Terima kasih banyak2 kepada kawan2 yg bagi komen dan ucap tahniah kat entry lepas. Alhamdullilah, dah x stress dah pasal ckp2 org skang ni. Stress benda lain pulak. Stress sbb mcm dah x sabar rasanya nak soping barang newborn lagi. Hikhik.. that is sooo me lah kan. Nak buat mcm mana. Hehe..
So, kali ni nak stori mori sikit sal solid food Qasyaf. Qasyaf dah mula mkn sejak beberapa hari sebelum masuk umur 6 bulan. Omaknya x sabar sgt nak tunggu genap 6 bulan. Masa tu dah masuk group HSFFYB kat facebook dah. Dah buat research apa yang boleh dimakan, apa yang x boleh, cara penyediaan makanan, cara simpan makanan,semua dah belajar dah masa tu. Tp sampai skang pun masih belajar lg. Dalam hati masa tu mmg kuat sgt semangat “say no to kilang food”. Dan Alhamdulillah, sehingga hari ini, Qasyaf hanya makan homemade food saja. Qasyaf xkenal mcm mana rasa nestum yea. Ini bukan isu kedekut or xde duit nak beli nestum. Ini isu nak bagi makanan bkhasiat untuk anak. Macam mana kita susah payah jayakan kempen breast feeding, begitu jugalah kita kne usaha jayakan kempen homemade solid food ni. Bayangkan, hisap susu, beriya isap susu ibu, sekali bila time makan,gi makan makanan dalam tin. Oh tidak elok tu. Makanan dalam tin dari kilang. Kilang yang proses. Hilang dah semua zat2 makanan. Kita sendiri pun kan, kalo mkn tuna dlm tin tu or kari segera dlm tin tu hari2 mau btimpa2 dtg penyakit. Betul x? Mari sama2 buang pmikiran lama yg nak bg anak makan nestum jenama tu jenama ni. Mari kita sambut kempen homemade solid food for your baby. Yeaahhh!!!
Ok,ok…Mungkin ada yang kata, kita bkerja,xsempat nak masak makanan anak setiap hari. Sedangkan makanan kita pun kedai mali. Yea,saya akui itu semua. Saya juga bkerja. Tp saya xnak bandingkan dgn diri saya sbb psekitaran saya lain. Kuaters sebelah klinik je. Rumah babysitter x sampai 1km pun dari kuaters. Mmg xboleh banding dgn saya la sbb hidup saya mmg agak lapang. Tp,utk mommy yg hidup kat bandar besar yg sebok manjang, jem manjang, juga x perlu risau. Ada caranya nak prepare homemade solid food ni. Ramai mommy yg boleh buat. Tak caya, gi jenguk group HSFFYB kat facebook. Hehe. You can do it babeh. Tinggal rajin dgn malas je. Kalau malas tu,xyah cite panjang la. Blah je lah. Huuu
Baby hendaklah diberi makanan pejal bermula umur 6 bulan. Tak boleh kurang yea. Opsss,saya bg Qasyaf mkn bbrp hari sebelum dia genap 6 bulan. Dasar omak yg x penyabar. Haha. Makanan pertama mestilah puree buahan2 atau sayuran2 sahaja. Kenapa? Sbb usus baby masih belum matang. Dia x boleh nak proses makanan berat2 mcm karbohidrat or protein. Itulah secara ringkas penerangannya. Nak tahu lebih lanjut google sendri. Hihi. Kat bawah ni saya sertakan carta makanan baby. Carta ni lah yg jadi petunjuk saya dari Qasyaf umur 6 bulan hari tu.
Dan untuk memulakan bg mkn solid food ni, disarankan ikut 4 days rule. Iaitu, bg makanan yg sama selama 4 hari bturut2. Contoh, puree epal dari hr pertama hingga ke 4.. Kemudian puree pear dr hari ke 5 hingga ke 8,kemudian puree pisang dan seterusnya la. Kenapa? Sbb nak kenal pasti sama ada baby kita elergik pada makanan ttentu x. Sbb kalo kita selang seli makanan, nnti,xdpt nak detect baby kita elergik pada apa. Owhh,4 days rule ni sgt mbantu tuk Qasyaf sbb dia kan ada elergik. Kulit manja.
