kita2.... ;-p

Thursday, December 17, 2009

what about dental check up?


Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, dalam kesibukan membuat persiapan majlis walimah impian,saya sangat pasti ramai antara kita cuba curi2 masa untuk memanjakan diri masing2.Mahu dinobat sebagai ratu sehari, kalau boleh biarlah cantik dan nampak sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki kan.Muka mahu semulus licin bak telur dikupas.Rambut pula ingin beralun cantik dan lembut.Malah kuku tangan dan kaki juga dirapi sebaik mungkin.Itu pasti.Dalam senarai semak apa-perlu-buat memang ada tertulis "facial", "spa" , "manicure dan pedicure" .Temujanji ke pusat kecantikan dan spa tentu ada terselit dalam diari masing2.Malah ada yang menjadikan rawatan seluruh tubuh mereka ini sebagai satu rutin 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan meraka.
Tapi apa yang saya perasan, sangat jarang bakal2 pengantin ini memasukkan temujanji "dental check up" dalam wedding diaries mereka.(Owh, pasti kawan2 yang kenal saya akan ckp "ko ni x habis2 dgn gigi")..Eh, mesti la.Sebab satu tahu perkara yang satu ini.Saya tahu keadaan dalam mulut orang. Sangat pincang rasanya kalau baju lace indah berlabuci bertatah berlian, muka cun melecun tapi gigi?...adoi!..tak terjaga!.
Saya bukan nak mengutuk siapa2 kat sini.Tapi memeriksa kesihatan mulut memang kerja saya.Dan memang ramai yang saya temui, mata ber"eye shadow" smoky eyes, pipi ber'blusher" pink, lipstik berkilat tapi gigi berlubang2.Lagi teruk kalau nafas juga berbau.Ada kawan2...Jangan kata tak ada.Saya lah yang mengadap ini semua.Realiti.
Jadi, saya sangat2 nak berpesan kat semua B2B mahupun yg belum nak kawen atau dah kawen pun,buat la dental check up.
Saya dah selalu memberi ceramah. Kepada budak sekolah, juga golongan ibu mengandung. Sebab itu memang tugas saya.Rasa cam boring plak nak ceramah sekali lagi kat sini.Tapi memandangkan isu ini penting, maka saya sudikan diri memberi ingatan kat kawan2 sket. Ya, jangan lupa berjumpa doktor gigi anda.Memang la kita gosok gigi sekurang2nya dua kali sehari.Tapi itu x menjamin apa yg kita tak nampak dan xtahu apa yg berlaku dlm mulut tu. Kalau boleh, biarlah gigi kita sempurna.barulah senyuman menawan.Betul x.
Ok,antara rawatan yg plg common adalah tampalan(sekarang dah byk klinik guna tampalan berwarna putih iaitu warna gigi), scaling(cuci / membuang karang gigi) dan cabutan(last choice!!!)...Antara yang advance sket plak, crowning, bridge dan implant.Apa2 pun masalah gigi anda, doktor gigi pasti boleh tolong. All B2b, plez do visit ur dentist yea.Kita x nak la bakal suami kita tu xlalu tengok mulut kita kan.hehe..
Dan yang paling penting wahai B2B, TOLONG PAKSA BAKAL SUAMI ANDA BERJUMPA DENTIST.Ni espesiali untuk lelaki2 perokok tegar di luar sana.Kalau anda tahu keadaan mulut dan gigi mereka yg merokok ini, pasti anda x sanggup untuk dicium pd malam pertama nanti.Hahaha!!!...Jadi, paksa mereka servis mulut n gigi dulu yea!..
* kalau ada pertanyaan boleh kemukakan yea...Saya sedia membantu anda..heheh

13 comments:

  1. harzzz...harz dentist ke..kat bandar tganu ke? hehe.nad pun penah buat entry pasal dental check up nih..:P mintak2 lah sempat nak gi cuci gigi within this week. :)

    ReplyDelete
  2. yelah... mmg x penah lagi bakal2 pengantin cibuk nk uat appointment jumpe ngan dentist.. terima kasih kerana memberi taw..well sharing is caring..., sy nk tanya, cane nk putihkan gigi ( kat umah) sbb sy paling takut g cuci gigi kat klinik gigi... doktor gigi sgt ganas...(sampai sekarang nk g cuci gigi... 10 kali kena pk...sbb nagis xthn sakit)

    ReplyDelete
  3. hye dear..xchange link jom..hehe..
    anyway good luck for wed prep!~ :)

    ReplyDelete
  4. eh...dulu ada org yg i nak mitak tlg cek...tp skang xde dah.....u la plak kene jadi mak sanggup.....

