kita2.... ;-p

Wednesday, April 30, 2014

sama2 cuti

Saya tutup klinik hanya pada hari Ahad. Arjuna pulak kerja kerajaan...Cuti wikennya Jumaat dan Sabtu. Jadi,cuti kami selalu x sama. Time Arjuna cuti,dia akan jg anak kat rumah atau lepak2 di Klinik. Time saya cuti,saya buat housecore dan buat projek memasak yg canggih sket. Takpun,saya akan lari ke rumah ibu cari masakan paling best di dunia. He he.

Ahad lepas kami sama2 cuti. Org kerajaan cuti sbb hari keputeraan sultan Terengganu.  Ada la masa kami bkumpul sekeluarga. Eh,mmg tiap2 mlm pun bkumpul,cuma nak dpt seharian bersama mcm ni susah tau.he he...

Pagi,Arjuna basuh kete dia. Saya vacuum lap mop satu rumah. Dgn rajinnya masak nasi ayam, then keluar cari barang rumah sket.  Tak makan kat luar pun sbb nasi ayam sedap sedang menunggu. Hihihi...Mmg sedap tau my nasi ayam. Sapa lg nak puji kalo bukan diri sendri. Haha.

Lepas lunch, kami tutup pintu bilik, Padang ekon,masuk dlm comforter dan tidooo....

Dlm syok tido tetiba Arjuna tarik comforter jerit suh semua bangun. Maka ,baangunlah semua askar...

Lepas solat asar,kami ke pantai belakang masjid terapung... Saya pun xtau pantai tu nama apa...Pantai Kuala ibai kot.... Lepak2,makan kopok,makan aiskrim...Qasyaf dgn Qisya,lepaskan perasaan... Lari sana sini. Lompat dgn penuh perasaan... Main naik turun tangga. Suka hati la anak...




Gambar bnyk lg...Tp malas nak upload...heeee....

Malam, masing2 dah kenyang, tak masak pun. Juz makan mempelam yg manis sedap yum yum...

Sebelum tido,anak2 meneruskan aktiviti melompat atas katil pulak. Aduyai... Kenapa x reti letih...

Fav port,kepala katil... Naik atas tu lps tu lompat... Lepas tu lepak situ... Hurmmm

Ok lah...Itu saja bai!


Saturday, April 26, 2014

hepi besday maminoh

Heeee.... Kami bahasakan adik saya kak ngah dgn panggilan mami ngah..Tp Qasyaf sebut maminoh...Hahaha...Belasah je la....

Hari ni besday maminoh yg ke 29 tahun..Wahhh sudah tua adikku...Aku lg tua..Huuu...

Hari ni ada autoshow kat Kuala Krai Kelantan. Di mana ada autoshow, di situ ada Arjuna. Biasalah kan. Huuu...So, kul 7am lg Arjuna dah kluar rumah bertolak ke Kuala Krai. Saya mcm biasa, uruskan anak2 bawa gi klinik. Hari ni hari Sabtu. Org gomen baru dpt gaji. Konon ramai la patient hari ni. Takot x terkawal anak2, saya minta ibu hantarkan chudik. Rutin ibu ayah setiap pagi Sabtu adalah pergi masjid dengar ceramah haji. Kebetulan hari ni ibu ayah banyak jemputan kenduri kawen. Chudik mmg malas nak ikot. Maka chudik jadi babysitter anak sedara je la.

Bila ada chudik, lega la sket saya. Derang pakat duk menempel, memanjat, main dan buli chudik. Lapang mami buleh buat kerja dgn aman.

Lepas ceramah haji, ibu ayah singgah klinik.

Chudik lepak sampai petang..Ingat nak hantar chudik lepas tgk hindustan...Sekali kul 4.30pm, hindustan diberhentikan sbb tv3 tunjuk rancangan khas ketibaan Obama...OMG,plez la....Stress hokey...Tak tau ada sambung x hindustan lps tu sbb kul 5.45pm saya kluar pergi hantar chudik ke rumah ibu ayah. Qasyaf dan Qisya pun stay sana tunggu dedinya amik otw balik dr autoshow...Sbb tu saya ada masa tulis blog ni...Hehe...

Owhh ya, Gino menang 1st price lg. Hehe....Ni kali kedua Gino masuk autoshow selepas accident hari tu...Dua2 dpt 1st price...Dan sejak accident hari tu, saya x pernah drive Gino lagi...Gerun mak...Huuuu...

Ok lah...Tu je nak cite...Ni dah dpt rentak update blog balik...Sehingga jumpa lg...Daaaa!!!!

