kita2.... ;-p

Tuesday, April 19, 2011

separuh perjalanan

Tinggal separuh perjalanan lagi kandungan ini. Muntah2 dan loya2 semakin jarang saya rasai sekarang. Hilang simptom lama, datang pula simptom baru. Sejak dua tiga hari ni, saya tak boleh makan berlebihan. Berlebihan macam mana tu? Kalau dah makan sepinggan nasi atau semangkuk mee kari atau sebungkus nasi lemak, dah tak boleh tambah karipap atau donat mahupun keropok lekor. Nanti terasa sangat kenyang, sampai semput sampai mengah dan tak boleh duduk mahupun baring dengan selesa. Sampai begitu sekali. Jadi sekarang, kalau dah makan 1 hidangan utama, kena tunggu sejam baru boleh makan apa2 yang ringan. Kalau pergi jamuan mana2 tu, mmg terpaksa makan 1 jenis makanan sajalah. Dah tak boleh melahap secara pukal. Kalau makan jugak, untuk rasa selesa, terpaksa muntahkan balik apa yang dimakan. Sampai begitu sekali. Aduhai.

Bukan makanan sahaja. Minum air pun sama juga. Sekarang musim panas. Tekak cepat haus. Terasa nak meneguk air je manjang. Tapi, kalau dah bergelas2 minum air sekali gus, akan terasa macam nak muntah air pulak. Seksanya. Begini rupanya keadaan yang dialami oleh seorang ibu. Kata orang, anak sulung memang banyak ragam. Saya sendiri anak sulung. Begitu banyak rupanya saya menyusahkan ibu. Insaf sekejap.

Dua tiga hari lepas, pergi pemeriksaan antenatal. Buat 2nd scan. Ingatkan boleh nampak baby waving hand kat mommy dia ni. Tapi, biasalah, scan kerajaan. Nampak kelabu asap je. Jantina tak nampak dan baby macam membelakangkan mommy je..Oooo, nak menyorok yea. Nak surprisekan jantina ke? Tengoklah seminggu lagi. Akan pergi private clinic untuk buat 3D scan. Mau tengok si comel dalam ni Qaseh ke Qashaf...Fuhh, dah ada nama tu. Haha..Tu nama pangkal je. Nama penuh masih dalam perkiraan. Yang pasti mesti Q. Saje nak gedik bagi nama mula huruf Q. ;-P

Bila dah separuh perjalanan kandungan ni, rasa cam dah mula risau pun ada. Asik terfikir dan termimpi apa saja pasal beranak. Bila buka internet je, baca pasal masalah2 yang boleh dihadapi semasa beranak. Haish. Tu, Nad plak duk cerita seksa masa berpantang. Siap cerita sal sakit jahitan kat bawah tu sampai takut nak poo poo. Gerun!

Saya dah pernah tengok video orang beranak masa dulu2. Ala, masa sebelum kahwin. Masa tu tengok dengan excited. Sessi pembelajaran la kunon. Sekarang, jangan harap saya nak tengok. Fikir pernah tengok dulu pun rasa seram sejuk je. Saya jugak pernah tengok pembedahan ceaser secara life! Masa tu lebih kurang 3 tahun lepas. Masa saya kerja kat hospital Terengganu. Kami sepatutnya ada operation betulkan tulang muka orang accident. Tp, tetiba datang pakar O&G mintak dengan bos nak guna bilik bedah sebab ada emergency ceaser. Bilik bedah lain dah full. Bos saya ok je. Orang accident dah stabil. Juz nak cantikkan muka je. Sedangkan seorang ibu tu sedang bertarung nyawa. Jadi, saya amik kesempatan tu tengok pembedahan ceaser secara life. 1st of all nak bagitau, bau bilik tu punyalah hanyir. Bau darah. Banyak darah yang keluar. Masa tu, xde la rasa gerun ke seriau. Rasa sangat amazing je kejadian Allah. Ibu dan baby selamat. Cuma tang jahit menjahit perut la saya rasa ngilu skit. Sbb byk layer perut kena jahit. Aduyai!

Tapi sekarang, bila diri sendiri dah pregnant, jangankan secara life, tengok video pun saya tak sanggup. Cuma kat sini nak kongsi sket ilustrasi baby keluar dari rahim. Menakjubkan!

Dan nampak macam senang je kan baby nak keluar. Harap2, saya pun akan senang beranak. Amin. Doa2kan yea.

Satu lagi, selain masalah kesukaran beranak, saya juga risaukan bertambahan berat badan, tekanan darah tinggi dan diabetis. Bila baca semua masalah tu kat internet rasa macam nak catu makan je. Tapi tak elok untuk perkembangan baby pulak. Huhu.

