kita2.... ;-p

Friday, August 12, 2011

minyak selusuh ke air selusuh???

Saya sendiri tidak tahu asal perkataan selusuh tu..Tp, sebut saja selusuh, semua orang tahu, ia adalah melibatkan sesuatu yg memudahkan untuk bersalin. Betul x? Jadi, hari ni nak cite2 sket mengenai selusuh. Ada sapa2 kat sini yang minum minyak atau air selusuh sebelum bersalin?

Mula2, saya rasa agak janggal bila dengar ada orang minum minyak selusuh..Mcm, "haaaa, minum minyak??"...Tp sebenarnya kata ibu, bukan minum segelas pun..Hanya seteguk sahaja. Minyak itu diperbuat dari kelapa parut yang digoreng sehingga mengeluarkan minyak..Dan dibacakan ayat2 jampi pada minyak itu. Boleh disapu pada perut dan dibuat minum semasa sedang sakit hendak bersalin. Kalau zaman dulu2, (malah zaman sekarang pun diamalkan lagi oleh sesetengah orang), minyak selusuh ni, dibuat oleh mak2 bidan atau org yg arif dlm ilmu perubatan tradisonal. Ada sesetengah tempat tu, minyak selusuh ni, diperbuat daripada kelapa yg digolek atas perut semasa adat melenggang perut.

Ibu saya sendiri minum minyak selusuh dulu. Dibuat oleh seorang pengamal perubatan tradisional di kampung.Tp sekarang, ibu x pula paksa saya jumpa orang tu untuk mintak minyak selusuh. Mungkin sbb saya yang konon berfikiran moden kot.. Ibu xnak mendesak la kot...Tak pun ibu mula faham, tiada penjelasan saintifik tentang minyak selusuh ni...Ntah...

Apa2 pun, untuk pengalaman pertama yg berharga ini, saya cuak la jugak kalau nak tolak mentah2 ideologi minyak selusuh ni. Jadi, saya mula google untuk cari maklumat. Ok,yang saya jumpa, mmg ada pendapat tentang minyak selusuh seperti yg saya katakan tadi. Tp, ada juga perubatan moden yg melarang keras minyak selusuh yg diambil dr pengamal perubatan tradisional sbb takut minyak tersebut dicampur dgn bahan2 yg boleh memudaratkan kesihatan terutamanya yang boleh menyebabkan berlaku tumpah darah..Ishk, ngeri pulak kan..Setelah menggoogle lagi, akhirnya saya jumpa cara2 membuat air selusuh yang tidak meragukan dari segi Islam...

Tidak perlu menggunakan minyak!..Hanya menggunakan air masak biasa atau lebih baik menggunakan air zam zam.. Kemudian dibacakan air itu dengan beberapa doa. Cara2nya...
1) Membaca Al-Fatihah
2)Membaca selawat syifa
3)Membaca surah Al-Hasyr ayat 21 - 24
4)Membaca doa selusuh
5)Membaca doa pemudah
Semua ayat2 tersebut dibaca berulang2 pada air zam zam tadi. Lebih elok jika dibaca oleh suami. Dan diberi minum kepada isteri seminggu sebelum dijangka bersalin atau semasa mengalami contraction. Juga seeloknya disapu pada perut selepas Asar...InsyaAllah, cara begini lebih meyakinkan kerana kita menggunakan ayat suci Al-Quran dan meminta hanya pada Allah..Betul x??...

Saya sendiri hanya ada air selusuh yg dibuat Arjuna ini sahaja..Tiada minyak selusuh yg diminta dr pengamal perubatan tradisional..Tp, masa beli ubat2 kampung untuk mkn selepas bersalin hari tu, pakcik yg jual buat ubat tu bg jugak pil selusuh katanya..2 biji ala2 jamu g2..Makan bila dah masuk labour room katanya..Jadi, itu saja bekal saya nanti..Dan juga kurma mekah sebagai pemberi tenaga...Semua dah siap pack dlm bag...Kecuali air selusuh sbb Arjuna still ulang baca ayat2 tu semua kat air tiap mlm...Jgn lupa nak amik air tu bila kecoh2 nak gi spital tuk branak nanti sudah..Huhhh, saspen!



*klik pd gambar tuk nampak lebih jelas*

5 comments:

  1. Part air nie asna lupe nk cerita dlm blog. Asna just bwk air zamzam saje. Masa dh nak last2 teran tue nurse dok tuang sikit air zamzam tue n bg asna minum. Baca2 ayat kat air tue xde la asna buat cz dh mmg air zamzam tye mmg byk khasiat. Just sempat selawat 3 kali jer trus minum. Terus semgt n teran last one hehe. Pape pun xsabar nk jumpe akak raya nanti!.

    ReplyDelete
  2. i second that!
    aku pun minum air zam-zam sbelum kena tahan wad. pastu langsung takde minum ape dah. tue lah air last aku minum 5jam sebelum bersalin.
    dlm labour room, tak sempat nak mintak ape2, cepat sgt, aku pun tak bajet.

    tapi kan, tak silap aku, air selusuh ni kalau nak minum kena tunggu dah bukak 7-8cm, kalau tak nanti nurse n doc bising sebab baby mcm bercrumble mumble kat dlm tu so CTG tak leh baca, n graph tak cantek.

    ape2pun amalan, doa byk2, semua tue kuasa Allah kan? berserah shja. kita dah usaha n lakukan yg terbaik.

    ReplyDelete
  3. thanks sharing the info.sangat berguna utk masa depan bila dah nak bersalin nnti.Oh.selamat melahirkan anak juga nanti:)

    ReplyDelete
  4. asna ~ ada org kata, bw air zam zam n bawa kurma pberi tenaga..harap2 benda tu mbantu...soal push mengepush plak, xtau la i pandai ke x..ada org mmg x pandai push kan...huuu..apa2 pun semuanya atas kehendak Allah...i saspen sgt ok...takot!...

    qiesh ~ uih..5 jam sebelum beranak x minum pape?...x dahaga dlm kesakitan ke mek?..nape ek baby ble bcrumble mumble?..mmg efek eh air selusuh...i tot dat air selusuh menyenangkan pbukaan jalan..hurmm...

    reyna ~ welkam dear...doakan i yea...

    ReplyDelete
  5. minyak selusuh dan air selusuh mmg ada... tp minyak selusuh 2.. mmg x minum.. just sapu dkt perut jer...sbb x berani nak minum...

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)