    ReplyDelete
  5. nad ~ hehe...yela...kne u kne jgk g curi masa jmpa dentist
    my note ~ ishk ishk...dentist mn yg ganas tu...i baik jer..hahaha...meh sini i wat
    ann ~ thanx dear
    mon ~ yg...u ckp je nak wat tx...tp x wat2 pong..

    ReplyDelete
  6. saya ada persoalan, harap boleh jawab ye? dlu masa saya cuci gigi (saya rajin gi jumpa doktor gigi, betul tak tipu), saya ada minta nak buat bleech (betul ke term tu?) untuk putihkan gigi. then doktor tu tak kasi. dia kata, saya bukan smookers dan gigi kalau tak kuning gilak, tak elok buat bleeching, takut akan effect gigi. dan seeloknya gigi kita, biar warna semulajadi. dan warna semulajadi gigi bukan lah putih gading.

    ReplyDelete
  7. hi sis..tertarik ngn entry u
    erm..kalo kat trgnu nih ader ke dental clinic yg ader service putihkan gigi?kat maner tuh?teringin gak nk try..hehe

    ReplyDelete
  8. xora ~ betulla apa yg dentist tu ckp...sbb bleeching akan buang all the stain yg lekat kat gigi kita..since ur teeth xde stain,liquid bleech tu mebe akan beri kesan pd gigi je..ada sesetengah org, akan mengalami gigi sensitif yg sgt teruk slps buat bleeching....selain tu, untuk gigi yg xde stain, result bleech xkan nmpk sgt....sama je kaler gigi nnti...bleech bukan tuk yg merokok jer..utk org yg sgt gemar kopi n coklat serta mknn yg bstain g2 mmg sesuai la buat..sbb bnda2 tu akan melekat pd gigi...lain la kalo setiap kali kita minum kopi,pastu kita terus gi gosok gigi...ermmm...mjawab soalan x ni?..hehe
    anonymous ~ sp ni ek...kat KT biasanya ada setiap klinik swasta...tp yg guna laser for bleeching, yg i tau ada kat Klinik pergigian azie kat chabang tiga & klinik pergigian wan maliha kat KG.Tok ku...(owner klinik kne byr i ni sbb dah tlg mention kat sini)..hihi..

    ReplyDelete
  9. Hello.
    Teringat lama dah tak buat dental checkup/scaling ! Dah tak sempat nak amik off/cuti before kawin ni, erm ada tak dentist yang open after office hours kat KT ?

    ReplyDelete
  10. melissa ~ of kos ada dear...tp private clinic la...byk yg buka until 10pm...

    ReplyDelete
  11. Thanks dear. Kate mane ye ? I'm new in Terengganu ni. :p

    ReplyDelete
  12. la melissa..nape x ckp..ok...klinik yg buka mlm,
    -Klinik Raziah,kat perumahan Permint Jaya, kuala Iba
    -klinik sofia kat bndar KT
    -klinik Azie kat chabang 3(setentang dgn Shell
    -Klinik Hamidah kat Batu 6
    -Klinik Wan Maliha kat Kg Tok ku Chabang 3..Kalo dr jalan depan Mydin Mall tu, jumpa trafic lite simpang 4 yang besar,u masuk kanan..jumpa 1 lagi trafic lite simpang 4,u U-turn..pastu slow la sampai u jumpa klinik sebelah kiri jalan(yg ni detail sbb i slalu part time kat c2 on sabtu n ahad mlm...hehehe)

    ReplyDelete
  13. Wuuu, thanks so so much !
    But I'm sure kena buat appointment dulu eh for all these clinics. I must go lah, tonight or one of these days. Thanks sgt ! :)

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)