kita2.... ;-p

Wednesday, January 27, 2010

Nak manja2?

CHEEEERRRSSSS!!!! buat Hana Yoriee yg mjadi geng kita2 yg ke 25...Thanx dear sbb sudi join..Ya, saya mahu menulis lagi hari ni kat blog kesayangan ni...Sebenarnya, i have some progression on my wedding prep..Tapi mls lagi nak letak dlm diari kawen ni sbb, progression tu bjalan agak lambat..Nanti bila dah setel, saya akan coret dgn detail kat sini untuk tatapan saya di hari muka..Chewah...
So, now, im actually thinking about nak memanjakan diri lg.Br teringat, dah lm x manjakan diri..Seb bek bc entry Fasha...Thanx Fasha sbb dgn x sengaja mengingatkan ok..Ni sy tgh bkira2 & duk tgk date & waktu, bila masa yg sesuai nak dibelai lg...Owh, jgn salah anggap pulak...Im thinking about going to Beauty Spa la..Hari tu kan bukan main berazam lagi nak jadikan pusat kecantikan sbgai besfren...Tp semenjak entry pasal Body Scrub hari tu, br sekali je pergi...So, bila lg ek nak pegi?... *tgh berfikir*
Ok la, bila pegi kat beauty spa tu, nak wat pe ek?...Most common treatment mesti la, facial, scrup, massage, rawatan spa aromaterapi, mandi bunga & so on..Lets talk bout spa today ok..Saya dgn rajinnya menemui En Google bbrp minggu yg lepas.(masa nak tulis sal body scrub tu la)..Jumpa la sedikit sebanyak sal spa ni..Tapi ni baru nak post this enrty..hehehe...Sorry!
En Google kata, perkataan "spa" adalah singkatan daripada perkataan `Solus Per Aqua' daripada bahasa Latin yang bererti penyembuhan dengan air, iaitu konsep perawatan yang telah diperkenalkan sejak tahun 400 SM di Rom, iaitu pada zaman Hipokrates. Pada zaman itu, pancutan air panas semulajadi digunakan oleh askar-askar untuk merehat dan merawat badan daripada keletihan dan luka selepas perang.Fuyoo, dah lama giler..Ingatkan benda alah ni, benda org moden kan..
Spa tertua Romawi masih wujud di Merano, Itali hingga kini, yang membuktikan kemujaraban dan populariti mata air panas semula jadi itu sebagai bahan terapi.
Di Bath, England, spa dikatakan sudah wujud sejak kurun ke-18, menggunakan mata air panas semulajadi dengan tahap suhu setinggi 120 darjah Fahrenheit. Kebanyakan spa di benua Eropah yang dibuka pada kurun ke-18 dan 19 dikelilingi pemandangan indah seperti gunung dan tasik.
Di Amerika Syarikat, spa tertua terletak di Saratoga Hot Springs, New York, yang pada asalnya digunakan oleh kaum pribumi Mohawk di Amerika Utara. Pada sekitar 1970, spa itu telah dikomersilkan dengan penyediaan beberapa kemudahan seperti penginapan dan perkhidmatan lain yang berkaitan. Hohoho, omputeh la dah lama duk bkecimpung dgn spa ni...
Kalo kat Asia plak, spa masih lagi pada peringkat pengenalan, dan pembangunan sektor ini belum begitu ketara. Namun begitu, telah menjadi amalan turun-temurun masyarakat Asia mengunjungi kawasan kawah atau mata air panas semulajadi untuk mandi dan berendam kerana dipercayai sumber air panas ini mempunyai kelebihan menyembuhkan penyakit.
Spa biasanya menawarkan gabungan beberapa jenis kaedah perawatan termasuk terapi gelombang air (hydrotherapy)Haaa..bestnya kalo dpt berendam dlm ni kan..,Ada juga terapi panas (thermotherapy)Uih, jgn sampai melecur sudah...Saya belum pernah try yg ni?..Ada kawan2 yg dah pernah rasa?..Best x?..Bsama En Google jugak, sy terjumpa sal terapi elektrik (electrotherapy)..Saya yg jakun ni br 1st time dgr..Jgn jd cam kat bawah ni sudah...Haha.. Yang paling femes pulak of kos la terapi urutan dan refleksologi mcm pic bawah ni kan..
Selain itu ada jugak terapi warna, terapi muzik, terapi ramuan tumbuhan atau jamu, terapi zat makanan, meditasi dan rawatan mengikut pendekatan agama. Bergantung kepada keperluan dan tubuh pengunjung individu, semua kaedah rawatan di spa dapat memberikan kesan positif jika dilakukan dengan cara yang betul.
Apa yg saya dah faham skang,spa berupaya menyembuhkan penyakit dalaman, menyegarkan tubuh badan selain memberi tenaga dan oksigen serta menegangkan otot, menghaluskan kulit, meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan penyakit, meningkatkan proses metabolisme tubuh, mengurangkan ketegangan dan menenangkan fikiran.
Errrmmm, kalo mcm ni, nak gi spa selalu la...

4 comments:

  1. spa bestt!

    tp asna xpegi pun.. xde bjet uhuks! =(

    ReplyDelete
  2. mekaseh awak!! dengan secara tidak langsung awak dah mempublisitikan nama saya..hehe..

    spa besh!! tp kena carik yg betul2 pro..ada yg sekadar urut2 tp tak rasa tu yg tak best.huhu.. =)

    ReplyDelete
  3. Huhu..baru tgk gambar bdn dah rasa kena picit2..ngantok nyer...bestnyer g spa...

    ReplyDelete
  4. yeah. sebulan lagi nak kawin, bagus tuh pergi spa. nanti kulit gebu gitu dan nampak cantek je time kawin gitu. hihi

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)