kita2.... ;-p

Tuesday, March 29, 2011

here & there

1st of all, sori sgt2 sbb tak balas komen2 kamu semua. Saya baca. Approve. Cuma tak tbalas je. Sama mcm singgah blog kawan2. Saya baca. Angguk2. Ketawa2 kalau ada yg cuit hati. Sebak sedey kalo ada yang menyentuh hati, cuma tak tkomen di situ. Yang penting saya tahu cerita kamu, dan kamu tahu pkembangan saya. Ya, sy mmg sgt mengembang. Kepada Sal, sila letak pic tbaru ko jugak yea..Tak aci la aku sorang je tayang body yg kembang ini.

Kisah tbaru saya,.... pindah rumah. Sblm ni, kami tinggal kat kuaters Arjuna di dlm kelapa sawit Felda. 20km untuk saya drive ke klinik. Jenuh juga tu. Lebih2 lg dlm keadaan malas-nak-keje skang ni. Dan keadaan tangan kebas2. Jadi, kami pindah ke kuaters saya pula. Dalam kawasan klinik sahaja. Perlu bjalan kaki selama 2 minit sahaja dr rumah ke klinik. Kalo blari lagi cepat.Hehe.

Arjuna basuh rumah pada 15 Mac lepas. Saya tak tolong pun. Malah saya tak pergi tengok pun. Arjuna sendri yg x bagi. Takot licin la, xde tempat nak duduk2 la. Dia btungkus lumus basuh dgn member dia je. Kuaters tu besar tau. Sangat besar untuk diduduki oleh dua orang. Ada 3 bilik, 2 bilik air + 2 bilik , 1 bilik air (untuk orang gaji kononnya). Hah, 5 bilik dan 3 bilik air semuanya! Mmg kuaters kerajaan untuk doktor2 mmg mcm tu. Besar. Design lama. Agak creepy bila tak didiami.

Then, 16 dan 17 mac, setiap pagi dan petang Arjuna akan hantar dan amik saya keje. Saya dah xboleh drive. Kebas tangan. Tak boleh nak handle stereng kereta dgn baik. Dua hari itu jugalah, Arjuna angkut barang kecik sket2 dgn kereta je. Kuaters saya tu, masih pakai mozek jenis lama. Yang kecik2 mcm mozek bilik air lama tu. Walaupun dibasuh bersih dgn klorok, tetap rasa geli tuk pijak.Huhu. Jadi kami beli tikar getah tuk cover mozek tak lawa tu. Tikar getah skang rupanya mcm2 design. Kami beli yang sekali tengok, macam karpet. 1 gulung tikar getah muat untuk ruang tamu sahaja. Haishh. Besar punya ruang tamu. Tpaksa beli 2 gulung. Itupun xdpt cover semua tempat. Bilik tidur kami, bawah katil x letak tikar getah pun sbb nak jimat tikar getah. Bilik tidur tamu, letak separuh. Bilik jemur kain langsung x letak. Bilik org gaji kami tutup terus laluannya melalui dapur tu.. Tak pakai langsung. Bukan ada org gaji pun kan. Masa beli tikar getah tu, tbeli jugak sofa baru.Keh keh keh. Sofa dah ada kat kuaters Arjuna. Tapi dah buruk. Zaman dia mula2 kerja lagi. Tu pun dia dpt sapa ntah bagi. Makanya haruslah beli sofa baru kan.Keadaan rumah masih bersepah2. Harapkan Arjuna sorang yang bkemas. Saya xboleh nak buat kerja sgt. Nanti tangan kebas sampai lenguh2 lengan. Huhu...

