kita2.... ;-p

Thursday, December 16, 2010

itu dan ini

Kamu sayang kawan2 blogger kamu?
Saya?
Saya sayang kawan2 blogger saya.
Kenapa saya sayang kawan2 blogger saya?

Hurmmm????

Saya sayang kawan2 blogger saya sebab, mereka sudi baca blog saya yang x seberapa ni. Mereka baca dan mereka suka blog saya. Kenapa saya kata mereka suka blog saya? Sebab, kalau mereka x suka, mereka x kan baca. Tapi mereka tetap baca dan baca lagi berulang kali walaupun kadang2 saya hanya melalut sahaja.

Apa yg saya tulis di blog adalah apa yg saya alami. Apa yg saya rasa. Sedikit pun saya tidak tipu. Ia mmg jujur. Dr hati yg iklas. Sbb xde untung pun saya nak menipu di sini. Cuma, ada benda yg terlalu peribadi, saya x dpt kongsi. Jadi, yg tinggal tuk dikongsi di sini semuanya adalah diri saya yg sebenar. Saya percaya kamu juga begitu kan. Kesimpulannya, kita saling tahu tentang masing2 hanya melalui blog. Terus, jadi dekat sbb macam dah lama kenal. Maklumlah, hampir tiap hari dapat maklumat pasal diri masing2 kat blog ni. Kita pun jadi akrab. Macam kawan baik sejak kecik. Betul x?

Kalau gembira, kita terlonjak hepi sama2. Walaupun masa tu kamu jauh di sebelah sana peta Malaysia dan saya di sebelah sini. Kalau sedih, xputus2 kata2 semangat yg kamu beri. Bagaikan kita sama2 menangis. Malah, x cukup letak komen di sini, kamu email saya, kamu SMS saya. Saya juga buat begitu untuk tenangkan kamu. Terus, kita makin mesra di hati.

Sbb itu lah saya sayang kawan2 blogger saya. Titik untuk itu.

Kita sambung sikit bab lain pulak. Sejak kebelakangan ni, jarang pula saya update blogkan. Entahlah. Terbang ke mana mood untuk menulis. Mungkin sbb sibuk dgn urusan seharian. Masa lapang tu ada la sikit2. Tp, saya lebih senang merayau2 di blog kamu semua. Wajib itu. Cuma tak sempat tinggalkan jejak di ruangan komen.

Cerita terbaru, kami dlm proses pindah klinik. Klinik asal renovate. Kami merempat di kuaters. Kerja tetap kene jalan walaupun keadaan sangat daif. Selepas setengah tahun, klinik asal pun siap. Ni dah balik ke klinik asal la ni. Masih tunggang langgang. Belum siap bkemas. Barang2 masih dlm kotak. Jenuh juga nak berkemas. Staf2 saya mmg btungkus lumus. Tak de yg ponteng pun. Yg curi tulang, sapa lg, bosnya sendiri la. Haha..

Di rumah pula kami gembira. Tak bgaduh pun sejak dua tiga minggu lepas. Hepi. Mungkin Arjuna sedaya upaya gembirakan saya. Saya kan frust sgt dgn kejadian period tu. Tak apalah. Saya pun akan gembirakan dia. Cuma sesekali waktu bergurau senda, tetap tlintas di hati saya. Kesian Arjuna. Dia mesti teringin sgt bgurau senda dgn baby. Tp saya masih belum boleh beri dia lg. Huhu..Ok...Tak mahu fikir soal itu. Janji Tuhan tetap pasti kan.

Majlis pertunangan kak ngah tinggal 9 hari saja lagi. Hantaran bantal tu dah siap. Mau saya letak sedikit teaser di sini. Tp gambar hilang sbb Arjuna xsemena2 format kamera saya. Geram!..Nanti lah saya tunjuk. Hantaran tu semua dah dihantar ke rumah parents saya.

Semalam pergi amik baju yg saya tempah tuk pakai di majlis pertunangan adik saya. Ini dia.

Hahhhh!...Sekarang sila jawab..Sapa yg nak bertunang sebenarnya ni??Hahaha...Well, kakak yg merangkap engagement planner harus nmpk cantik jugak kan. Hehe...

Sekian saja untuk kali ini. Daa!!

7 comments:

  1. yeay...dah bole access dah..tq dear!..hehe

    ReplyDelete
  2. xpe long. kita kadang2 lg senang nk share ngn kwn2 blogger dr org sekeliling..
    btw, mmg lebih sudu dr kuah ni... sape nk bertunang niiiiiiiiiiiiiiiiiii =))

    ReplyDelete
  3. hai harz..xsalah kalo kakak sama2 memeriahkan majlis adik ngan sama2 pakai baju cantik..br meletops..=)

    ReplyDelete
  4. kak!!! sumpah cantik kain lace tueeeeeee! adeehhh! jika la asna berani nak pakai lace.. mmg dah lamaaa beli kain lace byk2 tau! hehe.

    Kak pasal period tue yg stress2 tau. insyallah asna doakan akak murah rezeki utk akan datang.

    Ya Allah, berikan rezeki utk cahaya mata kepada sahabatku ini ya Allah, sesungguhnya, hanya kepada Engkau hamba-Mu Memohan pertolongan, keberkatan, dan rezeki-Mu ya Allah.. Aminn.

    =')

    ReplyDelete
  5. harz.. cam kau jerk yg nak nikah ni.. hihii

    ReplyDelete
  6. babe, apa2 yg jadik semuanya ada hikmah tau. so ko dpt berhoneymoon lebih2 ngan encik arjuna tuh lama2 skit. insya allah rezeki ko dtg gak nanti. believe me okeh.
    ^_^

    ReplyDelete
  7. ally ~ teruskan mbaca yea..hehe..

    fara ~ hurmm...bila private blog, lagi selesa nak mengarut kat sini...btw, i kan e-day planner, mesti nmpk cun...hahaha...kak ngah jeles sbb baju saya upah murah...RM80 je...kat kuala dungun...Kakak tailor tu siap buka manik dulu sblm gunting kain,.,pastu jahit mula...tetap hrga murah drpd winnie kat KT tu..Tp baju yg winnie buat lg sgt terletak & selesa..huuu...yg ni, biasa2 sj...

    anah ~ tu la sal dear...nak kasi letup nih..siap pesan OP, amik gmbr i byk2 jugak..lgpun,OP tu i yg pilih..hahaha...

    asna ~ alaa....tharu la yang...huhu...tenkiu byk2..sayang asna...

    DOT ~ aku kan nak mbuktikan si gemooookkk juga mampu tmpil cun....hahahaha

    fasha ~ thanx fasha...bila nak jupe ko ni?!!

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)