kita2.... ;-p

Monday, July 4, 2011

pilihan set bersalin

Hello mommies!

Sekali lagi, saya sebut, im 31 weeks already!..Menghitung hari ni, buat saya bdebar2 sendri. ..Am i ready to deliver? Am i ready to go tru all confinement phase?..& most important, am i ready to be a mother?Huhaaa!!!

Ok,most of dental officer yg saya kenal, semuanya bersalin awal dr EDD..And i cant remember sapa yg bsalin tepat pd EDD mahupun lewat sehari dua..Most of them bsalin awal seminggu dua..Malah ada yg awal sebulan...Kenapa yea..Mungkin sbb kami mgunakan strength tuk cabut gigi..Habis uterus pun kontrak sama..hihi.. So, saya nampaknya kena bsedia tuk bsalin awal jugak kot..Soal baby stuff, ada lagi sikit2 yg belum lengkap..Car seat belom beli..Katil pun belom..And some little things yg kena cek balik...Tengoklah, insyaAllah, sebelum puasa saya akan completkan..

Skang ni, br nak mula prepare brg2 mummy... Mummy br beli nursing bra je..Tu pun cam nak tambah lg..Maternity pad pun belom beli..Tp tu semua mcm benda simple je kot..Tak payah nak fikir..Rembat saja bila jumpa..Yg xtau nak beli skang adalah jamu2an dan ubat2an.. Senang ckp, set bsalin lah..So, hari ni nak tny pendapat korang semua yg dah ada pengalaman tentang set bsalin ni..

Saya dah google sket2 mengenai set bsalin ni..Antara yg penting dlm memilih set bsalin adalah :-

- bajet - harga set bsalin ni mcm2..Ada yg sekali dgn brg2 tuk pilis, barut apa semua tu, lebih mahal la..So, kena tengok apa keperluan anda..

- korang ni jenis yg mkn herba2 @ akar kayu x?..Ada sesetengah org,dengar bunyi herba dan akar kayu je pun mcm dah yakkss! kan..So, kena elakkan set bsalin yg kuat rasa ni..Cari la korang yg ada rasa oren ke stoberi ke kalo ada..Hehe..

- Juga kena pertimbangkan situasi korang..Nanti beranak duk dgn suami je ke,ada org tua yg nak jg kita..Kalau ada org jaga, ok la kalo nak mkn yg kene rebus2 dulu, yg kena tumbuk2 dulu..Kalao mmg bpantang secara bdikari, lebih baik ambil set bsalin yg berasaskan pil2 saja..Tinggal nak telan je..

- Then, kena pastikan tak alergi pd sebarang ubat..Karang x pasal2 masuk spital lak..

- Juga fikirkan kesan pd baby..especially untuk mummy yg menyusukan baby nya..Sebab apa yg kita mkn, itulah yg baby akan dpt..Kalau dah makan tu, then, tetiba tengok baby cam ada masalah, kena la stop serta merta ok..

- Satu lagi kne tengok dulu, set bsalin tu sesuai untuk semua org ke x..Sebab biasanya,kalau yg bsalin secara ceaser tu, agak sensitif dgn ubat2an komersial selain dr ubat klinik yg Dr bagi..

Most of set bsalin,ubat2an dan akar2 kayu ni, khas untuk pulihkan semula peranakan kita..Untuk naikkan, rapatkan semula apa yg kendur kata org2 tua..Juga untuk langsingkan badan serta untuk sihatkan badan di masa2 tua nanti..Ok, dgn cara hidup sekarang yg sikit2 makan Secret Recepi, sikit2 pekena lamb chop, saya mmg x jamin kita semua thindar dr penyakit2 kronik ms tua nanti..Tp at least, kita xnak lah ada sakit2 urat, lenguh2 badan,semput2 bila dah tua nnti kan..Semua tu bpunca dr x jaga semasa musim berpantang la..