19 Mac, ibu, ayah, kak ngan dan adik dtg rumah saya. Tujuannya ada dua. Ibu & kak ngah nak soping di Kuantan. Kalau dr rumah saya, dlm 2 jam sahaja. Satu lagi tujuan, ayah nak tolong solat hajat & mengaji serta baca yasin tuk rumah saya tu. Hehe. Pukul 10.30am derang sampai. Pas mkn2 sket, terus kami semua ke Kuantan. Tinggal ayah sorang2 kat rumah. Bukan tak nak ajak, tp ayah yg xnak ikot. Ayah mmg mcm tu. Sgt tak suka mengekor kami ke shoping complex. Biasanya, dia akan hantar dan tunggu dlm kereta je. Dia lebih sanggup tidur dlm kereta dari mengikut kami tkinja2 dalam shoping complex.Haha. Sekarang, dah ada menantu yg baik hati, menantu pulak yg jd driver kami.Hehe.Shoping time!.Hehe. Budak kecik yang saya pimpin tu pun ada aim sendri bila shoping. Nak beg galas yang lebih dewasa!..Dia tak nak dah pakai beg minnie mouse tu. Dah besar la katakan. Dah darjah 2. Huu..Maka, Kak Ngah pong belanja dia satu beg galas belakang kaler hitam RM200 lebih. Wei wei, masa aku kecik dulu xde pun pakai beg harga ratus2..Huhu..Itu btuahnya budak kecik yang ada kakak2 yg bkerjaya. Huuuu...

"Kak Long, i want this car"Pengsan kalau adik betul2 mintak mcm tu kan..Haha...Tu baju semua, kak longnya ni lah yang belikan. Kak long suka, tp xle nak pakai, maka, sgt bagus belikan tuk adik kan..hehe..Kasut plak, Larrie..Haishhh, dia je yg pakai kasut branded. Kami kecik2 dulu, pakai Bata je..huhu..Jgn umur 16thn nnti dah pandai mintak Lubountin sudah..Mau kene sekeh..Kak long pun x pakai..Hee..

Ishk, apa ni, melalut cerita sal adik plak...Sambung balik... Hurm, Arjuna plak, kalo masuk shoping complex je, tuju tempat barangan baby...Owh, dia sgt bminat dgn stroller baby dan seat tuk baby...Nape yea?..Mungkin sbb barang2 tu leh dijadikan gadget. Kot?..Mcm kamera DSLR..Bukannya dia minat sgt fotografi, tp beli sbb skang, kamera tu adalah trend tkini. Lelaki dan gadget kan tak boleh dipisahkan.


Hoh...Stroller ini yang diminatinya...Sekali dgn seat kereta trus...Maclaren.. Gilos ko harganya.. RM5K..gilo!..Bek beli motorsikal trus..Bila baby sekolah menengah leh gi bawa skolah?..Haishhh!!!!...Mmg stroller ni nampak sgt cool...Tp x mampu kami!..Pegang saja boleh lah...huuu...Btw, baby yg nak duk dlm tu ke, daddy yg nak bgaya?..Ishk ishk..Setakat ni belum beli barang baby lagi...Cuma tengok2 sahaja..

20 Mac, kami pindah secara rasmi..Angkut semua barang dgn lori..Byk jugak barang weh..Jenuh nak mengemas..Dah byk barang mcm tu, tambah lg barang...Almari TV..Hihi...Best rupanya soping perabut rumah ni...T dah setel semua, saya letak pic kuaters baru kami yea..Tp sampai hr ni, lom betul2 setel kemas rumah lagi..Langsir baru pasang separuh..Hajatnya nak bli kain organza..Nak mencantikkan lg langsir sedia ada...Nak jahit sendri la konon..Ntah bila ntah br boleh buat...Mummy x larat la nak wat keje skang...