Setelah dikenal pasti my Qasyaf elergik pada
-all cow milk base food tmasuk keju, yogurt, roti, biskut, dadih, eskrim (bdasarkan tragedy susu dia dulu)
-ikan bilis (bdasarkan experience bila saya mkn ikan bilis pastu bf dia,naik bintik2 merah 1 badan)
-seafood (bdasarkan experience bila saya mkn ikan bilis pastu bf dia,naik bintik2 merah 1 badan)
-ayam (bdasarkan kejadian naik merah 1 badan mcm minum susu lembu bila my mom bg bubur campur dgn ayam..ayakkk!, ms tu Qasyaf baru 7 bulan, tp ibu dah bg bubur ayam…aiyokk!)
-kentang (bdasarkan experience mkn mash potato)
Makanya, bunyi mcm Qasyaf ni vege je kan. Aduhai, nak buat mcm mana. Yang lain tuhan bg sempurna. Bab mkn je masalah. InsyaAllah, Qasyaf akan ok setahun dua lg. Ni Qasyaf dah 8 bulan lebih. Saya dah introduce ikan. Salmon lah ikan yg disarankan oleh pakar pemakanan. Tp susah nak dpt kat sini. Saya bg je ikan kembong. Nasib kami duk tepi laut. Senang dpt ikan fresh dan alhamdullilah, Qasyaf x elergik ikan. Dgn syarat ikan tu fresh. Kalo ikan yg dlm peti ais dah 3,4 hari sori yea,naik bintik merah badan nanti. Ikan lain saya belum cuba lagi. Takot nak main cuba2 sesuka hati ni. Dan baru bbrp hari yg lps saya introduce telur kuning dan Qasyaf ok jugak. Telur puteh x boleh bg lg, baru 8 bulan. So, sekarang,xde lah buntu sgt nak masak food apa tuk Qasyaf. Boleh mkn ikan & telur,boleh la variasi sikit.
Qasyaf suka sgt bubur nasi dgn ikan. Biasanya saya letak juga carrot or bunga kubis or sawi or bayam. Masa masak tu, letak sekali bawang n halia tuk naik bau wangi sikit. Tp bila nak blend (Qasyaf xde gigi ok, kne mkn blend),buang la bawang n halia tu.. Owhh, kalau masak ni, mmg dia nganga je lah. Kita plak takot dia muntah sbb kenyang sangat. Hehe..
Saya ni,xde la strict sgt pasal homemade solid food ni. Makanan kilang tu mmg a BIG NO la kan. Tp, kalau setakat ibu ke, mil ke, nak suap cucunya tu kuih muih ke,calit makanan org tua ke mulut Qasyaf sikit ke,saya x kisah pun. Buat apa la nak marah2 bising2 ngadu kat group fb. Bukan selalu pun kan. Nenek nak manjakan cucu sesekali jumpa,apalah salahnya. Pejam mata je lah. Bukan budak tu makan kenyang pun. Dan bukan karang,esok mkn tu lg. Sikit2,sesekali,biarkan lah je. Nak buat mcm mn,bukan semua org tua faham soal homemade baby food ni kan. Cumanya, kadang2 saya rasa, ada jugak baiknya si Qasyaf ni elergik itu ini. Sbb ibu, mil, bs dia mmg x berani la nak bg mkn sebarangan. Derang takot naik merah kang susah..Hehehe..Apa2, mesti tny saya dulu..Bagus jugak..Hehe..
Bestnya... Sy pun nk bg homemade food kt hafidh la... Semangat2...
ReplyDeletebtl tu.tp aku mle2 dlu cm nk marah gak.tp ble pk2 blk,biar le.ape slhnye.bkn smpi ank aku boncet sbb kenyang pon.heh
ReplyDeleteyeah, sokong homemade food for babies.love your spirit.
ReplyDeletetu la, i pun kdg2 biarkan jugak my mom/mil nak bg my baby rasa sikit2 certain foods tu.
so far alhamdulillah, they have respect my way...
tapi bs tak tau la...memang selalu pesan just bg my home made food and bila tanye,die cakap tak bagi ape2. tapi haritu bile i tukarkan baju terjumpa cebisan cekodok daaa...huhu.
haikal smpi skrg xmo mkn tau.. tp alhamdulilah paed kata let it be. one day dia akan mkn juga. tgu mood dia smpi dulu.
ReplyDeleteaaa bagusss entri y ni , aku duk pening nk bg ape kat hafiy sok 6 bulan huhuh update byk2 lagi yer amik pic siap heheh
ReplyDelete