kita2.... ;-p

Thursday, December 23, 2010

hantaran bantal versi HARZHARUN

Hantaran menggunakan bantal. Thats what in trend lately. Selagi idea ini belum pudar dimamah masa, saya juga mahu mencuba!. Tidak lain tidak bukan, untuk adik perempuan saya la. Jom kita jenguk dulu hantaran bantal yang menjadi idaman kalbu hampir semua b2b. Sudah tentu hasil kreativiti pengasasnya iaitu ARMA COUTURE.




Perghhhh!!!...Sgt menawan kan!... Hati mcm terlonjak2 nak buat mcm tu jugak. Kalau boleh, rasa cam nak upah Arma je! Hehe... Ok, ini pulak, hasil sentuhan jemari kawan2 pula...

Ini hantaran perkahwinan one of my silent reader. Saya x kenal dia. Tapi, bila baca apa2 kat sini, dia pergi report kat adik saya. Dia kawan adik saya ni. Lupa dah sapa nama. Siapa pun kamu, pinjam gambar yang adik saya songlap di fb ni yea. Hehe..

Ini pula versi Xora. Saya tunjuk satu je ek. Sgt adore gubahan sireh ni. Untuk lihat dgn lebih banyak, boleh ke pages Xora sendiri yea.

Ramai lagi kawan2 yg dah cuba DIY hantaran bantal ni. Ada yg guna papan dan span. Ada yg guna lapik kek, span dan kekabu. Ada yg beli bantal yg dah siap jahit. Macam2 la. Bagaimana pula gubahan hantaran versi saya? Versi HARZHARUN WEDDING COUTURE. Kihkihkih....

Saya hanya tolong DIY. Yang beli bahannya, ibu dan adik saya sendiri. Saya tak ikot sama sebab saya kan duduk jauh dari mereka. Adik saya mahu tema kuning. Tapi, bila saya tak ikut serta pergi beli bahan, mula la salah beli sana sini.Tengoklah. Ini bukan the real yellow. Inikan dah nak jadi gold. Saya dah pesan byk kali. Jgn tertukar between yellow & gold. Tapi, adik saya jenis tak kisah sgt. Tak strict sgt pasal kaler. Asalkan kuning ok je. Kemudian, bantal. Diorang jumpa bantal siap yg sangat murah dekat The Store kalau tak silap. RM5 untuk dua biji. Haha...Mmg sgt murah. Tp, bantal tu gemok dan kaler x best. Jadi, tugas saya la yg buka balik jahitan bantal tu kasi leper sket ,dan buat sarung yg baru. Saya jahit sendiri ok. Sanggup angkut mesin jahit ibu bawa balik ke kuaters kami. Letak depan tv. Sambil tgk tv, jahit.

Rambu2 dan lace kat tepi bantal tu, saya jahit guna tangan. Gigih kan. Cepat ckp saya gigih!. Hehe. Ini majlis pertunangan adik. Dah gigih macam ni. Majlis saya dulu, dah tinggal sejarah dah kegigihan tu. Huuu...

Ada 6 biji bantal kesemuanya. Bawa balik rumah,ibu sangat bangga. Haha. Terperap kat rumah agak lama sbb konon2 nak gubah hantaran tu sama2 dgn adik saya nanti. Tunggu la dia balik dr Sabah. So, lastwiken, pagi2 lagi kami mengadap bunga2n dan bantal2 tu.Ok ok...Tadaaa...hantaran bantal versi Harzharun...

Pic amik dgn hset saja...huhuu..

Bunga, guna bunga pelsu. Bunga Hindrangea @ nama melayunya bunga Siti Zubaidah. Bunga ni RM6 setangkai. Dan setangkai tu ada sejambak tu je la. Oleh kerana budget adik saya semput-sbb-mahu-simpan-duit-lebih-tuk-kawen, saya guna dua @ tiga jambak sahaja untuk 1 hantaran. Dan lebatkan dgn dedaun la. Kami dah siap gubah keenam2 bantal. Cuma bbrp hantaran lagi sprt buah, kek,kami x guna bantal dan akan disiapkan mebe hari ni... Nak tengok hantaran bantal yg lain?..Eh, x boleh la. Sabar ek. Tuan punya badan tak bg reveal kat sini lagi. Kehendak pelanggan kenalah diutamakan. Betul tak?.Heee..Takpe2, nanti saya suh OP amik gmbr cantik2, dan saya akan tampal gambar kat sini. Ok..Sehingga jumpa lagi...Daaaa!!!

1 comment:

  1. wahhh dah boleh buka blog u ni =) hehehe
    berseni sungguh tangan kamu harz..cantik2..t update lagi yer

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)