Itu kisah rumah..Ini pula kisah rawatan kebas tangan tu. Kebas tangan ni belum hilang..Dan menyeksakan kalo byk buat kerja..Saya dirujuk ke unit fisiologi. 28 Mac, was my 1st visit..Agak lama jugak kene menunggu sebelum di interbiu oleh juru pulih gerak kerja tu.. Sampai lenguh bontot dibuatnya. Saya skang, xle duk atas krusi kayu or plastik..Cepat lenguh bontut..Mengada! Haha..Di unit fisiologi, derang suh saya celup tgn dlm lilin panas..woo woo, panas!..Haaa, mcm ni lah...Tp ni bkn tgn saya..Ni ehsan MR Google...Kene celup tangan dlm lilin panas tu sebanyak 8x bturut2..Kemudian biarkan sejuk...Bila sejuk, kene kopek lilin tu, lap tangan dan celup lagi 8x bturut..Walaupun panas, ms celup tu, tmpt yg rasa kebas, rasa lega sgt...Tp ini x dpt cure pun..Cuma mengurangkan dan perlu dtg byk kali...Kemudian, tangan diberi urutan elektrik..Ye kot nm dia camtu..Kene buat selama 20 minit...Setakat ni, rawatan2 tu cam x beri kesan pun..Jari saya tetap kebas..Sbb the main coz nya adalah water retension due to pregnancy..Jadi, insyaAllah, pas beranak baru pulih...Doakan saya yea...

Sejak tsunami Jepun hari tu, kawasan sebelah sini tak henti2 hujan..Macam musim tengkujuh.. And it worsen my situation..Pegang kerongsang pun x terasa.. Sbb jari sgt kebas... Maka, tpaksa lah merajinkan diri merendam tangan dlm air suam..Hurmm....Kaki pulak mcm dah mula nak sembab kot?..Aiseh, br 17weeks nih..Mmg byk betul air tkumpul dlm badan saya..Huhu...Last wiken mau soping2an kasut...Tp yg bkenan semua xde saiz..Akhirnya saya beli selipar jepun versi comey...Tadaaa..Comey apa...Betul2 getah mcm slipar jepun murahan tu..Cuma dicomeykan lagi...Sgt selesa pakai ni...And, i dun mind pakai gi keje..Hahaha...Ni saya beli satu tuk adik..Same pattern same kaler..Barulah dia tak pau kak longnya ni..Kalau x, pantang nmpk sy pakai yg comey2 sket, mesti nak pau...Setakat ni barang yg dipau (diambil dgn buat2 majok) oleh budak darjah 2 tu adalah, cekak rambut bling2 2 bijik, getah rambut kaler pink, cardigan kelabu pink,perfume(dia curi2 pakai) dan byk lg lah..Hai, adik, adik...Pasni, baby plak pau mummy??... :-P

6 comments:

  1. hihi.. beli sandal cmfrt.. boleh mengurangkan bengkak kaki dan sakit pinggang...

    stroler mclaren mmg mahal.. menangis aku.. haha,, nasib la x byk duet kan..terpaksa la aku sedar diri..

    ps..jga diri dan bby baek2

    ReplyDelete
  2. laa ko tak beli brg baby lg ke harz? aku dulu time 4bln dah start soping skit2. tapi beli brg mcm jamu, almari/bakul baby tu la. sbb kalo beli sekaligus gile sengkek. haha

    ReplyDelete
  3. Pasni boleh la melawat umah kak harz, dh dekat ngan klinik... semoga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  4. kite dulu pun same macam harz, pndah umah time tu tgh 3 bulan..so memang lepak gile, asben x kasi tolong sgt. tp kesian tengok die mengangkat, mengemop, menyapu satu umah..hehe..tapi time ni memang nak kene jaga2 sket harz. take care k!

    ReplyDelete
  5. kak.. smoga cpt sembuh ya tgn akak tue amin.. =)

    ReplyDelete
  6. **Kepada Sal, sila letak pic tbaru ko jugak yea..Tak aci la aku sorang je tayang body yg kembang ini.**

    err..aku ke? kakakkaa..owh malunya aku nk letak harz oih. ko 19 weeks takpe la jugak, aku ni br nk masok 12 wks berat dah 87 camno? martylamak! ;p

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)