kita2.... ;-p

Friday, September 30, 2011

Part 1 - sebelum melahirkan

Salam..
Hurmm, xtau nak bmula dari mana..Dah brapa kali taip dan padam semula. Ramai ke yg menunggu cerita saya? Cerita melahirkan seorang khalifah ke bumi Allah ini. Pengalamannya mungkin sama dgn kamu..Mungkin juga amat berbeza. Yang pasti, pengalaman ini tidak mungkin dapat dilupakan dengan mudah. Cerita saya mungkin ngeri. Mungkin menakutkan untuk bakal ibu yang belum pernah melalui. Namun, jujur saya katakan, itulah satunya2 sakit yang nikmat yang pernah saya rasa.

Langsung saya x menyangka akan melahirkan zuriat pertama ini lebih dari tarikh jangkanya. Segala sakit2 yg sedikit serta semua yang tidak selesa di perut yang dirasakan sebelum EDD adalah mainan semata2. Kesan psikologi mungkin. Sebab kononnya kebanyakan kawan2 melahirkan awal dari tarikh EDD. Saya pun turut merasa bahangnya. Sampaikan Aidilfitri tahun ini saya tidak ke mana2 pun. Malah, pulang ke kampung mertua pun tidak. Takut sakit di tangah perjalanan la. Takut terperangkap dalam kesesakan lalu lintas la. Takut terberanak di rumah orang la. Macam2! Sudahnya sampai ke akhir saya menunggu sakit yang tak kunjung tiba itu. Sampaikan Arjuna terpaksa beberapa kali berulang alik dari rumah kami ke rumah ibu ayah saya. Dengar saja saya x sedap perut, dia cuti kerja dan balik tengok saya. Tak jadi beranak, dia pulang bkerja semula. Kesian suamiku itu. Saya sendiri pula, mmg dah amik cuti bersalin sambung terus dengan cuti raya. Mmg dah tak balik ke Paka dah la. Berehat di rumah ibu ayah saja.

EDD saya mengikut tarikh akhir period adalah pada 6 Sept 2011. Sehari sebelum EDD, saya merasa tidak sedap perut. Agak memulas. Macam yang selalu saya kata, iaitu macam period pain. Tp x kuat. Just mild pain. Setelah bagitau Arjuna & ibu, mereka suruh saya ke hospital saja. Jadi, pagi 5 Sept, Arjuna bawa saya ke Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS). Satu2nya hospital swasta di Kuala Terengganu. Memang hajat di hati mahu bersalin di situ. Bukan menidakkan keupayaan hospital kerajaan. Saya orang hospital kerajaan. Saya tahu kemampuan hospital kerajaan. Tapi x sanggup rasanya dirawat di tempat yg penuh peraturan. Ya, di hospital Kuala Terengganu, suami tidak dibenarkan menemani isteri di wad! Walaupun sebelum dan selepas bersalin. Duduk la kau bawa diri sorang2. Itu yang saya x mahu. Itu sbbnya saya ke KTS. Sampai di KTS, saya dilayan macam dah nak bsalin sangat2. Siap kne duduk atas wheelchair untuk di bawa ke labour room!.Sampai di labour room, siap kne tukar pakaian bagai. Buat CTG and VE. Itulah kali pertama kena seluk.…Tak sakit pun! Dan Dr tu don’t even see directly to my ‘thing’ pun…Pas buat VE, Gynea senyum saja. Katanya baru tbuka sedikit sangat. Saya disuruh pulang dulu, makan apa yg dihajati dulu. Dan dinasihati datang semula bila sakit lebih kerap. Maka, tak jadi la bersalin kiranya. Kelakar jugak bila difikirkan balik. Masa masuk KTS, kne berkerusi roda macam sakit sangat. Keluar KTS, boleh berlenggang lenggok mak itik dengan gembira tapi perut masih buncit. Hahaha.. Sampai je kat rumah ibu ayah semula, saya terus minta ibu masakkan nasi impit kuah kacang. Kan masih mood raya. Hehehe.. Sangat sedap nasi impit ibu. Saya makan sampai ke malam!. Ye lah, kat rumah adik2 semua dah xde. Jadi, xde orang nak makan. Saya la yang pulun habiskan. Arjuna balik semula ke Paka. Dan saya pula sambung menunggu. Menunggu sakit…

Hari berganti hari. Chewah!. Takde juga sebarang tanda nak bersalin. 9 September, saya mula rasa x selesa di perut macam period pain sekali lagi. Tapi saya bertahan. Pagi 10 September, masih ada mild pain. Ibu dan Arjuna sekali lagi paksa saya untuk ke hospital. Lagipun dah overdue. Saya ikutkan saja. Takut jugak tjadi apa2 yg x diingini. Sebelum ke KTS, sempat pula singgah di Restoran Sahara. Makan roti canai 2 keping! Siap paksa Arjuna buka puasa sunat Syawal tuk temankan saya makan. Alaah, lagipun dia macam tliur je tgk saya makan. Hehe. Pas makan, kami ke KTS. Sampai sana, Gynea xde. Bcuti. Isnin baru masuk kerja. Kalau siapa2 nak bsalin,memang kena ke hospital kerajaan atau klinik swasta lain sahaja. Aiseh!!.. Sorang je Dr yg leh sambut baby?! ..Pathetic!.. Nak x nak, saya cekalkan hati untuk ke hospital kerajaan. Jumpa Dr, buat VE untuk kali kedua dalam hidup..Adoi, sakit!..Senak semacam je. Dia macam godek2 kat bawah tu. Kenapa g2? Gynea KTS buat, saya rilex je. Huhu.. Padahal DR pompuan tu. Huhu..Dr tu ckp, jalan totally close!..Pulak dah..Tapi tetap kne masuk wad sebab dah overdue. Ini mmg serah diri!..

