kita2.... ;-p

Sunday, June 24, 2012

sepakan padu,tendangan hebat

Im not talking about euro ok...
Im talking about little Q inside me...
Yeahhhh,dup dup dap,haiyaaaakkkk!..Kuat tol menendang....Eh,boy jugak ke?....Aiseh, mommy sgt la kempunan nak bli barangan pinky2 ropol2 neh....Girl kot eh...Bukan tendangan tu.. Tp tgh menari kot...Hahahaah....

Actually lastwik dah scan lagi...1st scan kat kerajaan...Patot dah masuk 6 bulan ni,dah boleh nmpk gender kan...Tapi,tau2 je la scanner KKM...Nmpk hitam puteh kelabu asap je...Malas nak tny doc boy ke girl...Kang salah predict,hampa plak kan..Tp sebenarnya lupa nak tny..Sbb duk asik borak benda lain dgn doc..kihkih...Takpe2,nextwik,gi scan kat klinik panel...Org kata,doc tu pandai tgk...Masa Qasyaf dulu pun,betol dia ckp...Ms scan,toing,dah nmpk anu..Terer doc tu cari bg mommy nmpk...heeeee

Lastwik saya sgt2 la bz...Sampai dpt selsema yg teruk!..Sian Qasyaf,jd mangsa...Dua hari saya blk lambat sbb bz mengaudit org...Hari dah gelap br boleh tgk muka Qasyaf...Mula2 penat,tp nmpk je muka ensem tgh sengeh tunggu mommy kat muka pintu,terus hilang penat...Tp xle nk gomol sgt sbb saya selsema teruk...Lepas bz dgn audit,terus MC dua hari..Tapi.ttp hntr Qasyaf ke umah bs..Sbb x larat nk jaga plus,tkot bjangkit kat dia plak...Mlm2 tido,sy tutup mulut dan hidung dgn kain,xnak bg bnafas trus ke muka Qasyaf..Seksa ok..Qasyaf tu,kalo tido,nak peluk2...huuu... This wik dah kembali sihat...Tanpa mkn ubat...Doc suh rehat n minum air limau suam je...Iyolah..huu...Thiswik,br leh gomol Qasyaf sepuas hati sbb xselsema dah...Geram!..Ciom 24jam pun xpe..hehehe...

mn x geram....alahai...
Ingt wiken ni nak nek KL...Nak soping baju raya Qasyaf,nak soping brg little Q,nk bli carseat baru tuk Qasyaf... K lah,tu je nak tulis...Sbb lama x tulis kan...Daaaaa!

Wednesday, June 13, 2012

Alahai Qasyaf anak mommy

Bila tgk gambar2 Qasyaf dlm tablet, dlm fb, semua nampak ceria. Dua tiga gambar je yg mukanya monyok or menangis. Itupun sgtlah comey. Kalau org xde anak tgk, mesti ingat senang je nak jaga baby ni. Nampak gembira je ada baby. Nampak hidup penuh ceria ada baby. Kan kan. Ye,semua tu betul. Betul sgt2. Tp bila masuk part baby meragam, baby asik nangis xnak tido, baby muntah atas sofa, baby demam,hahhh,baru ko tahu camne jadi seorang mak. Betul x?

Tp itulah resam jadi ibubapa. Semua org mesti laluinya. Takde yg mudah. Anak boleh buat mak bapak susah hati, risau,gundah gulana. Baru saya faham kenapa syurga itu bawah tapak kaki ibu.

Kelmarin, babysitter kol masa saya tgh kerja. Qasyaf demam katanya. Aikk? Pelik jugak..Sbb Qasyaf susah nak demam. Selama ni dia mmg susah nak demam. Baru 2x demam itupun sbb bjangkit dgn saya dan sepupunya. Kali ni,xde kne hujan,berpanas pun tidak,xde sapa2 demam pun dlm keluarga,mcm mn Qasyaf boleh demam. Saya mintak babysitter bagi ubat demam pada Qasyaf. Ptg, bila amik Qasyaf,mak aihh,panasnya badan dia. Tp dia tetap ceria. Senyum dan ketawa. Alahai anak mommy. Ptg tu,xde mood nak masak. Nak layan Qasyaf je. Saya masukkan ubat demam ikot bontut pukul 6pm. Qasyaf ok je sampailah ke mlm..Tido pun senang je walaupun mula2 tu asik merengek. Sebelum tido,main2 dulu sambil pakai cool fever kat dahi. Comey ok..Hahaha