So,pengalaman ibu saya dulu, masa beranak kami 3 beradik yg atas ni, dia amalkan makan jamu2 dlm set bsalin Mustika Ratu..Ni kira set bsalin yg femes di zaman 80an dulu dan masih kekal femes sampai skang...Saya x jumpa plak testimonial pasal set bsalin ni. Tp, kata ibu, makan Mustika Ratu mmg sihat sgt badan..Dalam 40 hr bpantang tu, walaupun juz mkn ikan panggang dgn nasi gaul dgn lada hitam, tetap ada tenaga..Badan rasa ringan..Habis semua peluh & toksin2 keluar..Dalaman pun rasa best. Tp satu je, bau badan toksah nak ckp la!..Busuk!...Masa dlm pantang tu, nak dekat dgn org pun rasa malu..Tp,hasilnya,pas pantang, terus langsing dan sihat..Ibu ckp, masa zaman tu, set ni je yg plg femes. Sbb industri ubat2n negara x mcm zaman skang..Itu je pun yg ada selain dr ubat2an kampung...

Anak ke 4, ibu saya tukar selera..Makan set bsalin Nona Menay kalo x silap..Korang pernah dengar?..Saya pun xtau sgt tp kata ibu, made from Indon..Ok jugak..Tp x sefemes Mustika Ratu..Then, beranak adik bongsu saya yg umur 8 tahun skang, ibu x mkn jamu2 dlm set bsalin ni..Sebab mcm byk sgt pilihan dan tak tau nak pilih yg mana..Ibu juz makan ubat dr klinik moden..Biasalah, vitamin, pil2 tuk tambah darah..Tp, selepas 40 hari, ibu ckp, nak telan air masak pun rasa perit sgt dada & perut..Mcm luka2 dalaman tu x sembuh..Then, barulah cari ubat2an kampung iaitu akar kayu apa ntah, barulah ok...

So, untuk saya ni, ibu cadangkan tanya dulu kawan2, apa set bsalin yang bagus..Tanya pendapat dan pengalaman kawan2..Sebab skang kan byk sgt set2 bsalin kat pasaran..Semuanya mcm bagus..Ni antara set2 bsalin yg sempat saya google...

Set bersalin Nona Roguy

Kelebihan Set Bersalin NR
Terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan.

Set ini melawaskan pembuangan air besar dan menyingkirkan timbunan lemak air yang berlebihan supaya berat anda turun dengan lebih cepat dan teratur.

Ia juga mempercepatkan penyembuhan luka jahitan supaya ibu terhindar dari risiko jangkitan kuman di samping membantu melancar dan memperbanyakkan pengeluaran susu ibu.

Mudah di pakai sewaktu berpantang.Ubat yang terkandung di dalam set bersalin NR ini adalah dalam bentuk yang lebih moden seperti tablet, pek uncang dan juga krim supaya mudah di gunakan sewaktu bersalin dan boleh di sediakan sendiri.

Hanya menggunakan herba yang berkualiti.Mutu dan khasiat herba di saring dengan proses pengilangan yang ketat supaya ibu yang baru bersalin dapat pemulihan secara total.

Selamat di makan.Set Bersalin NR ini juga di luluskan oleh Kementerian Kesihatan. Ini supaya kesihatan ibu yang baru bersalin adalah terjamin dari sebarang kesan sampingan yang memudaratkan ibu dan bayi.

Set Bersalin yang lengkap.Set Bersalin NR lengkap dengan rawatan luaran dan dalaman supaya anda tak perlu pening kepala memikirkan apa barang yang patut anda ada semasa berpantang.

Barangan penjagaan yang bersifat dwi-fungsi.Tidak seperti set bersalin yang lain, barangan yang terdapat di dalam set bersalin NR adalah pelbagai guna . Contohnya Minyak Herbanika boleh di gunakan sebagai minyak urut, pengganti pilis,ubat luka dan penyegar kepala dari rasa pening.

Faedah sampingan

Menjimatkan masa dan tenaga anda . Semasa mengandung anda tak perlu membuang masa memilih dan bertanya kepada penjual yang mungkin seorang yang tidak mahir dengan persediaan bersalin. Anda boleh gunakan masa yang terluang itu untuk berehat sambil menonton TV!

Selepas bersalin pun anda dapat lebih banyak masa untuk berehat dan bermain dengan bayi anda sebab si comel anda pasti kenyang dengan pengeluaran susu yang lancar dan tidur lena.Masa inilah saja anda dapat meluangkan masa anda sepenuhnya sebelum mula bekerja semula.

