Hey gadis di luar sana. Saya rasa, 69% yang mengikuti blog saya ini terdiri daripada bakal2 pengantin yang cantik manis belaka. 30% pula terdiri daripada kamu2 yang telah bergelar isteri. Angka ini hanyalah anggaran kasar saya sahaja. Dan yang pasti, peratusan isteri2 itu akan bertambah dr hari ke hari kerana bakal2 pengantin tadi mula memasuki alam rumah tangga seorang demi seorang. Siapa pula yang 1 % itu?. Mungkin pengunjung dari golongan adam. Mungkin juga si hawa yang sudah berpunya tapi belum bersedia menyertai kami. Juga mungkin si dara yang belum di curi hatinya.
Kepada si dia yang belum merancang untuk berkahwin dan kepada si dia yang belum berpunya, kali ini saya mahu bercerita dengan kamu.
Sebagai seorang perempuan, saya tahu, kita punyai impian yang sama. Mahu memiliki pasangan yang mencintai kita untuk sepanjang hayat, berkongsi hidup dengannya dan mempunyai keluarga bahagia sendiri. Namun, sebagai gadis, kita sering terfikir, adakah jejaka yang hadir dalam hidup kita itu, Mr Right kita. Adakah jejaka itu mampu memberi kita cinta yang suci. Cinta yang kukuh walau disapa apa saja badai yang cuba menduga. Tidak dibayangi nafsu semata. Cinta yang tulus, yang tidak disogok dengan kemewahan dan kecantikan dunia. Cinta yang bisa menemani kita melewati hari-hari tua kita nanti. Cinta yang bisa menjadi ubat apabila kita sakit-sakit nanti. Itu yang kita mahu bukan?
Tapi ketahuilah kamu, kami yang sudah menetapkan hati ini, juga bukan mudah untuk membuat keputusan untuk berkahwin. Kerana perkara kahwin ini bukan perkara main2. Yang cantik hari ini tidak semestinya boleh buat kita bahagia untuk esok hari. Yang molek hari ini mungkin jelek suatu hari nanti. Jadi apa rahsianya? Tiada rahsia sayang. Semua itu kerja Tuhan. Dia yang telah menetapkan setiap daripada kita berpasang-pasangan. Jadi jangan gusar. Pada yang sudah memiliki pasangan hati, jagalah pasangan kamu andai kamu yakin dia mampu memdampingi kamu hingga hujung nyawa. Jika belum bersedia melangkah alam rumah tangga, usah paksa diri. Nikmati apa yang kamu ada. Tapi jangan lupa jaga batas dan maruah keluarga. Pada yang masih sendiri, owhh, saya tahu soalan makcik pakcik tentang bila nak kahwin amat merimaskan bukan. Sebab saya pernah melaluinya. Pesan saya, jangan marah bila disoal begitu. Mmg itu soalan faveret meraka. Juga jangan mudah gelabah yea. Single is simple. Tak ada gangguan, sekatan dari sesiapa. Jadi, terekoilah dunia. Hiburkan diri. Ramaikan kenalan. Beli apa saja yang terlintas di fikiran dan mampu di poket. Enjoy your single life. Serious, hidup single ada manisnya sendiri !.
Saya tiba2 rindu pada perasaan bila ada orang mengorat..Opppssss….Paling penting, sentiasa berdoa. Mintak Tuhan kurniakan yang terbaik untuk kita. Mr Wrong untuk orang lain mungkin Mr Right untuk kita. Jadi, jangan tutup pintu hati jika tahu kenalan baru kita bekas kekasih asyik masyuk orang lain. Juga jangan takut untuk bercinta lagi jika pernah dikecewakan. Semua tu kan kerja Tuhan. Dia yang paling mengetahui.
Hurmm, dengan ini saya sertakan coretan hari bahagia kakak ipar saya yang melangkah ke alam perkahwinan di usia 33 tahun. Biarlah dilangkah bendul oleh 3 adik lelakinya. Biarlah kawan2 yang hadir sudah mengelek 3, 4 orang anak. Biarlah lambat sedikit bertemu pasangan hidup. Janji Tuhan kan tetap pasti.
Lets check it out!!

Adik ipar saya memang kreatif. Cuma dia tiada pendedahan dan tidak pernah diberi kepercayaan. Tapi kali ini, kakak ipar saya memang memberi keprcayaan 100% kat dia.Dr hiasan hantaran hinggalah ke lukis2 inai di tangan. Oleh kerana tak pro lagi, kene la lukis draft dgn pen dulu...

Pastu baru ikot dengan inai. Jenama, Rani. Beli kat Maidin. Cepat lekat ni. Kalo pakai lama2, boleh jadi hitam. Tapi sekali mandi gosok dgn sabun dah boleh tanggal...

Ini hasilnya... Cantik kan..Sapa2 yang duk Kelate, nak kawen, nak lukis2 inai di tangan sila bagitau saya yea. Saya boleh bagitau adik ipar saya. Tapi dia duk kat Rantau Panjang. Inai di kuku plak, saya yang pakaikan...Nak jugak bagitau tu..Hehe...

Majlis akad nikah was held on 13 September 2010 about 9pm. Oleh kerana my SIL tak setting tempat untuk akad nikah, maka saya pun busy body la sket. Dgn kebenaran SIL, saya adjuz 1 ruangan, guna pakai prop pelamin, jadi la tempat comey seperti di atas. Eh, betul ke comey. Ke saya je perasan?

