
Aku ada waktu yang lapang hanya di hujung minggu. Setelah membuat perkiraan, aku punya hanya empat kali hujung minggu sahaja sebelum majlis itu. Bermakna hanya lapan hari yang betul-betul kosong yang boleh diperuntukkan untuk membuat persiapan. Kalau boleh, aku tidak mahu mengambil cuti kerana lebih baik aku menyimpan cuti itu untuk tahun depan yang dikhaskan untuk majlis yang lebih besar. Maka terpaksalah aku bertungkus lumus dalam lapan hari ini. Aku mahu setiap inci majlis tersebut mendapat sentuhan aku sendiri. Biar hati puas. Di benak, sudah ada gambaran baju ku nanti. Juga gubahan hantaran. Dan ibu pula, sunguh-sungguh mahu membuat pelamin kecilku. Sungguh bersemangat ibu. Siap melakar di kertas untuk bertanyakan pendapat aku. Aku iakan sahaja idea ibu, sambil menokok sedikit sebanyak. Memang aku tahu, ibu bijak dalam bab hias menghias ini.Hujung minggu pertama, aku memulakan jejak bersama ibu di kedai-kedai kain sekitar Kuala Terengganu ini. Sesiapa yang tinggal di sini, pasti arif, apa la yang ada di bandaraya persisisir air kami ini. Aku tidak mahu mencari di luar bandarku kerana masa tidak mengizinkan. Mujur ada sebuah kedai kain yang memenuhi citarasaku. Pilihannya ok, harganya, memang mampu dibeli cuma yang membezakannya mahal dan murah, mahu beriya atau simple, mahu membazir atau tidak kisah yang biasa-biasa sahaja.


Hampir dua jam aku menelek, meneliti dan akhirnya memilih serta membayar sepasang kain yang menangkap mata. Akhirnya..

Harap-harap tidak terlalu membazir. Yang pasti, merah jambu! Itu tema majlisku nanti. Aku tidak boleh berlengah dengan berlama-lama men’survey’ kain. Nanti tiada tukang jahit yang sanggup mengambil tempahan di hujung waktu. Juga kubelikan arjunaku sepasang kain putih baju melayu untuk dibuat hantaran pertunangan. Kemudian aku menapak ke kedai-kedai bunga. Membuat sesi survey bunga-bungaan pula. Merah jambu dan putih. Cari dan belek. Merangka-rangka idea di fikiran sendiri. Berbincang dengan ibu. Sungguh, bukan mudah. Kata ibu, kalau mahu goyang kaki, tempah sahaja di kedai. Tapi kata ibu lagi, kalau mahu merasai dengan lebih dalam, buat sendiri, ikut citarasa hati. Ya, aku mahu menyiapkan sendiri segala serbi. Harap masa itu sentiasa ada.
seronok yea kak len...gi shopping..so bertunang color purple la kan...ke wani salah tgk??
ReplyDeletepink la...aiseh...nmpk cam purple ke??
ReplyDeletepink purple...bkn light pink...
ReplyDeletepink ke kak len...wani tgk cam purple..tp ape pun, x sabar nak tgk kak len pakai bj tu nanti..hehehe
ReplyDeleteerm...kalo u pink....arjuna pun pink la ek???/hihi....jambunya:)
ReplyDeletemon: yup...kain bj melayu dia sm la dgn kain lining bj lace i...xjambu la..metrosexual..haha..u pun ble pkai pink apa..
ReplyDeletesalam. slmt bkanalan. sy org sgor tapi tunang org tganu. bleh bg suggestion x utk butik pengantin mana yg ok kat KT tu. tunang sy xtau ape2 so sy sndiri yg kne cr. pening dh ni. btw jakel kat tganu tu katne eh. tlg yee..mjlis bln 5 nni..
ReplyDeleteThanx