kita2.... ;-p

Wednesday, March 10, 2010

apa ada dalam hati?

Hooorraayyy hooorraaayyy buat Asleenda sbb dah jadi geng Kita2 yg ke 46...B2B jugak ni...welcome dear!

Malam itu, saya di bilik. Dikelilingi barang2 perkahwinan saya. Doorgift, bunga, hantaran, riben2, kad kahwin, baju pengantin dan segala2 tentang majlis walimah saya bersepah2 di depan mata saya. Tiba2 hati saya berdetik. Aku akan kahwin. Sukar diungkap apa yang saya rasa ketika itu. Satu perasaan halus tapi mendalam. Ada rasa gembira disulam rasa sayu. Mengapa ya? Saya gembira kerana bakal melalui kehidupan baru bersama arjuna hati yang saya cintai. Namun rasa sayu itu mengetuk naluri kerana saya tidak tahu tentang masa hadapan. Bagaimana ya nanti? Saya gadis yang sukar jatuh cinta. Jika saya sudah terjatuh, saya memang jatuh sedalam2nya. Adakah cinta yang sedang membahagiakan saya ini akan terus menemani saya melewati hari2 tua saya nanti? Adakah cinta yang membuat saya ketawa ini akan menjadi ubat saya ketika saya sakit2 dan sudah tidak bermaya nanti? Adakah cinta yang membuat saya rasa sangat istimewa ini akan terus disamping saya ketika ada ombak dan badai cuba menguji? Sungguh, saya tiada jawapan.
Saya tahu ada hati yang hanyut kerana cinta. Saya tahu ada jiwa yang luka kerana cinta. Saya tahu ada naluri yang kebal juga kerana cinta. Cinta tidak salah. Cinta tidak berdosa. Ia anugerah. Yang dititip tuhan buat sang manusia. Satu-satunya anugerah yang datang bersama seribu satu rasa. Berbaur-baur. Gembira, teruja, asyik, resah, debar, malu, sakit, kecewa, keliru, dan segalanya. Dan yang paling pasti, saya dapat rasakan, cinta yang diikat dengan janji akad yang sah akan pula menimbulkan rasa tanggung jawab. Aneh sekali anugerah ini ya. Saya sedang menyusuri rasa ini. Membiarkan diri rela menempuh setiap warna yang tercoret di dalamnya. Saya mungkin terbang di awangan. Mungkin jua jatuh mencium bumi. Namun saya pasrah. Ketentuan masa depan adalah rahsia Ilahi,yang hijab bagi saya. Yang mampu hamba kerdil ini lakukan, hanya berdoa. Semoga cinta kami akan terus mekar. Hanya Dia yang tahu yang apa terbaik. Pada arjunaku, terima kasih atas cinta ini.....

4 comments:

  1. Semoga akak kekal abadi, bahagia dan majlis akak diberkati olehnya. Amin~
    =)

    ReplyDelete
  2. dear..mesti tgh berdebar nak jadi wifey nih..apa2 pun..kita dah usaha yg terbaik..kisah slps kawen..hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

    betul..cinta mmg x salah..tapi letakkan dia di tmpt yg sepatutnya..

    ryna doakan semoga semuanya selamat okeh..

    ReplyDelete
  3. insyaAllah..semoga dipermudahkan segala..jodoh maut ditangan tuhan..kita hanya berusaha bersungguh2 & bertawakal dalam mengekalkan semua hubungan..

    jgn risau2..

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah. Good luck for u dear. ^_^

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)