kita2.... ;-p

Sunday, March 18, 2012

sekitar Qasyaf 6 months old

Aduh. Kesian diari maya ku ni. Tidak ber update. Kepala blog x berubah. Asik sama. Pic preggy 8 bulan lebih tu. Blog list kat tepi tu pula, sungguh out of date! Tak tahu siapa b2b yg dah jadi wifey. Tp wifey yg dah jd mommy rasanya saya follow je semua sbb adanya group mommy blogger..Senang..Nak blog walking,klik dr group saja. (kpd mommies yg blom masuk group tu, sudi2kan lah yea.. P/s: Thalha, join la..senang I nak jeng0k u..Hehe..)..Maaf byk2 kawan2 kalo saya jarang drop komen. Biasanya saya jalan2 je kat rumah korang. Tp x drop komen. Susah wei pakai tablet. Lappy jauh lebih best. Haish, nak kata menyesal bli tablet mcm x patot sbb dgn tablet boleh on9 di mana2 saja. Tp, yg pasti menyesal gi stopkan broadband. Lappy still ok tp xde broadband plak. Susah nak cantikkan blog.. Susah nak hapdet blog dgn pantas. Tp kalo pakai broadband,pakai jgk tablet mcm tamak haloba la plak. Dan sapa nak byr bil byk2 kan..huuu….Ohoooo..panjangnya bebelan mukaddimah…   Ok..   Qasyaf dah 6 bulan!!!...Sekejap je kan. Anak mommy dah besar dah. Dah pandai marah terjerit2 kalo kne gomol...haha!...Lagi dia tjerit2, lagi rasa nak gomol..   6 bulan, saya dah suapkan Qasyaf bubur nasi yg di blend dgn puree.. Bubur nasi dgn epal dia mkn. Bubur nasi dgn pear dia makan. Bubur nasi dgn carrot, suapan pertama dia telan. Suapan kedua dia kerut muka. Suapan ketiga dia xtelan. Meleleh2 keluar. Bila saya suap jgk, mulalah menangis2.. Alahai. Dan la Qasyaf ni elergik pada bnyak food. Kalo saya mkn seafood, ikan bilis, ikan tunggol, breastfeed dia, terus naik merah2 kat muka dan bahagian2 yg blipat (ya, Qasyaf byk lipatan sbb gemoks..hihi).. Kalo dia sendri minum susu lembu, terus merah bengkak satu badan. Ibu pernah suapkan dia ayam yg dikisar halus sampai cair. Mkn dgn bubur. Qasyaf x suka. Telan sikit2 je. Seb bek x suka, sbb lps bbrp suap tu, terus naik merah satu badan. Jadi mcm  minum susu lembu tu..Huuuuu…So setakat ni Qasyaf juz mkn bubur nasi dgn puree epal or pear.. Tp semalam, saya cuba blend bubur nasi dgn carrot dan kismis..Buat agak likat.. Amboi, mkn pulak dia. Laju je telan. Saya pulak yg syok suap sampai Arjuna tegur suh bhenti takot perut dia xle terima banyak2. Hehehe.. So, hari ni saya bekalkan ke bs, menu semalam. Bubur nasi + carrot + kismis. Tp berasnya sikit je..Just sebagai pelikat makanan. Umur 6 bulan ni belom boleh mkn carbo byk2. Haaa, tu antara ilmu baru yg saya dapat melalui group HSFFYB kat fb. Kalau ikotkan mak2 kita, bubur nasi la yg utama kan. Tp, ikot kajian, perut baby muda lg. Kne biasakan dgn buahan2 dulu. Sbb tu masa mula2 nak ajar mkn, kne mulakan dgn puree buahan2. Seronok bila anak mula mkn ni. Maknya bersemangat masuk dapur. Sediakan makanan anak dulu. Utk mummy daddy, kalo x sempat bantai kedai je. Hahaha.. Untuk ibu2 bkerjaya, lebih mudah sediakan puree bnyk2 secara langsum ms wiken. Wat byk2 simpan dalam bekas buat ais kiub tu. Beras plak, basuh, goring tanpa minya dan blend siap2. Weekdays, juz amik beras sikit, then masak dgn puree yg dah siap sedia tu. Kejap je. Tp, setakat ni, saya belom ada wiken yg lapang. Asik blk kampong dan baru ni oncall la pulak. So, tpaksa lah masak hari2 dan blend hari2. Pagi2, buka mata je, of kos Qasyaf pun dah bgn sama. Angkat dia letak dlm stroller, tolak masuk dapur. Daddy mandi dulu la. Skang Qasyaf ngada2. Takleh tinggal sengsorang. T dia akan menjerit lantang. Bila xdaya nak jerit dia bdrama nangis kuar air mata. Aiseh!. Kat