Anda boleh elakkan pembaziran.Oleh kerana barangan yang terkandung di dalam set ini adalah pelbagai guna, ia juga boleh di pakai untuk kesihatan dan kecantikan anda walaupun anda telah habis tempoh berpantang.Jangan membazir!

Keanggunan anda pasti terserlah.Anda pasti kelihatan lebih muda dan bergaya dengan set bersalin NR kerana anda mendapat khasiat penjagaan dan pemakanan yang tinggi selepas bersalin.Bolehlah anda menggayakan baju kebaya yang telah lama anda gantung dalam almari

Pasangan anda pasti kagum.Beliau pasti lebih menyayangi anda kerana mendapat seorang isteri yang mementingkan kesihatan dan kecantikan walaupun telah berkahwin dan mempunyai anak.

Set Bersalin Sendayu Tinggi


Pakej Ammy 60 Days merupakan produk lengkap bagi ibu-ibu selepas bersalin semasa tempoh berpantang. Kini didatangkan dengan pakej terbaru yang disediakan bersama kotak Ammy 60 Days yang cantik dan menarik. Mempunyai 11 produk penjagaan yang menyeluruh bagi ibu bersalin dari hujung rambut kehujung kaki bagi menjamin kesihatan dalaman dan luaran. la terdiri daripada 2 bahagian penjagaan iaitu dalaman dan luaran (turut disertakan risalah penerangan terperinci).

Untuk penjagaan dalaman, ia terdiri daripada 6 botol kapsul iaitu kapsul Ammy 60 Days dari hari pertama hingga hari ke 60 dan 5 produk kegunaan luaran iaitu Ammy Heat, Ammy Massage, Tummy Tone, Body Tone dan Oil of Telon (minyak bayi). Amalkan Ammy 60 Days Sendayu Tinggi dari hari ke 60 selepas bersalin untuk membantu mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin. bagi mendapatkan bentuk badan asal seperti sebelum bersalin gunakan Ammy Corset, bengkung Sendayu Tinggi.

Ammy Sixty Days (1-10 hari)
Produk ini dirumus khusus untuk membantu mengelakkan ibu mendapat bentan atau terkena angin/darah meroyan ketika berpantang. Ia dirumus khas untuk membuang dan menghalang angin dari memasuki tubuh. Tubuh ibu akan sentiasa berpeluh selain mengembalikan tenaga agar tidak lemah dan pucat. Ia dirumus khas untuk membersihkan darah beku atau nifas bagi melancarkan darah tanpa rasa rengat atau sakit.

Ammy Sixty Days (11-20 hari)
Memberikan ibu tenaga, memperbanyakkan dan melancarkan air susu serta membaikpulih luka dalaman tubuh.

Ammy Sixty Days (31-40 hari)
Ubatan herba ini dirumus untuk membantu merehatkan otot rahim, menambahkan darah selain memberikan ibu tenaga. ia juga mampu membaikpulih luka dalaman dan mengecutkan rahim untuk kembali seperti asal. Pada waktu ini, ia juga bertindak mengembalikan bentuk badan kepada kecantikan asal. Malah pada minggu ini juga ia menggiatkan hormon wanita untuk bersedia melakukan hubungan seksual selepas berpantang.

Ammy Sixty Days (41-50 hari)
Pada hari-hari terakhir berpantang, ubatan herba ini bertindak sebagai penjagaan khusus untuk rahim. Selain itu, mengekalkan otot vagina seperti sebelum melahirkan anak. Malah ia juga, bertindak sebagai kosmetik untuk menyerikan kecantikan ibu dari dalam.

Ammy Sixty Days (51-60 hari)
Selepas habis berpantang selama 44 hari, penggunaan pada minggu terakhir ini membentuk kesempurnaan luaran dan dalaman tubuh. Badan akan kelihatan segar, bertenaga dan memberi keyakinan kepada wanita untuk terus menjalani alam rumahtangga tanpa rasa was-was.

