~~~~~~“ Kau terlalu memilih”. Kata seorang sahabat. Eh… mestilah. Kita mahu kahwin bukan untuk sehari dua. Kita bukan main pondok-pondok. Umur saya baru 24. Tapi makcik pakcik kawan-kawan sudah sibuk bertanya bila mau kahwin. Siap ada tawaran…. ” kalau masih belum berpunya boleh kami carikan”. Rimas. Memang rimas. Baiklah. Kalau boleh saya nak lelaki bujang yang tinggi bertubuh kekar agam. Tapi tidak lah ’body’ berketul-ketul seperti ahli bina badan atau model peragaan. Cukuplah sekadar ’broad shoulder’ nya membuatkan kemeja kerjanya yang muat-muat badan itu cantik terletak. Rupa pula saya tidak mahu yang terlalu kacak sebab saya pun bukannya cantik sangat. Saya suka pada yang berhidung mancung, punyai tulang rahang yang jelas yang membawa gambaran rupa maskulin. Senyuman biar menawan menampakkan barisan gigi yang putih bukannya berkarat dek stain rokok ataupun kerana karies dan plak tebal.( saya ni doktor gigi). Oh ya.. berkulit cerah. Kalau ada iras-iras arab lagi bagus. Mata pula kala merenung boleh buat lutut saya menggeletar. Rambut tidak kira panjang, pendek, malah botak sekalipun tolonglah kemas. Kemas tidak bermakna mesti ditempek minyak rambut atau gel sampai kelihatan berminyak berkilat leper. Bukan perempuan saja yang perlukan rambut yang cantik beralun, lelaki juga ingat-ingatlah yea. Kulit muka, biarlah seperti berjaga bukan berjerawat batu seketul-seketul. Oppss saya tidak suka yang bermisai tebal! Dari segi penampilan diri, saya kurang gemar pada lelaki yang menyarung ’slack’ sepanjang masa. Ditambah dengan gaya menyisipkan kemeja t ke dalam baju. Itu cara ayah saya yang sudah 50 tahun. Tolonglah pakai jeans. Sangat segak kalau berkemeja santai putih bersama jeans biru untuk temujanji pertama saya. Jangan lupa untuk pakai stokin. Saya tidak suka pada lelaki yang sengeh memanjang. Macam kerang busuk! Bila kelakar cukup lah dengan ketawa yang bukan berdekah-dekah. Senyum saja sudah cukup. Tapi mesti pandai buat lawak bijak untuk buat orang lain tergelak. Pandai menyusun kata untuk buat orang lain senang. Tapi saya tidak suka pada lelaki yang cakap banyak. Yang menjaja cerita kisah santero dunia dan berpanglipur lara. Bagi saya lelaki yang bijak tidak banyak bercakap. Calon suami saya mestilah tidak merokok. Kerana saya mahu hidup lama bersamanya. Saya juga kalau boleh ingin bahagia disamping suami yang sihat bukannya menderita barah paru-paru akibat daripada merokok. Udara yang baik juga penting untuk anak saya membesar dengan cerdas nanti. Lagipun orang merokok ni baunya busuk. Tuanglah sebotol mana pewangi badan pun, bau rokok tetap akan menang. Saya tidak kisah apa pun kerja lelaki itu. Asalkan kerja yang halal. Kerana rezeki yang halal datang dari kerja yang halal. Dan rezeki yang tidak halal apabila di makan akan menjadi darah daging yang membusuk. Yang penting dia sentiasa bekerja keras untuk memajukan hidup. Sentiasa ada usaha untuk mencapai dan menjadi yang lebih baik dalam hidup sebab saya sendiri ialah seorang yang punyai segunung impian. Dia perlu tahu sebagai lelaki dia ada dan akan ada tanggung jawab yang besar. Kerjalah apa sahaja dengan bersungguh-sungguh dan karisma lelaki itu akan terserlah dengan sendiri. Ada orang mahu lelaki yang bijak sahaja. Contohnya doktor, peguam dan jurutera. Saya rasa, saya tak kisah sebab kebijaksanaan lelaki bukan terletak pada kerjanya. Kebijaksanaan lelaki terletak pada bagaimana dia menguruskan hidup, punyai cita-cita yang tinggi dan cuba menggapai cita-cita itu. Saya mahu lelaki yang sangat menghormati orang tua dan orang lain di sekelilingnya. Kerana lelaki sebegitu juga akan menghormati isteri. Ini jelas menggambarkan dia bukan seorang