Friday, April 25, 2014

rindu rindu rindu

Rindu sangat nak menulis kat blog. Nak tulis macam dulu2. Nak tulis pasal apa yg berlaku setiap hari. Pasal perasaan sedih, geram, gembira. Nak tulis pasal handbag idaman. Nak tulis pasal anak2 yg bnyk karenah. Nak tulis pasal gaduh dgn Arjuna. Nak tulis mcm2 la benda yg berguna, x bguna, mengarut dan x mengarut. Siyes rindu.

Rasa mcm hilang something la bila xdpat menulis dekat blog. Kadang tu, rasa mcm nak bercakap dgn seseorang,nak bgtau sesuatu, tp xde sape2 nak dgr. Selalunya boleh lah meluah di blog. Tp sejak laptop rosak, sejak anak2 ada di sisi 24/7, langsung xle sentuh blog. Nak blog hoping pong susah. Terus ketinggalan cerita2 kawan2 blogger. Nasib ada group mommies blogger kat FB kan. Boleh la jugak bertanya khabar bergurau senda. Kalau x, mmg katak bawah tempurung la.

Ni, bukan menaip kat phone. Bukan juga dah beli laptop baru. Still laptop lama, ayah tolong hantar baiki kan. Mulanya ayah tanya, kenapa laptop ni tersadai je.

Rosak jawab saya.

Meh ayah hantar kedai. Sayang je duk tersadai mcm ni. Boleh ayah guna ni. Elok lagi ni.

Bila hantar baiki, dah elok.....Ayah, meh la balik laptop kak long. Payah la xde laptop. Nak beli baru xde duit.

Saya pun ambil balik laptop lamaku ini. Kehkehkeh..Bertuah punya anak...Hahaha...

Tp mcm weng jugak laptop ni. Mozilla firefox mcm kne install balik je. Asik ckp insecure connection je. Takpe2, ada masa nanti, saya ejas sendiri.

Eh, ada ke masanya??...

Haaaa, ini yg payah.. Masa lapang ada..Tp budak 2 org tu pun sentiasa ada. Apa yg mami buat, derang nak buat. Mami gerak sikit derang ikot. Skang, dah berani masuk bilik rawatan bila mami sibuk dgn patient. Bila mami jegil mata, Qasyaf akan berlari masuk bilik balik, tp adik, dia sengeh je...Gerammmmm je rasa.

In shaa Allah, ni dah ada laptop, saya akan cuba update blog mcm dulu2...Masa anak2 tido, xde patient, boleh la buka laptop kan.

Hurmmmm,apa ek cerita saya ???

Ok la...Meh nak cite sikit...

Klinik secara rasminya dah beroperasi selama 6 bulan. Income masih di bawah par. Huuuu...Increasing la by months..Tp still, masih buat saya pening kepala pasal duit...Saya still tidak bergaji.. Tu la, sapa suh resign...Gaji lumayan boleh beli LV tiap tahun tetiba skang xde gaji....Ok,saya x menyesal pun...Cuma rasa senak time xde duit..Biasalah tu kan....

Klinik saya skang dah boleh buat semua treatment. Semua material dah lengkap..Nak buat teeth whiteening boleh, nak buat crown boleh, nak buat bridge boleh, dan in shaa Allah, boleh buat implant jugak. And braces!..Utk kes2 yg simple la.

Secara rumusan, rutin harian adalah, masak di waktu pagi utk bekal makan kat klinik..Then dalam pukul 9.30am sampai klinik..Petang Arjuna amik anak2 bawa balik rumah, ada lah me time sekejap...Balik umah kul 9pm, masak secara pantas utk dinner plak. Makan sama2 pukul 11pm dah colaps. Hehe...

Ya, saya mmg masak setiap hari..Tak tergamak tgk anak2 makan kedai yg ajinomoto nya ntah bnyk mana. Masak yg simple2 je pun. Malam, biasanya Arjuna yg akan masak nasi dulu, then dia akan sendiakan all the ingredients mengikut arahan saya..Saya balik, campak2 dlm kuali je.

Tp, adalah jugak hari2 yg makan kedai or beli kat gerai je. Eh, buntu la nak mikir lauk apa tuk masak setiap hari. Plus, bosan jugak makan masakan sendri setiap hari. Haha..

Setiap ahad, klinik tutup, saya akan buat projek memasak yg advance sket. Heeee...

Itulah saja nak cite buat masa ni.

Daaaa!!!!!