kita2.... ;-p

Tuesday, December 13, 2011

3 bulan Qasyaf menjenguk dunia

3 bulan... Cepat benar masa berlari... Rasanya baru semalam saya bertarung dengan sakit yang maha hebat itu... Detik2 melahirkan buah cinta kami masih segar dalam memori... Teguhnya setia Arjuna yang menemani di sisi sepanjang menunggu kedatangan putera kami masih mampu buat saya senyum terharu... Namun satu yang semakin pudar dalam ingatan ini adalah, rasa sakit yang pernah buat saya merintih.. Bagaimana ya rasa sakit itu?... Saya boleh menggambarkannya... Ia perit... Ia menggerunkan... Tp, rasa sakit yg sebetulnya itu sudah makin dilupakan... Mudah benar sengsara sakit itu dilupakan... Sebab hadiah rasa sakit itu tidak ternilai dengan segala apa yg ada di dunia. Muhammad Qasyaf Qusyairy.. Anak comel mummy yg semakin membesar...

Kadang kala, sewaktu merenung anugerah Allah itu, saya rasa seakan bermimpi.. Daripada tiada ia menjadi ada... Bukan diberi orang, bukan dibeli di pasar, tapi keluar dari rahim saya, lahir dari benih cinta saya & Arjuna. Indah kuasa Allah...

3 bulan menjadi mummy, saya bertatih belajar satu persatu. Bukan mudah. Apalagi mahu menjadi ibu yang terbaik. Saya asalnya bukan jenis yang mesra bayi. Tidak pernah saya mendukung, mengendong bayi orang lain. Paling hebat saya buat, adalah cubit2 usap2 pipi bayi orang lain kalau dah geram sangat. Jadi, kehadiran Qasyaf saya sambut dgn pelukan yang kekok. Nak pegang makhluk kecil itu pun saya tak pandai apatah lagi mahu menyusu badan. Sewaktu Qasyaf masih di wad, rasanya mau saja saya meraung dalam bilik menyusu itu sbb saya sorang yang x pandai bagi anak hisap susu. Sedih!.. Namun, kebolehan itu datang secara semulajadi saat demi saat. Tidak perlu gusar. Kini, duduk la macam mana pun, bersila, bersimpuh, baring, mengiring, pelbagai posisi saya boleh menyusui Qasyaf. Seronok!

Paling saya kagumi untuk diri sendiri 3 bulan ini adalah kebolehan bangun dari tidur dgn segera. Haha.. Kalau dulu, kalau jam tidak berbunyi, selagi itulah mata saya terpejam. Sekarang, saya tidak perlukan deringan jam lagi. Bangun malam untuk menyusui Qasyaf adalah pasti. Dia tidak perlu menjerit meraung kerana rengekan kecil sudah mampu buat saya terjaga. Ajaib kebolehan seorang mummy kan...

Bayi mana yg tidak meragam.. Sekali sekali menangis serba x kena. Disusui salah. Didukung salah. Diulit pun salah. Saya sambut saja dengan senyuman. Walau ia berlaku pukul 2 pagi sewaktu semua org sedang nyeyak tidur.

Tidak dinafikan, sebagai mummy dan daddy baru, hidup kami mmg agak kelam kabut pada mulanya. Tapi, apabila sudah mendapat rentak, kelam kabut itulah yg buat kami seronok. Juga buat kami kurang bergaduh. Ya, kami bdua kan suka bgaduh. Adanya Qasyaf, perasaan nak marah2, nak merajuk2 sudah bkurang. Bkurang, bukan xde langsung.. Sbb gaduh merajuk itu kan penyeri rumah tangga.

3 bulan.. Qasyaf sudah pandai senyum dan ketawa. Sudah pandai tarik perhatian. Tidak mahu ditinggalkan sendirian. Maka, apabila permata hati mummy itu tidur, terkejar2 lah saya memasak, membasuh dan menyidai. Arjuna banyak membantu. Walaupun, di mata saya kerja2 lelaki ada saja yg tidak kena,tp syukurlah, kerana dia ada di sisi untuk membantu. Tidak perlu dibebeli dapur penuh berminyak tidak dilap jika suami sendiri cukup baik mahu tolong memasak. Tidak perlu dibebeli tudung dan baju kurung sifon tidak dibasuh dengan pelembut fabrik jika suami sendiri cukup baik mahu tolong mambasuh. Tidak perlu dibebeli kain yg tersidai berkerinyuk kedut jika suami sendiri mahu tolong menyidai. Dia mahu menolong sudah cukup terima kasih...Arjuna juga bukan jenis yg tidur mati..Rasanya tiada org yg tidur mati..Cuma berlagak tidur seakan mati. Sengaja pekakkan telinga, keraskan badan juga hati. Mujur Arjuna tidak begitu. Jika Qasyaf menangis lain daripada biasa, jika saya tidak mampu untuk bangun di tengah malam untuk menukar lampin yang kotor, Arjuna akan membantu. Senang kata, siang malam, hidup kami benar2 terisi dgn kehadiran permata hati kami itu.

3 bulan. Qasyaf sudah pandai tahu tinggal keseorangan itu tidak menyeronokkan. Tidak mahu ditinggalkan sendiri. Nak mummy daddy selalu ada depan mata. Nak tunjuk dia terer buat buih dgn air liur.Eeee...Geramnya mummy!..Kerja mummy lap air liur dia je la..Kadang2 sampai menyembur2..Botak la mummy kalau macam gini selalu...Qasyaf..Qasyaf...

3 bulan, Qasyaf dah kenal mummy daddy...Kalau balik kerja, daddy saja buat2 xnak tegur, dia akan pandang je sampai mcm nak tbeliak biji mata...Bila daddy tegur, barulah senyum simpul nampak lesung pipit...Ya, Qasyaf ada lesung pipit, tp saya masih belum berjaya capture lesung pipit yg shomel itu...Kalau diagah2 pula, dah pandai ketawa mengekek2...Kadang2 ketawa mcm menjerit pun ada..Haha...

3 bulan, Qasyaf sangat aktif..Terkapai2 tangan dan kaki terutama masa salin baju dan diapers..Tp Qasyaf belum boleh meniarap...Entah2 ikut jejak mummy.,.Mummy dulu x meniarap, x merangkak..alih2, bangun berjalan masa umur 14 bulan. Hehe...Tak kisah lah, Qasyaf lambat ke cepat meniarap, merangkak dan berjalan. Yang penting Qasyaf sihat, normal dan bijak..Betul x??

Ok lah...Selamat hari lahir yg ke 3 bulan Qasyaf anakku....


Daaa!

5 comments:

  1. Tepuk belakang u 3 kali..heheh :)

    Seronok kan ader baby..

    ReplyDelete
  2. wahh cepat betul masa berlalu,dah 3bulan anak harz..tahniah yea
    sue berdebar tunggu giliran,huhu

    ReplyDelete
  3. haa btul tak aku ckp, sakit bersalin tu mmg cepat gile hilang kan. mmg aku tak ingat pun apa benda la yg sibuk2 sakit sangat dulu tuh. haha. so qasyaf dah bole ader adik la ni eh. hehe

    ReplyDelete
  4. cepat sungguh masa berlalu... sakit semasa noleh nak bersalin, erm dh x k boleh nak igt... memory itu seakan-akan terpadam dr ingatan...

    seronok tgk baby membesar depan mata.....

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)