kita2.... ;-p

Tuesday, December 21, 2010

sempurna

Hai cantik....

Saya suka baca blog. Sebab orang biasanya jujur dengan blog mereka. Sebab itu, ada orang berani mengaku gay dalam blog dia. Opsss!.. Tak nak lah sentuh bab ni. Saya bukan pembaca blog gay tau. Cuma sekadar contoh untuk menguatkan fakta tentang orang memang jujur bila menulis di dalam blog. Mungkin ada juga yg hanya membuat cerita. Tp saya percaya tak ramai begitu. Kot...Kamu baca blog artis? Saya bukan peminat fanatik seseorang artis. Sekadar tau cerita yang disampaikan Melodi sahaja. Hey, hidup kita kena tau kisah artis serba sedikit kan. Jgn sampai kawan sebut Anna Rafalli pun tak tau. Aiseh. Point sebenar nak cakap adalah, saya pembaca setia blog sorang artis ni. Itu je. Intro je yang panjang. Saya suka sangat tulisan Zahiril Adzim. Kenal dia??? Tau cerita Bawang Merah Bawang Putih? Si Merah itulah Zahiril Adzim. Saya suka dia di dalam blog. Eh bukan, bukan. Zahiril Adzim tak de kena mengena dengan Anna Raffali atau pengakuan gay atau penipu di blog ok...Jangan salah faham...Ok, tulisan saya dah mula memeningkan kamu kah?..Hehe..Zahiril Adzim pun memang selalu buat saya pening sikit2. Ala, sikit je.Tp untuk kamu yang memang susah nak faham sastera moden, jangan cuba buka blog dia yea. Nanti terus pening lalat. Apa-apa saja Harzharun ini kan.

Ok ok...Saya tak mahu buat kamu konfius lagi. Sebenarnya, saya nak cerita2 tentang sempurna kali ni. Sebab Zahiril Adzim sentuh tentang sempurna. Katanya, hidup kena ada perancangan baru perfect. Tp kalau perfect sangat pun tak best jugak sbb nanti takde benda nak diperbetulkan dalam hidup. Hurmmmm...Itu pendapat dia. Kata hati dia. Kawan saya pula kata, perfect is not perfect. Pun betul juga. Sebab dalam dunia takde yg sempurna selain DIA.

Malah, tiada ketetapan tertentu yang mengatakan sesuatu itu sempurna atau tidak. Mungkin pada saya, kasut tumit tinggi menyempurnkan penampilan. Pada kamu pula, kasut tumit tinggi itu menyeksakan tubuh. Jadi, kasut tumit tinggi adalah tidak sempurna pada kamu. Mungkin pada saya, tinggal di ceruk bandar ini tidak sempurna kerana jauh dari pembangunan. Pada kamu pula, tinggal di sini sangat sempurna kerana tidak sesak dengan bingit dan asap kota metropilitan. Tenang dan damai kata kamu. Justifikasi sempurna setiap kita adalah berbeza.

Saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Sepupu Arjuna. Melangkah je dalam rumah pengantin, hati saya dah mengumpat. Ishk. Ishk. Pelamin macam ni?? 15 years back style!.. Sangat tak sangka sebab si pengantin adalah jururawat. Bukan anak dara kampung yang tiada kerjaya. Dan saya tahu berapa pendapatan jururawat yea. Tapi kenapa dia pilih pelamin macam ni? Saya tanya dalam hati je sbb tidak mahu membuka mulut menjadi Cik Joyah. Lihat pula pada pengantin. Entah lah. Saya bukan nak jadi Cik Joyah yang bercakap dalam hati. Saya cuma rasa.......kasihan...Kasihan kpd pengantin yg sebenarnya cantik itu. Sebab mukanya sekarang benar2 jadi macam solekan artis zaman Os dulu. Kenapa begitu??? Dalam duduk melihat dan bercakap pada diri tu, datang la sepupu saya. Lelaki. Tingkatan 5. Mengadu yang bahan2 untuk merenjis satu pun tak disediakan lagi. Owh, budak ini amik berat. Sebab dia pengapit popular dalam keluarga kami. Sebab tu dia jadi sama2 rasa tanggung jawab kot. Saya tanya pada pengantin yang tengah bersiap memakai veil kembang2 zaman 90an dulu. Pengantin hanya jawab tak tahu. Saya lah yang susah payah buat beras kunyit, letak air paip dalam alatan merenjis tu sebab tak tau nak cari kat mana air mawar di saat2 genting sebegitu. Dan, pendek cerita, majlis berlangsung dengan cela di sana sini pada mata saya.

Usai, majlis, masuk kereta, saya mula pot pet pot pet. Arjuna tadah telinga. Begitulah saya. Kalau ada yang tidak puas hati, saya cuba simpan betul2 dalam hati. Sampai masa, luah pada Arjuna. Bukankah itu fungsinya suami. Mendengar coleteh isteri. Kan?.

Arjuna seperti biasa. Tidak banyak komen. Cuma dia kata, "alaaa, apa nak susah, dah tuan punya badan rasa tu dah sempurna, xpe lah..."....Saya diam. Berfikir. Ya, sekali lagi saya sedar. Justifikasi sempurna setiap daripada kita adalah berbeza.

Jadi, tolong. Jangan mudah memperlekeh pandangan orang lain. Jangan senang mencebik cara orang lain. Sebab dia fikir lain dan kita fikir lain. Fikiran dia, fikiran kita, tiada siapa yg boleh menghakimi samaada yang mana satu sempurna. Itu peringatan untuk saya untuk kamu.

Sebuah perkahwinan juga tidak akan sempurna. Tetapi ketidaksempurnaan itulah yang memberi kita sebab untuk menjadikannya sempurna.Noktah.


P/s: senyum!

5 comments:

  1. hahahaha..tiba2 terpk, apelah yg awak pk bila 1st time tgk gambar kawen sy :p

    ReplyDelete
  2. hmm.. buat asna terfikir sesuatu perkara tue.. akhirnya tersedar jugak lepas baca enrty akak nie.. thanks! ;D

    ReplyDelete
  3. thanks kak invite me lagi skali.. huhu.. at first xboleh nak register.. nak ctc akak btau pun xbleh.. huhu..

    thanks! :D

    ReplyDelete
  4. saya klik best utk post ini :)

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)