yang mementingkan diri. Dia boleh beralah atas situasi tertentu dan sangat tegas atas situasi tertentu yang lain pula. Dengan kata lain dia juga mesti berpendirian tegas. Bukan seperti lalang yang ditiup angin. Dan pendirian itu biarlah benar. Jelas.. egonya dilempiaskan di tempat yang betul. Saya sangat benci pada lelaki yang panas baran. Lelaki yang diciptakan tuhan punyai sembilan akal dan satu nafsu sepatutnya pandai menahan amarah. Sepatutnya sabar menghadapi plot-plot hidup yang menekan. Yang paling paling penting jangan sesakali mengangkat tangan membelasah wanita. Bagi saya lelaki sangat cantik kalau baik budinya. Ya saya setuju dengan Kata Wanita Eh! Oktober. Lelaki yang layak dijadikan calon suami adalah lelaki yang tidak menggelabah apabila disuruh menjadi imam solat jemaah. Membaca Al- Quran dengan lancar bersama makraj dan tajwid yang betul. Juga sentiasa berani ke depan melaungkan azan. Bukankah seorang lelaki itu selau ingin menjadi ketua. Jadilah ketua dalam segala segi! Saya juga berkenan pada lelaki yang pandai main alat muzik. Alangkah ’cool’nya melihat lelaki yang menyingsingkan lengan kemeja kerjanya dan bergegas ke tempat ’jamming’ untuk berlatih bermain gitar atau drum tanpa sempat pulang ke rumah. Bermain dengan stail tersendiri dan tali leher yang masih dipakai itu diselitkan ke dalam kemeja saja. Benar-benar ’cool’. Tapi janganlah pula tabiat itu berterusan hingga selepas kahwin. Sekali sekala boleh lah. Selain itu, giat bersukan. Dan sukan yang paling segak untuk lelaki yang boleh buat saya teruja adalah tenis dan berkuda. Juga polo. Saya mahu lelaki yang pemurah. Tidak lokek untuk menderma. Tidak kedekut untuk menyumbang. Dan pastinya untuk saya kalau saya menjadi pengerang jantungnya,tolonglah jangan berkira. Saya adalah yang jenis tidak akan bayar makanan saya kalau saya keluar berdua dengan lelaki. Lainlah kalau tiba-tiba saya rasa nak belanja dia. Untuk barang-barang peribadi pula tolanglah faham, saya sangat sukakan kasut dan beg. Rajin-rajinlah hadiahkanlah saya beg tangan dan kasut baru yea. Tapi saya tidak mahu yang terlalu penuh dengan kejutan. Eh, kejutan itu boleh tapi bukan berjiwang karat. Kata-kata perayu pemujuk yang sampai terbelit lidah tidak lut buat saya. ”sorry yae mat romeo”. Saya lebih suka tengok wajah lelaki yang agak-agak gelabah bila mengorat perempuan, tak tahu apa yang nampak betul untuk memikat gadis, serba salah nak menutur kata.Comel! Saya tidak suka kucing. Jadi lebih baik kalau bakal suami saya juga bukan penggemar kucing. Kata orang perempuan yang sukakan kucing ni penyayang. Tapi biarlah, saya lebih rela dikatakan tidak penyayang. Kalau perempuan lain tentu seronok sangat kalau lelaki pandai memasak. Sebenarnya saya juga begitu! Alangkah bagusnya kalau setiap malam setelah seharian penat bekerja, saya dihidangkan dengan masakan yang begitu membangkitkan selera. Senangnya hidup. Jadi, bagaimana ? Boleh tolong carikan lelaki sebegitu untuk saya? Oh, paling penting yang sepatutunya saya letakkan di senarai pertama… dia mesti cintakan saya sedalam-dalamnya dan boleh buat saya jatuh cinta padanya. Sebelum mengakhiri, sejujurnya, fizikal lelaki paling sempuna di mata saya ialah Fahrin Ahmad! Sungguh!~~~~~~
Ok...di atas adalah 1 daripada post blog saya yang satu lagi..Blog yg dah lm saya tinggalkan sbb duk mlayan blog diari kawen ni...Sian blog tu, sudah dilupakan....Xpe nanti saya akan menulis lagi di blog itu...Ada sesiapa nak melawat blog tu x kat sini? Ni dia http://harzharun.blogspot.com... Amboi..promote blog sendiri!!..Sebelum tu, saya nak warning, saya lebih kpd seperti penulis artikel dlm blog tu...So, korang mebe bosan..Hehehe..