dapur, amik beras sikit, amik epal ke, pear ke, carrot ke, campak sama dlm beras tu. Masak dgn air yg bnyk. Then saya gi mandi. Arjuna lak uruskan Qasyaf tukar pampers baju semua. Lepas saya mandi, gi tutup api dapur. Biar bubur sejuk dulu. Baru saya solat & bsiap. Ngam2 nak kuar hantar Qasyaf ke bs, blend bubur, masuk dlm bekas, terus hntr dia ke bs. Begitulah setiap hari. Setakat ni saya buatkan makanan tuk 2x makan je. Nanti dah masuk 7,8 bulan baru lah 3x kot kalo Qasyaf nak mkn la.. Waktu kat bs, Qasyaf minum ebm 2 botol. Selebihnya topup dgn Isomil. Saya hanya mampu pam 2 botol je tuk Qasyaf setiap hari. Bila dgn saya barulah fully bf.   Qasyaf sekarang dah pandai pilih2 org tuk dukung dia. Saya, Arjuna & bs serta husband bs je dia nak. Ibu,ayah saya dia xnak. Menangis. Dgn parents Arjuna pun xnak. Tp yg heran, my sister, yg blk bcuti baru ni, dia nak pulak. Mengekek2 bila diusik oleh my sister. Mebe sbb muka kami lebih kurang. Tak pun mebe sbb my sister preggy baby girl kot. Tu yg Qasyaf suka tu. Haha..   6bulan, Qasyaf masih x meniarap. Tak apalah. Nak ikot jejak mommy la tu. Tak meniarap x merangkak. Alih2 terus jalan. Tapi lambatlah. 14 bulan br saya pandai jalan. Tak apalah Qasyaf lambat jalan, mommy dukung saja. Tp berat sehh.. lenguh mommy. Dah la tu, asik nak dukung je kerjanya. Kata ibu, dia boring la asik tbaring. Pergerakkan limited sbb xle meniarap. Tlentang je. Nak main pong susah. Sbb tu suka dukung. Sekarang suka bdiri sambil gerak2 kaki lak. Kalo ada barang kat kaki sambil dia bdiri, mmg dushhh, satu tendangan yg kuat akan thasil la. Kita yg pegang dia ni hah yg lenguh. Makin hari makin buat mommy geram nak ciom byk2. Hahaha.. Tp kadang2 dia rimas bila org ciom dia. Menjerit2 marah. Pandai sungguh! Dan kalo jln2 kat soping kompleks, bila dia dah mula bosan, jgn la ada strangers yg dtg kaco tegur2 or cubit2 pipi dia. Terus dia bad mood. Alahai.   Hurm, apa lagi nak cite. Rangkum semua sekali nih.   Besday saya belom celebrate. Dah celebrate simple dgn mkn2 actually tp belom dpt hadiah. Abang, akan kutuntut janji manismu itu. Heee.. mcm la Arjuna baca blog neh.
On 10 Mac, Arjuna menang pasal kereta lagi. Bukan autoshow tp acara gathering kompak car. Saya dan Qasyaf ikot sekali berpanas. Kejap je panasnya sbb kami bdua gi masuk Tesco. Lagi best sbb sejuk. Arjuna menang kereta terbaik. Iyolah tu. Tuah Qasyaf la tu sbb Qasyaf ikot. My anniversary on 14 Mac x celebrate pun. Cadang nak celebrate simple2 mlm tu. Tp ibu kol ckp my datuk dah tenat. Sakit tua. Kami bgegas pulang ptg tu jugak. Mmg datuk saya dah x sedar. Sempat la bacakan Yaasin. Pagi 15 Mac 2012, pukul 5am, dia menghembuskan nafasnya yg terakhir pada umur 88 tahun. Al-Fatihah.. Belum pun pukul 10am, jenazahnya selamat dikebumikan. Semoga rohnya dicucuri rahmat.   So, kne claim 2 celebration dgn Arjuna. And 2 hadiah jugak kan. Boleh? Hee.. Hujung bulan ni nak ikot Arjuna nek KL. Dia ada kursus. Saya lepak sana je lah. Ada sapa2 nak jumpa? Hehehe…   Oklah tu je nak tulis.. DAAA!

3 comments:

  1. owh ank aku terlalu pantas meniarap.lg 2hr nk msk 3bln die dh leh meniarap sndri..skrg mamanye dh pening what next..hahaha

    ReplyDelete
  2. Harz,awak pakai galaxy tab kn?boleh wt tab as modem utk laptop...sy pernah wt time pakai tab dulu...

    ReplyDelete
  3. hi dear...salam kenal :)

    jemput join my 1st GA :)

    http://mymommashop.blogspot.com/2012/03/jom-join-1st-ga-mymommashop.html

    Thanks ya..

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)