Ammy Heat
Minyak panas berwarna hijau ini diperbuat daripada ekstrak rumpai laut dan daun jemujur. Ammy heat akan digunakan bersama Ammy Massage ketika diurut. Ia membantu mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan mencegah sakit sendi. Untuk keselesaan boleh disapu pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stokin yang bertujuan melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.

Ammy Massage (minyak urut untuk ibu)
Selepas bersalin, seluruh tubuh badan akan mengalami kesakitan. Ini adalah proses biasa bagi ibu yang baru bersalin kerana tenaga yang banyak diperlukan ketika meneran. Minyak ini sangat baik untuk ibu kerana sewaktu diurut ia dapat melegakan ketegangan otot, membetulkan urat-urat, menghalang badan dari dimasuki angin serta menghaluskan kulit. Selain itu ia mampu membantu melancarkan perjalanan darah, menjauhkan meroyan, mengurangkan sembab tubuh dan memanaskan badan.

Oil of Telon (minyak bayi)
Bukan sebarangan minyak tapi ia diperbuat daripada herba terpilih. Minyak ini tidak panas sebaliknya sesuai digunakan oleh bayi. Keberkesanannya juga sangat mujarab, antaranya mampu mengatasi masalah kembung perut, selsema, melegakan batuk dan kahak (untuk sapuan luaran saja).

Tummy Tone
Ubatan herba berbentuk serbuk halus yang terdiri daripada akar laut, kulit kuning dan buah kedeka ini dirumus khusus untuk mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan rekahan terutama dibahagian perut dan peha ketika mengandung. Disamping itu ia juga bertindak untuk mengecutkan otot luaran perut.

PERHATIAN! Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja dan biar ia kering. (Satu sudu tummy tone tambah 2 sudu serbuk kacang hijau atau serbuk tepung beras)Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja dan biar ia kering. (Satu sudu tummy tone tambah 2 sudu serbuk kacang hijau atau serbuk tepung beras)

Body Tone
Body Tone diperbuat khusus daripada herba unik. Antaranya buah cermai, kayu cendana dan kulit kuning yang dirumus khusus untuk mengembalikan kecantikan asal tubuh dengan mengelakkan sembab, mencegah dari angin masuk ke tubuh dan kulit berkedut selepas bersalin.

Set Bersalin Leesa Formula

Boleh digunakan oleh ibu bersalin normal dan pembedahan.

Bagi ibu yang bersalin normal dan pembedahan boleh menggunakan kesemua produk set ConfineMum bermula hari keempat selepas melahirkan. Tetapi ibu yang bersalin pembedahan adalah dicadangkan mengikut aturan berikut :
Body Contour Gel - Sapu di perut, pinggul dan peha kecuali tempat jahitan.
Pek Tungku Herba - Jangan letakkan tungku di atas luka jahitan.
Bengkung Correctuer - Boleh dipakai selepas 2 minggu melahirkan dan ikatan mengikut keselesaan individu.

Formula yang inovatif.

Leesa Formula menggubah kembali resepi lama mengikut gaya hidup dan keperluan generasi baru masa kini dengan cara yang lebih mudah tanpa mengurangkan keberkesanannya.

Dari sumber semulajadi tempatan, yang menjadi amalan pelbagai kaum.

Semua produk di dalam Set ConfineMum Premium dibuat dari sumber yang telah digunakan sekian lama oleh pelbagai bangsa di Malaysia seperti ikan haruan, herba `ubat periuk`, halia dan penggunaan bengkung atau barut.

Set yang lengkap, eksklusif serta istimewa dan menyeluruh.

Dengan 8 produk, ia memberikan penjagaan menyeluruh untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran ibu selepas melahirkan.

Fungsi 2-in-1 (dalaman & luaran).

Disamping menyihatkan peranakan dan badan, Set ConfineMum Premium juga membantu memberikan kembali bentuk badan yang langsing menawan.

Ringkas dan mudah.

Ia tidak remeh, tiada bau, tak perlu dibancuh, tak berbau jamu yang tengit, tak berdebu, tidak dipek mengikut minggu hingga berbotol-botol dan menyukarkan kerana perlu diteliti terlebih dahulu setiap kali sebelum digunakan.

Praktikal dan tidak membazir.

