasanya saya bli santan je. Perah kelapa,potong ayam,dung dang dung dang siap  kari ayam. Alang2 cili padi ada bnyk,tumbuk cili plak. Letak garam,gula dan cuka. Arjuna panggil sambal jantan. Sbb pedas mengganas mcm jantan kot. Hahaha...kalo kat rumah ibu,tumbuk cili padi mesti letak belacan...Baru nama sambal belacan. Tp Arjuna xsuka. Dia suka sambal jantan.

Maka btambah2 Arjuna makan. Haishhh....Special plak breakfast dia. Beriya kari dgn sambal. Besday sapa sebenarnya ni?..he he. Qasyaf pun mkn nasi. Saya konon xnak nasi,nnti obes pepagi dah ngadap nasi. Saya makan roti canai segera. Cicah kari ayam. Sedap mjilat jari 2 keping roti canai saya telan. Skang,siapa yg obes? Hahahah...

Lepas sarapan,bermula la sesi mengemas rumah. Kan Arjuna dah pindah tmpt kerja. Kerja kat KT skang. Masa kat Kerteh,dia ada kuaters sendiri. Ada la bbrp barang Gino dia simpan kat kuaters tu. Bila pindah,angkut semua,lambak kat rumah sewa ni,x kemas pun lg. So,pagi semalam mengemas la kami laki bini dgn bantuan anak2...heeeeee...

Eh,lupa plak nak bgtau, setiap tahun,4 Mac cuti ya.. Besday I sama dgn sultan Terengganu...hihi

Tengah hair,lunch kari ayam pagi tadi je. Goreng telor dadar as lauk tambahan. Lps lunch Arjuna pergi kerja. Bz hoihh cutti pun kne kerja. Saya dan anak2, masuk bilik, buka ekon, tido sampai petang. Amannnnn...Haha..

Malam lepas Margrib keluar celebrate besday... Alaaa, mkn2 he... Kami pergi Tappers. Kat Pulau Warisan.





Ala2 full house la konon.... He he... Kat KT pun ada tau. Hihi...

Lepas makan terus balik.

Alhamdulillah untuk hari lahir yang ke 31 ini saya gembira.

Ok...itu saja.... Daaaaa!

#gigih taip guna talipong.