Malam tu,saya dah set alarm..Nak bgn kul 1am tuk masukkan ubat lg..Tp,besalah. Badan penat,susah tol nak bgn walaupun dengar bunyi alarm..Saya akan mudah bangun bila dengar bunyi suara Qasyaf je. Bunyi2 lain sori yea…Heee..Pukul 3am,Qasyaf menangis. Pegang dahi kepala dia,ayooo,panas sgt2..Seingat saya Qasyaf xpernah sepanas itu. Terus kejutkan Arjuna. BUka lampu semua then masukkan ubat demam ikot bontot Qasyaf. Then saya amik tuala kecik,basahkan,lap2 kepala dia. Qasyaf dah x boleh tido. Pas minum susu dia merengek. Merengek merengek merengek dan merengek sampailah ke subuh! Dia x la menangis melalak g2..Tp dia merengek. Nak tido tp x selesa badan kot. Susu botol ke, susu mommy ke,semua dia x nak. Letak dlm buai pun xnak..Dalam kul 6.30am kot,dia dah penat,barulah la tertido. Dgn mommy daddy sekali tertido.Tp kejap je la sbb kne bangun solat Subuh lak..Subuh gajah ler kami semalam. Pas kul 7am tu,saya dan Arjuna wat keputusan nak cuti je hari tu. Mulalah sebuk kol sana sini bgtau nak cuti. Kebetulan kami bdua ada bnyk keje dank ne attend miting hari tu. Dah setel semua,baru je nak lelap semula,dlm kul 8am,Qasyaf dah bangun la pulak.. Bangun dgn ceria. "aaahhh" siap tegur mommy daddy dgn aaahh lagi smbil senyum..Bangun2 je main...Tu kain basah atas kepala mmg dia x buang...Maklumlah,org biasa pakai topi...Alahai Qasyaf. Kami pun bangun sarapan,lepak2 kejap then siap2 nak gi klinik.

Masa nak kluar gi klinik (kami gi klinik panel Arjuna..Malas nak gi klinik kesihatan sebelah kuaters sbb org ramai giler),Qasyaf dah ok sgt2. Dah tak panas langsung. Tp xcek la suhu dia..Ya,I xde thermometer ok. "Stroller mahal boleh beli,thermometer yg penting x beli." Kne se das smash dr kawan saya. Ya, ya, lesson learnt..Nanti saya beli thermometer.Huuu

Bila doctor cek,semua ok..Qasyaf dah x demam…Tp doc bg la jugak ubat demam ikot mulut,ikot bontot dgn antibiotic. Qasyaf x pernah mkn antibiotic. So, I decide xpayah bg la antibiotic. Itu lebih baik rasanya. Well, mak know best..Hihi… Balik dr klinik kami tiga beranak gi pasar. Konon nak bli ikan tuk Qasyaf. Tp xde langsung ikan merah or ikan kembong. Ikan lain saya x berani bagi lagi sbb takot Qasyaf elergik. So,juz beli lauk tuk mommy daddy je la. Balik umah,buatkan bubur nasi tuk Qasyaf. Letak bayam merah,carrot dan telur kuning saja. Seb bek Qasyaf berselera. Pastu, daddy dgn rajinnya pergi kemas laman rumah, mommy dgn Qasyaf tido sampai ke petang. Haishhh,mcm hari minggu pulak kan..

Kami dua beranak bangun kul 3.30pm.. Arjuna tgh lepak dpn tv masa tu dan cakap lapar. Haha..Sian. Bini tido x ingat dunia,suami kelaparan. Pas solat Zohor,saya terus masuk dapur. Ngam2 org azan Asar, kami mengadap meja makan tuk lunch.

Menu semalam, (cheh,rajin pulak I snap picas..hihi). Daging goring kicap, kerabu sotong dan terung rebus. Mkn dgn nasi panas.. Sedap wa ckp lu. Haha,keji. Puji masakan sendri.

