Rasa macam janggal weh nak menaip untuk bercerita kat sini.
4 bulan lebih tinggalkan blog.
Blog pun dah tak kenal tuannya.
Seb bek saya ingat password kan.
Heyyyy sbb tu buat password sama untuk semua akaun.
Sbb dah tau diri sendiri jenis pelupa.
Ni nekad ni, lepas ni nak rajin tulis blog macam dulu.
Nak curi jugak masa tulis blog.
Daripada duk telek instagram buang duit baik tulis blog dan baca blog kannnn.
Aktiviti baca blog pun dah lama tak buat.
Dah lost.
Sedih betul.
So, whats up?
Dalam 4 bulan ni apa yg berlaku ek?
Qasyaf.
Qasyaf dah sekolah dah. Masa 1st day kat scholl mami dedi hantar. Mami tunggu sekejap je dlm setengah jam. Memula, kat rumah dia bukan main excited. Sampai sekolah muka mmg pucat lesi mata berkaca2. Ada budak lain awal2 dan meraung, Qasyaf tengok je. Sikit pun x berkata apa2. Then sy decide untuk tinggalkan. Apa2pun anak mami kne kuat. I know he juz 4. Tapi tuntutan duniawi sekarang. Semua budak sekolah seawal 3,4 tahun. Mami takot jika mami tidak ikot arus, anak mami akan ketinggalan. Mami tak yakin boleh ajar anak mami sendiri di klinik dan di rumah.
Masa nak berpisah dgn mami, apalagi menangis meraung la Qasyaf. Mami serahkan segalanya kepada teachers. InshaaAllah pilihan mami tuk masukkan Qasyaf kat sekolah tu x salah. Mami bukan main daftar je. Mami survey satu2 tau Qasyaf. I dont care about silibus. Mami tgk cikgunya. Dan rasanya cikgu sekolah Qasyaf ni menambat hati mami.
Qasyaf menangis on off the whole day.
2nd day, Qasyaf menangis masa memula sampai kat sekolah je. Then dia menangis waktu tengah hari sbb ada budak lain balik tengah hari. Qasyaf ni saya amik pukul 4.30 ptg sbb nak dia join kelas mengaji dan fardu ain pulak. Kalau dia balik tgh hari pun, duk melepak kat klinik je ptg tu asik main dan bergaduh dgn adik je xde faedah jugak kan.
After 1 week Qasyaf dah boleh terima kenyataan yg mami hanya akan amik pukul 4.30pm.
Dannnnnn sampai skang menangis tiap kali bangun pagi. Tak apalah Qasyaf, mami pun nangis jugak bangun pagi masa kecik2 dulu. Sampai darjah 3 kot nangis bangun pagi.
Sejak sekolah ni, maka, keraplah jugak demam. Bila demam duduk je la kat klinik dgn saya. Pencapaian terbesar sejak sekolah adalah tak pakai diapers lagi. Dia sendiri yg request xnak diapers. Ada la 2,3x terkucil. Pastu ok je. Haishhhhh saya mmg x sangka semudah ini nak potty train Qasyaf. Sbb sy mmg malas dari awal lg. Rela bayar diapers bulan2. Hahaha.
Kat sekolah Qasyaf boleh berdikari sendiri. Paling paling penting dia tahu apa makanan yg dia boleh makan dan tak boleh makan. Setiap kali ada besday celebration kat sekolah Qasyaf, teachers wasap gambar kat dlm group parents , maka akan kelihatan la Qasyaf menjauhkan diri dari sekumpulan kanak2 yg tgh menikmati kek coklat. Sedih kan bunyi nya. Ya,Qasyaf masih elergik kpd semua dairy products. Tak apalah Qasyaf, its a good thing xyah la makan manis2 tu semua kan.
Qisya.
Still duk menempel dgn mami setiap hari di klinik. Talk a lot. Full of drama. Kadang rasa bingit la telinga asik bertanya, bercakap, siap buat dialog berlakon2. Menyanyi, selawat. Mmg x behenti la mulut tu. Buka mata terus bercakap. Takde la perangai moody mcm abang. Mmg beza la kemanjaannya. Abang still juara manja.
Qisya still selim melim. Makan ala2 je. Tapiiiii suka sgt kek coklat, roti coklat, ais krim semua tu. Mentang2 la dia x alergik. Tapi of kos mami kontrol. Malu beb anak dentist gigi karat. Hahaha.
Qisya skang dah pandai lawan abang. Kadang bila gaduh, dia yg menang. Haishhhh..
Arjuna.
The biggest thing Arjuna lakukan pada awal tahun ini adalah menghadiahkan saya iphone 6+ masa besday bulan 3 hari tu. Hihihihi..Surprise u. Siap balut beriben lagi. Ishhhhkkkk, ni bukan tetiba terbuka hati nak buat surprise ni. Ni sebenarnya.......Saya pernah majuk sbb dia wat besday celebration tuk staf dia end of last year.. Tp bukan Arjuna pun yg buat actually..Staf2 yg duk pakat..Its farewell party sebenarnya. tetiba jd surprise besday party. Bukan main derang plan. Siyes i jeles tau. Mmg majuk ah. Sekali tahun ni dpt surprise. Lain kali nak majuk lagi lah. Kahkah.
Hadiah tu sekali dgn hadiah aniversary. Kira sekaligus la kata Arjuna.
Saya sendri xde bg apa2 pun kat dia. Selepas Arjuna bg iphone br teringat dia pernah sebut nak beli kasut Adidas Porshea kaler merah. Tapi x cukup bajet. Maka, bila teringat tu, jenuh la saya mencari dan mintak Idah tlg carikan jugak. Idah cakap kat KL mmg xde dah sbb design tu last season. Kat Sabah, ada satu. Tapi saiz xkena. Musnah harapan ku nak buat surprise jugak. Ni last wik baru mintak tlg ex classmate darjah 6 dulu carikan. Ni ex classmate ni lelaki. Harap lelaki lebih luas la pencariannya sbb dia mmg minat cari kasut. Mintak2 la ada. Boleh buat hadiah besday Arjuna nanti.
Klinik Pergigian Dr Len.
January and February treated me so well dr segi bisnes klinik. Tetiba Mac xdak org dtg klinik sgt. Mebe sbb gap org dapat gaji ms tu terlalu jauh kan. Bisness pun slow. Ni masuk April tetiba ada construction jalan depan klinik. Lagiiiiii la bisness slow. Haihhhhh...Dugaan.
So, itulah dulu yea buat masa ni. Rumusan kisah 4 bulan pertama 2015. Ok bai!