Ok, ok, ok...apa motif sebenarnya saya post balik list berjela2 tu kat sini?..
Sebab......sejak2 ramai yg tau saya nak kawen ni, ramai pulak yang bertanya, saya dpt yg mcm yang saya nak tu kah?...Saya dapat ala2 Fahrin kah?...Hohoho...mmg ramai yang tanya...Sebab post di atas juga pernah masuk Majalah Eh! 2 tahun lalu....Kiranya artikel panas dari saya la..hahaha...
Meh saya jawab kat sini....Itu adalah jejaka anganan , impian, mimpian saya...Yang saya listkan ciri2nya berdasarkan kesukaan saya..Malah saya rasa ciri tersebut amat dipersetujui oleh semua gadis2 single..Betul x?..Ciri2 yg superb & perfect kan.Ciri2 yg tercipta atas angan2 soerang anak gadis .Itu 2 tahun lalu..Sebelum saya berjumpa arjuna...Sebelum saya jatuh chenta pada arjuna...
Sekarang, saya bakal melangkah ke alam perkahwinan..Dgn arjuna yang sudah pasti tidak 100% sempurna..Kerana saya juga tidak sempurna..Kerana kami ialah manusia biasa...Manusia yang ada kekurangannnya..Manusia yang cuba menjadi sempurna dgn membaiki setiap kekurangan...Arjuna tidak mempunyai semua ciri2 di atas..Namun dia juga tidak la pula tiada langsung ciri2 di atas..Saya juga mungkin tidak menepati 100% piwaian standard ISO gadis idamannya..Tapi, kami saling melengkapi..Atas rasa cinta, kami membahagiakan satu sama lain..Atas rasa kasih, kami menjaga satu sama lain...Atas rasa sayang, kami sentiasa ada untuk satu sama lain..Dan saya sentiasa berdoa semoga atas rasa tanggung jawab pada ikatan sah yang bakal kami bina nanti,rasa cinta,kasih dan sayang itu, akan terus berkekalan hingga hujung nyawa kami....Ameeennnn.....
*p/s: melankolik sket la post ni...hihi

eh, kenape sy xde anganan ciri2 sebyk awak? hahaha.. kdg2 sy rase sy ni xmemilih lgsg.. mcm mase majlis kawen hari tu.. tp sy dh cukup bersyukur..
ReplyDeletehehe..apepn, good luck ok.. adenk sy tlg ape2 tak?
Amin....
ReplyDeletegile demanding!
ReplyDeletewahaha gurau jek.
ala sume pompuan pun mesti ada punyelah ciri2 idaman camtu ;p
fara ~ tau x nape awak x pikir tu semua?..sbb awak x reti koya!..hahaha..saya sgt terer koya..hehe....tp kan penat la bila dah tetapkan sesuatu benda...bila x dpt, kita akan tensen..huhuhu...
ReplyDeleteyanie ~ ameennn...thanx!
fasha ~ mmg demand pong..hahaha!!!...tp u setuju kan...
ok fine.. sy mmg xreti nk koya2.. hahaha
ReplyDeleteamin..semoga kekal bahagia ye.. =)
ReplyDelete