kita2.... ;-p

Sunday, June 5, 2011

selemak gulai nenas ikan kering...

Jumaat - Ahad. Cuti am 3 hari berturut2. Tapi saya hanya berkurung di rumah. Malang? Tidak lah. Itulah yg dinamakan tanggung jawab. Saya terpaksa standby untuk kes2 kecemasan. Oncall. Agaknya si pembuat jadual oncall tu sengaja letakkan saya di musim cuti begini dengan alasan selepas ini saya tidak perlu oncall lg. Ya, in a few weeks time, saya akan melangkah penuh gaya ke trimester ke3. Jadi, tidak akan dibebankan dgn tugas oncall. Malah, EDD yg jatuh 6 Sept nanti pun melayakkan saya untuk escape btugas di hari raya. Alhamdullillah. Mau pregnant tiap tahun la supaya xperlu oncall di hari raya..Hehe..

3 hari ini, walaupun tidak ke mana2, hidup tetap best..Selemak gulai nenas ikan kering.... Sedap. Dimakan bersama nasi panas dan ulam ulaman, mmg boleh buat lupa pada orang sekeliling. Juicy si nenas bercampur masin ikan kering memberi sensasi enak pada taste bud.. Kecur liur yea Farrah? Haha.. Tapi kepada ibu2 yang mengandung, jangan makan sampai lupa diri. Nenas itu tajam. Merasa seketul dua boleh la. Tp saya dah telan 5,6 ketul.. Tak tahan nafsu sbb dah lama sgt saya tak mkn nenas.. Setahun lebih mungkin? Sejak berusah untuk pregnant, mmg saya elakkan nenas tidak kita la nenas mentah, dimasak gulai mahupun yg tjumpa di dlm pizza atau puding coktail. Tapi, semalam, mmg tak bolek elak pada lauk yg satu ini. Sebab itu saya masak lama. Supaya nenas betul2 masak. Supaya kurang sedikit ketajamannya tu. Harap takde apa2 yg buruk. InsyaAllah. Si baby pun makin aktif. Scan minggu lepas menunjukkan kedudukannya songsang. Patutlah bila sekali dia menendang, direct terkena pundi kencing! Tendang lagi, kena lg pundi kencing. Tiga kali tendang, saya dah selamat duk dalam toilet. Siyes, semenjak scan tbaru, baby makin kerap menendang. Mungkinkah sbb Dr dah bagitau gender dia? Lepas Dr ckp 80% sure, baby tak habis2 tendang. Mungkin baby seronok sampai lompat2 dlm perut sbb mummy & daddy dah tau gender dia. Atau mungkin jugak baby memberontak sampai tendang2 sbb Dr salah predict gender dia?..Hahaha..Entahlah..Tunggu saja kelahiran dia nanti...Haha..Psssttt, uncle cik, nak nephew ke niece??Hihi...

Itu kisah baby. Kisah daddy si baby pula?.. Senyum skit..
Ayaakkk, Arjuna masuk paper?.. Ini semua berlaku kat Pertandingan Autoshow Piala Diraja Kelantan Jumaat lepas. Arjuna selalu masuk pertandingan sebegini. Tp untuk Jumaat lepas, saya tidak la pula mengikut. Ya, sbb oncall la.. Kalau tidak, mesti saya pun boleh tumpang glamer sekaki kan..Haha..Tp nasib baik nama saya sebagai isteri yg byk memberi sokongan thadap minatnya itu turut dinyatakan. With a correct spelling lagi. Jarang orang eja nama saya dgn betul..Hehe..Dan nasib baik Arjuna mengaku kewujudan saya. Kalau dia mengaku bujang, memang saya sabotaj la kereta kesayangan dia tu!!..

Kisah saya pula, saya sedang mencari Majalah Eh! September 2010. Sebabnya? Saya ni suka menghantar artikel tuk ruangan Eh! Kata Wanita.. Pernah berjaya tersiar bbrp kali. Tp, lama kelamaan, sudah agak mula bosan dgn majalah tsebut dan sudah bhenti membelinya.. Dan tidak sangka pula artikel terakhir yg saya hantar bjaya tsiar sekali lg pada September 2010 tanpa saya sedar dan tahu. Alih2 orang dr akaun depatment BluInc kontek saya dan tny kenapa belum dtg claim cek untuk reward artikel yg tsiar itu. Cek tu pun dah nak expired dan saya diminta cepat2 pergi amik cek tu kat opis diorang. Oleh sbb benda ni dah lama sgt, i dun really mind about the cek. Kalau kebetulan saya nek KL nanti, sy pergi amik la. Tp saya juz nak trace balik majalah tu. Nak tgk hasil tulisan saya. Nak buat simpanan. Ada diantara kamu yg ada Majalah Eh! September 2010?? Kalau ada, sudi x kiranya kirimkan pada saya. Nanti saya bayar. And, actually i dun even remember artikel apa yg saya tulis dan hantar tu..Hampeh kan..Haha..Tp, kalau siapa2 yg sudi tolong saya, do email me ya!..

Ok lah..Itu je lah yg saya nak kongsi kali ini..Haaa?...Apa??..Oooo, nak resepi gulai nenas ikan kering tu yea?...Ok, here we go!..Bawang merah, bawang puteh, lengkuas, kunyit dan cili padi dikisar lumat. Campurkan ke dalam santan. Masak di atas api perlahan. Sepanjang masak tu kene kacau. Jgn malas2 tinggal je atas dapur nanti santan tu akan bketul2. Tak cantik! Mak mertua tgk nnti, geleng kepala.

Bila dah mendidih masukkan nenas. Biar masak lama sket tuk buang ketajaman nenas tu. Barulah ibu mengandung boleh makan kan. Then, masukkan ikan kering. Gula dan garam secukup rasa. Biarkan semua masak dan sebati. Hurmmm, sedaapp...Arjuna makan btambah sbb masakan kampung mmg feveret dia.. Cuba kalau saya bg mkn speggeti, dua urat je kot dia telan..Heee..

Daaa!!!

7 comments:

  1. teringin laa...makan dgn nasik panas2...

    ReplyDelete
  2. aaa sedapnya.. mami dulu sokmo masak ni hari jumaat.. kdg2 tak boh nenas, ganti ngn kcg pnjg..

    ReplyDelete
  3. jap jap bangga aku bile husben ko sebut name ko,
    "Katanya, dia bertuah apabila isteri NURHARZLENA HARUN 28 turut memberi sokongan terhadap minatnya itu"

    Ecehhh!! I like mek. Weh, aku tak nafikan, kalau dah minat, sanggup apa saja babe.

    all the best babe.

    ReplyDelete
  4. nashays ~ yum yum...try la buat dear...

    adawiyah ~ haha...bjaya wat u tliur...

    farrah ~ letak kacang pnjg?...xpernah lak mkn yg letak kacang panjang...

    lynda ~ tu la mek..seb bek sebut nm aku...kalo ckp bujang, aku sabotaj kete tu!!!haha!!

    ReplyDelete
  5. kecur air liur hoke. terus rasa nak balik nie buat. tp makan sorang je, hubby outstation, so rase tak best plak. hermmm nanti pk :p

    ReplyDelete
  6. walawei harz...cdpnye!!tbe2 trliur nk mkn plak..msam2 mnis msin...perghh..mkn gulai ni mcm rse knduri plak,pekena smbal blacan lg mantopp..

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)