Setiap produk yang ada dalam Set ConfineMum Premium semuanya praktikal & penting untuk digunakan dan selalunya set pasti habis digunakan sebaik selesai pantang, Ia berbeza dengan jenama lain yang kadangkala memberi pelbagai produk di dalam setnya, namun sukar diamal sehingga akhirnya ia tertinggal begitu saja tanpa digunakan walaupun telah habis berpantang.


Tiga yang diatas tu cuma contoh sahaja..Jenuh la nak google satu2..Lagipun, bila buka website jenama masing2,of kos masing2 nak ceritakan kebaikan masing2 kan..So, saya sgt harap korang semua dpt review sket kat sini apa yg korang pernah guna ok..Feel free to comment ya!

9 comments:

  1. dear, same lah kita, sdg mencarik the best set.mmg ramai yg sejes Mustika Ratu instead of NR tu. tapi, kalo Sendayu Tinggi, hasilnye x sesuperb 2 dua atas tu...

    ReplyDelete
  2. saya dah beli, tapi tak beli ikut set pasal ibu yg tetapkan :p Ibu pilihkan bengkung daripada Mak Dara, pil perawan dan haruan drp Leesa Formula. Then ibu beli lulur kopi dan bedak sejuk daripada Mak Dara juga. Pilis dan herba ramuan utk mandi, ibu pesan kat kawan dia dari Johor, then akar kayu ibu beli kat pasar MARDI. saya cuma kasi badan aje la kot nnt

    *alhamdulillah, nasib ada ibu yg uruskan. Kalau saya, erm.. tak tau la!!

    ReplyDelete
  3. gud 1...harz..etty pon nga survey ni..agak2nye yg mane 1 yg leh avoid baby jd kuning & xkacau milk production..sbb slalu dengar makan jamu2 ni baby leh kene kuning & kdg2 ganggu susu ibu..& kalu leh nak tau yg xmembuatkan badan kepanasan..hehe..

    ReplyDelete
  4. saya pakai set tropikal herbs AMWAY!sangat best!!baby pun xeffect panas ke apa ke..

    ReplyDelete
  5. anah guna NR sbb yang tu mmg org review bagus untuk menurunkan berat badan, tp anah turun sket2 je sbb tak tahan la makan pil phytonatal tu, cirit sepanjang hari..mgkin lain org lain kesannya.

    ReplyDelete
  6. me too...still searching the BEst n applicable set bersalin........ dh tanya beberapa kwn..mmg kesan setiap satu set bersalin tu berbeza pd setiap org...ada yg kata NR lawas buang air besar..tp ada yg tlebih lawas jadi cirit birit..ada yg sembelit mkn herbs dr tropical herbs amway..tp ada yg sgt ok...so?

    ReplyDelete
  7. me used Amway..ade review dekat blog...tak tau nak banding dengan yang lain sebab baru 1st time jadi mummy...so that was my 1st experience,tapi syok je guna :)

    until now baby still guna minyak baby amway...sebab tak panas sgt mcm yuyi :)

    ReplyDelete
  8. yunk, dah beli ke set bersalin?decide yg mane satu?me still thinking laa..

    ReplyDelete
  9. mcm sy dulu mak yg siap2 beli kan dri dari bidan kampung.satu set ade jamu,minyak barut,minyak baby,bedak sejuk.xde bnyak sgt.mase dlm pntng sy just minum air akar kayu.ni pun parents sy yg sedia kan.sy mmg xtau pape pasal akar2 kayu nie.pastu jamu sy xmkn sbb makcik tukang urut tu xbgi mkn jamu dulu,takut nti effect kt baby.tapi air akar kayu wajib minum pagi n ptg.mmg alhamdulilah bdn sihat n segar.ntuk mndi parents sedia kn serai wangi n daun2 herba.segar sgt.bleh hilang kn bau drh nifas.hehe.pastu hari2 kene wajib berbengkung,bertungku smpai habis 44 hari.untuk 2nd baby ni sy plan mcm nk beli set jamu mak dara.mcm menarik.mmg mse dlm pntg la nk jage betul2 bdn.klu betul2 pntng mmg cepat sgt turun n cepat sihat.hehehe.

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)