
Musim cuti sekolah sangat sinonim dengan kenduri kahwin. Banyak pula jemputan yang saya terima sekitar hujung tahun ini. Kepada undangan walimatu urus yang tidak saya raikan, sejuta kemaafan dipohon. Bukan tidak sudi tetapi keterbatasan waktu dan jarak menyebabkan saya hanya mampu mengirim doa dari jauh. Semoga cinta kalian bersatu buat selamanya.
Ada juga majlis kahwin yang sempat saya hadiri. Suka rasanya. Tumpang gembira la katakan. Ye la,teman yang dulunya sewaktu zaman belajar kami sama-sama berangan, mencorak mimpi tentang majlis perkahwinan sendiri. Sekarang, sudah melalui saat paling gembira itu. Ada yang bersanding di pelamin dengan kekasih tercinta yang sudah bertahun-tahun mengikat janji. Ramai juga yang berkahwin dengan cintanya yang baru bertaut tidak sampai setahun. Malah di zaman ini masih ramai yang mengikut pilihan hati emak ayah mahupun makcik pakcik yang sememangnya selalu tidak senang duduk jika ada anak buah yang masih bujang.
Kahwin….menyebutnya senang saja. Mengagankannya juga mudah. Tapi saya percaya membuat keputusan untuk melayari alamnya bukan perlu sehari dua. Perlukan cinta yang mendalam, keyakinan yang tinggi, keazaman yang kuat tuk menikmati alam rumah tangga yang belum tahu hitam putihnya. Ada yang bercinta bertahun-tahun namun belum berani menjalin ikatan yang sah. Ada juga yang jatuh cinta pandang pertama,perkenalan secepat kilat lalu berkahwin. Ada pula yang bertahun-tahun mencuba mencari cinta, mendengar pelbagai jenis kata pujuk dan rayu,tetapi hati keras bak batu….susah benar hendak jatuh cinta. Malah ada yang ragu dengan cinta, keliru pada hati sendiri......Tidak kurang juga yang sering gagal dalam cinta....
Apapun bagi yang sedang meraikan perayaan cinta sekitar bulan ini :
28.11.09 - wirda (blogger)
29.11.09 - azrinda
05.12.09 - farhana (blogger)
12.12.09 - yaya
17.12.09 - farrah (blogger)<----bff zaman skulah..hehehe
26.12.09 - nad nazira (blogger)
27.12.09 - che mah
05.12.09 - farhana (blogger)
12.12.09 - yaya
17.12.09 - farrah (blogger)<----bff zaman skulah..hehehe
26.12.09 - nad nazira (blogger)
27.12.09 - che mah
maaf kerana tidak menyebut semua......
.....semoga cinta kalian berbunga sehingga hujung nyawa....
oit!awek..sibuk citer hal cinta..dah booking sume blom??cpt2 booked n plan coz u kawen time musim org kawen(ct skolah)..so mmg kene berebut if u nak yg terbaik..if tak..melepas....hehehe
ReplyDeletesesuatu yg kurasa hujah semakin matang.....berbeda dari ke"exicted"an sebelum2 ini....
ReplyDeleteTahniah kepada anda..
ReplyDeletekerana telah LULUS dalam cinta..
:P
I tgok tunang u macam fahrin..
sangat teruja!! Jealous!
adekah audit anda jd pd hari tu?
ReplyDeleteanda x dpt hadir majlis raikan cinta saya?
:(
harz..kalau tak dapat datang johor blehla gi kat majlis nad kat KT..on 2nd January..kat Restoran Paradise Deluxe @ Jalan Pasir Panjang..dekat ngn SMS KT.. :)
ReplyDelete