Tapi my SIL sgt hepi bila dia tengok tempat nikah tu. At least katanya, xde la duk depan pelamin kan. Dah la bsanding pun kat pelamin. Inilah dia my SIL sebelum akad nikah. Ada cite lucu sket tau. Saya ni kan, punya la setting tempat tuk bride & groom. Saya adjuz biar masa akad nikah nanti, bride akan menjadi latar belakang kepada groom. So, dlm pic akad nikah nanti, ada dua2 pengantin masuk dlm pic sekali. Alaaa, yg mcm org selalu duk buat tu la.Tp bila tiba masanya, dah elok2 semua duduk, my SIL pun kuar nak duduk kat tempat comey tu, tetiba2, pak imam suh masuk balik !!!...Aiseh..!!..Pak Imam tu x bagi bride ada sama ms lafaz nikah... Aduyai!..Punah plan kami....Tak canggih langsung pak imam tu..huhu...Saya xde pic groom akad nikah sbb saya kat dlm bilik teman SIL masa tu...

So, korang layan pic pengantin lama ni je la yea...Hahahaha...Ok, saya gemok..Dah ngaku sini..Sila jgn komen tentang kegemokkan saya ok..huuuuuu

Esoknya, majlis khatam Quran. Sekali lagi saya setting tempat untuk SIL duduk... Masih kawasan semalam, tp saya tukar prop lain plak...Ishkk, tengok tu..Pagar puteh blakang tu dah x centre!!.. Ni mesti Arjuna punya pasal. Sbb tu pintu bilik kami..Org dah sekat tu jgn la masuk!..Eeee!!!..

Haaaa...Ini lah dia the king & the queen of the day... Prop pelamin saya dah susun elok2 semula...Saya xde pic yang lebih bagus la..Sebab sgt bz ok...Tu si pengapit dua orang tu pun, saya yg kene bg briefing...Si pengapit lelaki, saya bg pinjam baju melayu pink Arjuna yg masa tunang hari tu...It supposed to be slight contra between pengantin & pengapit kan..Tp nak wat camne, pengantin tukar baju di saat akhir..huhu..Apa2 pun, pengantin tetap cun !..

The theme is pink & cream. Kerusi mawi...The femes kerusi sejak bbrp bulan lalu...Saya sendri suke sgt kerusi jenis ni...But now, for b2b, i have idea for new dais design yang melatop..Tunggu entry lain yea..

Sangkar burung sudah dinaik taraf sebagai prop pelamin...Cantik !..Saya suka!... Tapi zaman saya sudah blalu...Mebe boleh pakai untuk kak ngah plak?...

Hurmmm..Saje je amik gmbr senget...Nak suh nampak cam pro..Hihi..Tp x pro pun kan...

Ini plak bilik pengantin... DIY..Simple yet nice... Katil putih, dinding dark purple.. Nape dinding lari tema?..Malas nak cat baru kot..Tp tetap cantik kombinasi warna ni kan...

Apa tu yang melekat di dinding?..Haaaa, itu lah kotak2 cermin... Ditampal satu2.. Beli kat Ikea..Setiap satu berharga?..Tak tau..Lupa nak tanya SIL...Best x idea my SIL ni?..

Eh...nape budak ni interprem?..Tak apalah..Kan dia my little princes..Adik dtg dgn ibu, ayah, kak ngah & my aunty... Ms derang sampai tu, saya lom bsiap..Masih pakai t-shirt. Sampai adik pun heran,"aikkk, nape x cantik langsung ni..kata ada kawen?"...Hurmmm, ye la dik... i bz ok... Nak bgtau sket, manik2 di baju adik, kak long nya ni yg jahit..Ok...itu iklan..hehehe...

Ni plak, hantaran belah pompuan...My adik ipar yang buat...Dia dah bhabisan menDIY untuk kakaknya ni...Time dia nanti, xtau la camne pesennya kan...

Ini close up....Kasut...Satu ni je la saya tunjuk..Tak larat nak upload pic la....

Hantaran sebelah lelaki kaler hijau...Pun dibuat 100% by my adik ipar si pelukis inai tadi...Dia ni mmg boleh wat bisnes pengantin kan..

Haaa inilah dia si pengapit perempuan @ pelukis inai @ pembuat hantaran... Adik bongsu Arjuna... Btw, nape baju saya x cantik?!!...Lace tu saya beli kat Medan..Kain batik tu sekali la..Kain tu ada manik bling2...Nape x nampak dlm pic ni?!..Nmpk cam kain batik kat dapur je kan...Huhuhu...

With pengapit lelaki..Arjuna 's cousin..Br form 5 nih... Sori yea..Tidak boleh dingorat sbb masih kecik....heee...
Hurmmmm...itu lah serba ringkas tentang majlis perkahwinan kakak ipar saya... Penat tu mmg penat..Tp seronok!!!......

Ms majlis tu, ada sorang budak ni... 3 tahun lebih kot umor dia.. Daniel..Anak kepada bestie SIL... Tanpa diajar, tanpa disuruh, dia panggil Arjuna dgn panggilan Papa...Mmm??...Mamanya ckp, mmg papa budak ni seiras Arjuna...Dia rindu papanya kot..Sbb papanya xle cuti balik kampung tuk attend wedding SIL....Haishhh....

Anak juga kan kerja Tuhan. Jadi, berdoa saja... Betul x?... :-))