Saya sendiri juga pernah tengok kes yang dipanggil pre-eclamptic toxiamia.. Atau budak medic juz sebut pre-eclampsia. Keadaan ini adalah apabila tekanan darah si ibu naik dengan tinggi. Apa yang menakutkan, tekanan darah menaik dengan mendadak ini boleh menyebabkab berlakunya strok.Biasanya, apabila si ibu mengalami simptom strok, pembedahan mengeluarkan bayi mmg tpaksa dilakukan segera tidak kira berapa pun usia kandungan semata2 untuk selamatkan si ibu. Dan apabila bayi keluar, tekanan darah akan kembali normal. Apa yang pernah saya lihat dengan mata saya adalah, seorang ibu muda yang mengalami strok akibat tekanan darah naik dengan mendadak. Apabila pembedahan ceaser diakukan, bayi keluar dan hidup dengan selamat serta sihat. Tapi sangat malang, si ibu tidak pulih. Tidak meninggal. Tidak juga hidup. Kenapa saya kata tak hidup? Kerana si ibu itu hanya bernafas secara mulut terbuka dan langsung tidak bergerak. Makan melalui tiub. Buang air melalui tiub. Si ibu malang itu tak bergerak langsung!Hanya mata terkebil2 dan pernafasannya melalui mulut. Pernafasannya melalui mulut yg terbuka luas itulah yang membawa saya kepada kes beliau. Oleh kerana mulutnya terbuka sepanjang masa selama 2 tahun itu, membuatkan rongga mulutnya kering, dan didiami maggot! Astargfirullah hal azim. Terkejut kami bila tengok keadaan tu. Dan khabarnya, anak si ibu itu membesar dgn sihat dan sempurna. Tp suaminya hilang entah ke mana apabila melihat keadaan isteri begitu. Nauzubillah hi min zalik.

Mungkin sebab banyak berjumpa dan melihat sendiri kuasa tuhan yang sebegitu buat saya takut sendiri. Dengan kerja saya yang berjumpa segala macam jenis orang, yang sempurna mahupun kurang bernasib baik kerana dilahirkan tidak sempurna, boleh jadi fobia rasanya. Tapi satu yang boleh kita sematkan di dada. Percayalah pada ketentuan Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hambanya. Dan kita hanya mampu berusaha serta berdoa. Setiap satu kejadian, ada rahsianya. Kan.

Dan semalam, 18 April 2011, dua sahabat baik saya melahirkan bayi comel serentak! Norbi melahirkan bayi lelaki awal seminggu, pada pukul 2.22am. Terpaksa di induce dan melahirkan awal kerana baby besar (3.6kg) dan air ketuban sedikit. Pukul 8.45am pula, Hana melahirkan bayi perempuan secara pembedahan ceaser kerana kedudukan bayi songsang. Saya dah bercakap dengan kedua2 mereka. Pengalaman mereka berbeza. Sakit mereka berbeza. Namun, syukur, semuanya selamat dan kedua2 anak sedara baru saya tu sihat. Tumpang gembira sampai rasa nak nangis pun ada!

Bagaimana pula kisah saya nanti agaknya?. Separuh perjalanan lagi. Hurmmm......


**tgk, punyalah nebes cerita sal branak, tarikh pun salah...dah betulkan..hehe**

7 comments:

  1. harz syg...tq for sharing this...harz smlm 18/4/2011 syg...hehehe...ape pon...mmg bile pk mmg scary pengalaman bersalin ni kan...nak2 1st timer cm kite...xtau nak expect cmne..cm mama etty ckp lain org lain experience...hui...mohon dipermudahkan kita same2 bersalin insyaallah...

    ReplyDelete
  2. Besar sungguh kuasa Allah.. insyallah. Jgn risau ya kak. Semoga semua dipermudahkan =))

    ReplyDelete
  3. aduhai..
    kalau doc pun takut, apatah lagi orang biasa.... =(

    ReplyDelete
  4. erm.. kak harz, wani pown separuh lagi perjalanan.. mudah-mudahan ite di permudahkan jalan utk melahirkan baby.. Amin (kuasa Tuhan tiada sapa yg taw.. cam kak harz ckp percaya pada ketentuanNYA).

    Lagi satu, sama taste jer ite nie ye, wani pown berminat dengan Qaseh dan Qashaf.. hahahhaha, minat pown sebutan itu lembut..sejuk jer bila dengar...

    ReplyDelete
  5. astaqfirullahalazim, takot nye cerita ko tu...semoga kita sama-sama selamat menempuh alam pemerngandungan (agak2 ada tak word ni?) ni smpai kita selamat melahirkan nanti, insyaAllah..

    ReplyDelete
  6. seram aku dgr citer kau .. huhu...
    aku klu bace cerita pengalaman bersalin.. stiap kli tu jugak mnangis..

    ReplyDelete
  7. ..hi awak..
    It's normal to think n to feel that way. I pun mcm u gak dulu. Takut~..n always watch vids n bc pengalaman org len. And sampai la after attended antenatal class I bleh ckp ngan baby jgn kuar awal,ms tu usia kandungan dh 36. Org kate anytime soon. I ckp cam tu ngan baby sebab i takut nk rs sakit branak n siyesly x ready nk deliver him out just because i takut x catch up breathing technique, wish i can stop the process tp kuasa Allah kn. Lewat sehari akhirnya ku meneran juga..hehe. For me x sakit la eventho normal without epidural. it just x thn nak yakk sangat2. Ms contraction yg maha hebat tu, nak push baby x rs sakit pun, kene episio pun rs cm paper cut je. Tp I penah experience sakit batu karang which is memang nak putus nyawa lebih teruk dr sakit bersalin even doc pun ckp cm tu. But diff people diff experience, just think the positive side ok. And like my hubby said, It's a normal process for women. Lg pun Tuhan dah janji kan ganjaran. Think about this u'll be fine...all the best! =)

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)