kita2.... ;-p

Sunday, November 8, 2009

wiken yang berjaya

Perasaan-mahu-bangun-awal berkobar2 pagi jumaat ini. Tapi hujan di luar sangat lebat. Sejuk menikam hingga ke sum sum. Aku menarik selimut. Makin sedap rasanya tidur selepas subuh dalam musim2 begini. Mahu saja dilayan rasa mengantuk ini. Sudah la malam tadi beberapa kali aku dikejutkan oleh panggilan arjunaku. Maklumla, semalaman dia lepak di LCCT. Sebab flight ke sini awal pagi.(alasan turun di K.Tganu, mahu mengambil kain yang aku beli..eh, betul ke alasan tu?..hehe). Tidak mahu menyusahkan member tuk menghantar katanya. Jadi lepak saja di situ sambil kadang kala mengganggu aku tidur. Setelah ‘berkoya2’ tentang arjunaku, ku gagahkan jua tuk mandi pagi itu. Uish, sejuk. Tapi aku suka mandi sejuk2 begitu. Menyegarkan. Meluaskan mata yang mengantuk. Pukul 8 pagi aku sudah mengadap muka arjunaku. Rindu beb.. :-p…selepas bersarapan bersama dan dot dot dot dan bla bla bla, arjunaku pulang ke kampungnya,untuk menempah baju melayu tunang nanti.Rantau panjang!. Ya, kawasan yang pasti dinaiki air bila tiba musim tengkujuh. Terpaksa dia mengharungi air di beberapa tempat sepanjang perjalanan KT-Rantau Panjang. Usai arjunaku pulang, aku dan ibu meneruskan pencarian dan pembelian barang2 persiapan. Kali ini ke kedai kain langsir dan kedai bunga. Dan akhirnya…

Sabtu, sesi membeli barang2 untuk hantaran tunang. Kami ke Pasar Payang. Pasar femes yang mesti dikunjungi oleh pelancong. Nampaknya pengunjung tidak terlalu sesak. Maklumlah, belum cuti sekolah. Memang kami sengaja datang awal, sebelum cuti sekolah untuk mengelak harga yang melambung tinggi. Apabila cuti sekolah juga, peniaga sangat susah mahu menurunkan harga walaupun tawar menawar. Itu kata ibu. Kami tidak banyak melengahkan masa. Terus menuju ke barang yang dicari. Samping songket. Sebagai hantaran pertunangan dan untuk dipakai semasa akad nikah nanti. Banyak yang menangkap mata. Tetapi, mak datok…ini ke harga samping songket sekarang. Sebesar dua meter sahaja. Dipakai dari perut ke lutut sahaja. Begini harganya? Yang melekat, berkenan di mata dan hatiku berharga bermula RM850 ke atas…yang satu lagi yang lebih cantik tu,….RM 1200. Ayoo,sesak nafasku. Aku tidak kisah langsung jika itu harga sebuah jam tangan. Atau sebuah handbeg ( aku memang gila jam tangan dan handbeg). Ini, hanyalah sekeping samping. Yang dipakai pada hari tertentu. Yang mungkin akan disentuh arjunaku hanya pada hari raya selepas sesi akad nikah nanti. Ohhh!!. “Dik, ni bukan samping biasa. Ni songket tenun tangan. Guna benang emas dan perak. Bukan wat dengan mesin dik. Kat Pasar Payang ni, jarang orang jual yang ditenun mesin.”. Ya, saya tahu pakcik, saya ni anak jati Terengganu. Saya faham dan kenal. Huhu. Aku tetap berkenan samping songket berwarna putih itu. Tetap mahu yang itu. Dengan kuasa-terer-tawar-menawarnya ibu membantu aku. Begitu lah selalunya. Aku membelek, memilih dan ibu menawar. Setelah pakcik penjual kelihatan hampir menangis kerana tidak mahu menurunkan harga lagi, akhirnya kami sama2 bersetuju di atas harga itu. Harga yang lebih mahal dari sepasang baju tunangku itu. Ya, akhirnya samping itu aku miliki. (Milik arjunaku sebenarnya. Beruntungnya dia). Seterusnya, cincin untuk arjunaku. Rambang mata juga aku. Setelah ditimbang tara dan mahu merizefkan yang tercantik sebagai cincin kahwin nanti, aku akhirnya memilih yang berbatu delima dikelilingi berlian bling2. Juga, untuk beli belah hari itu, kubeli songkok, juga untuk hantaran nanti. Membeli songkok pun satu hal masalahnya. Arjunaku tidak tahu kepalanya saiz berapa. Mujur, flightnya ke KL malam itu dari K.Tganu juga. Sebelum menghantar ke airport,sempat aku suruh dia mencuba songkok itu. Longgar! Terpaksa la ditukar semula…Sekian untuk hari minggu yang berjaya dan bahagia(walaupun arjunaku lebih lama berada dalam banjir daripada menatap aku..tp ok la..at least jumpa...)…....

1 comment:

  1. Yang, i follow u! u dok KT ke? sorry nad belum khatam abes ur blog nih. Majlis Nad nanti kat KT..Sume orang uruskan..nad tatau pape pun nih..bleh tak nak mintak u surveykan butik mane mekap die mcm ok..sebab nanti ingat nak mekap je..baju and all accesories nad bawak sendiri dari Johor..thanx dear!

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)