Masa tu, wad kelas 1 dah penuh. Kena tunggu ada kekosongan baru leh masuk..Tpaksalah merasa duduk kat wad kelas 3. Huhu. Lepas salin baju semua,belum apa2, mak guard datang halau Arjuna. Tak le teman2 tepi katil nih!..Tengah hari, makan makanan hospital dalam tray besi. Sedih!. Perasaan duk dalam wad adalah tak best. Tak sakit pun rasa macam sakit. Tapi yg pasti, dalam ramai2 org dlm wad tu, rasanya saya je yg aktif. Jalan laju lak tu. Macam pelik sbb org lain jalan slow2 je. Hehe..Kat wad kelas 3, kne jalan sendiri masuk bilik khas tuk wat CTG. Then datang pula HO ajak masuk bilik tu sekali lagi tuk cek vagina kot2 ada vagina candidiasis. Mula2 sorang je HO yg cek, tp dia mcm x kompem, dia panggil sorang lagi HO. Derang pun godek2 la my ‘thing’ sama2 dan tengok kot2 ada jangkitan. Huuuu, baru 2 jam saya masuk hospital kerajaan, dah 3 orang Dr godek & tengok my private part. Inilah salah satu sbb jugak saya xnak beranak kat kerajaan. Tp nak wat mcm mn..Takleh patah balik dah..Huhuhuhu..Hari tu, sempat la solat Zohor, Asar dan makan petang kat wad kelas 3 tu.. Pas Asar, Arjuna datang ckp dah boleh pindah wad. Hehe. Tadi kata penuh. Ayah la setelkan nih. Sebenarnya kat hospital tu, ada je diorang reserve kan wad kelas 1 untuk org2 ttentu. Kena main dalam jugak kalau nak cepat dpt tempat.. Oh ya, ayah saya mmg keje hospital. Bahagian pengurusan. Senang la sket.. Hehe..

Jadi, makan malam hari tu, proper la sket. Makan dalam pinggan la. Lauk pun ok. Nama pun wad kelas 1 kan. Kat wad kelas 1 hospital Kuala Terengganu ni, tetap xle ada peneman. Arjuna sekali lagi kena halau oleh mak guard. Tp kami buat bodoh je.Malam tu, Arjuna teman saya di wad. Sebelum saya tertidur, dia sibuk duk online. Bila saya tjaga pukul 2am, dia dah melentok di kerusi. Kesiannya suamiku. Tikar or kerusi malas lupa nak bawa. Saya plak concur 2 biji bantal sekaligus. Ishk2..

***to be continue***

Day 4...masih kekok pegang baby...heeee

16 comments:

  1. x sabar nak tgu citer sterus nye..hurm.. =)

    ReplyDelete
  2. Tahniah akak di atas kelahiran baby comel!!~

    Selamat berpantang ye...!take care of yrself!=)

    ReplyDelete
  3. dear..kan best kalo time deliver dulu sempat jupe u kat sepital..kekekeke

    ReplyDelete
  4. ala penat le wehh nk tgu citer ko abs..dh lme tgu ko update ni..hahaha

    ReplyDelete
  5. tahniah harz...nak tgk muka dia

    ReplyDelete
  6. oi tak aci sambung2..aku one go je tau.kte sama la, kuar tanda awal, sakit lama..huuu.drama je keje aku tau kahkah

    ReplyDelete
  7. cepat cerita ok. jgn bg aku tertunggu2. haha

    ReplyDelete
  8. eh anak ko mcm muka arjuna la. series! hehe

    ReplyDelete
  9. haah, aku setuju dgn Yaya. tak aci tau main sambung2. tapi takpe aku tunggu jugak.
    eksited dan saspens macam tak penah beranak. syok nak dgar n share experience ngan org lain. hehe.

    ReplyDelete
  10. wahh..mcm suspender je harz ni..sabar menanti~~

    ReplyDelete
  11. hi..biasenye jd silent reader je..but this time nak comment ;p

    comelnye baby awak..tenang je tgk muke die..

    scary kan exp kat gov hosp..aritu mase kite operate ovarian cyst kat HTAA pon camtu..dalam sehari tu, 5 kali kot kne buat tvs..sampai fobia kalo nampak doc dtg visit..hehe

    ReplyDelete
  12. congrats harz...ooo ini laaa mamat tu ye..

    ReplyDelete
  13. Wahhh teruja nk tgu next story :)

    ReplyDelete
  14. Congrats on the newborn Len!! cpt update.. nak psychokan diri nak bersalin jugak nnt.. hehehe

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)