Apa? Nak resepi. Ok,oleh kerana ada gambar, saya bagi la resepi. Resepi daging goreng kicap. Daging dipotong nipis supaya garing bila goreng nanti. Basuh bersih2, gaul dgn garam dan serbuk kunyit. Biarkan seketika,biar garam dan kunyit tu meresap dlm daging. Kemudian, gorengkan daging tersebut menggunakan mintak yg panas. Goreng2 la sampai empuk dan agak garing kalau suka. Angkat dan toskan daging tu,ketepikan. Dengan mgunakan minyak yg sama, tumis tiga biji bawang merah, dua biji bawang puteh dan bbrp biji cili padi yg dihiris halus. Kecuali cili padi,juz potong memanjang je..Karang pedas plak. Bila dah naik bau, masukkan semula daging tadi. Masukkan kicap manis dan sos tiram. Perasakan dgn garam dan gula. Saya x masukkan garam dah sebab sos tiram dah masin bg saya. Kemudian masukkan sebiji bawang besar yg dihiris kasar bersama2 kacang panjang ikot suka banyak mana pun. Kacang pancang tu potong dlm anggaran 5cm gitu..hihi..Gaul2 sekejap,terus angkat. Jgn lama sgt nnti kacang panjang layu,x rangup x best la. . Resepi kerabu sotong. Potong sotong halus2,kemudian rebus sampai empuk. Bila dah empuk,angkat bersama2 sedikit air rebusan sotong td,masukkan ke dalam mangkuk. Bawang merah, bawang putih,sedikit halia dan serai dihiris halus. Tomato,kacang panjang dipotong kecik2. Masukkan semua ke dalam mangkuk yg ada sotong tadi. Masukkan air asam jawa,perahan limau nipis,garam dan gula. Kalo nak masukkan sos tiram pun ok juga. Hiris daun ketumbar dan masukkan sekali. Gaul semua biar rata. Siap!

So,itu saja. Selamat mencuba!

Ok,sambung cerita Qasyaf. Tak habis lagi weh! Pas mkn,kami solat Asar. Kemudian kami keluar tuk beli diapers Qasyaf. Sebelum tu singgah amik angina kat pantai. Kami duk dekat dgn pantai yea. Hee.. Singgah kedai minum air kelapa. Elok tuk preggy mommy. Org kata, nnti kulit baby jd bersih. Ntahlaa.. Pastu amik angin tepian pantai lak. Qasyaf mmg suka la. Behave sgt bila mommy daddy bawa kluar..Tp start kul 8pm, dia buat hal..Merengek dan merengek lagi..Pas tukar diapers pun merengek. Pas minum susu pun merengek. Dia mcm ngantok tp xle tido. Badan mcm panas sket. Saya bagi ubat lagi. Past uterus merengek. Ada masa sampai jd tangisan. Meleleh2 air mata. Tak tau mn silap. Padahal mommy daddy bg 100% phatian dah kat dia. Arjuna kata, kes yg mcm ni la agaknya yg boleh buat org xde hati perut dera budak. Menguji kesabaran. Tapi saya xde la rasa menguji kesabaran. Tak rasa nak marah pun walaupun penat. Rasa kesian ada la..Peluk,dodoi semua saya buat. Qasyaf tetap mcm tu. Dalam pukul 10.30pm,dia duk tgaru2 kat tangan plak..Makin la menjadi2 meragam dia tu sbb gatal kat tangan. Tp xde plak kesan kne gigit nyamuk ke apa. Tengok teruk sgt dia garu,saya tolong garukan,dia x bg. Duk melalak je. Arjuna pun amik dokong nak gi basuh tangan Qasyaf. Sekali dia muntah. Habis satu baju Qasyaf dgn baju daddy sekali. Terus Qasyaf diam. Daddy lak gelak2 ajak dia tido dgn baju busuk bau muntah nak? Ya Allah,besar benar sifat kesabaran dan ketulusan yg Kau titipkan dlm hati kami suami isteri. We really enjoy parenthood. Saya,Arjuna, xde rasa meluat or marah pun dgn kesusahan jaga anak. It amazing. Sungguh x sangka. Sbb kami bdua mmg jenis baran, mudah marah kalo dgn org lain kalo ada slh silap sikit2..Tp dgn anak,alhamdullilah,setakat ini,semua yg kami lalui dirasakan nikmat.

Lepas tukar baju semua,Qasyaf sambung merengek la plak. Merengek dan merengek lagi samapai kul 11.30pm…Ntah mcm mn ,pastu dia ttido tp molot duk mengempeng kat mommy..Padahal mommy xde susu dah pun…Sampailah ke pagi Qasyaf tido bpelukan dgn mommy. Pagi ni bangun2 je,bg senyuman paling ensem kat mommy dgn daddy..Alahai Qasyaf…
Tadi,gi hntr kat bs,Qasyaf ok je..Tak demam dah…

Harap2,Qasyaf ok dan ceria selalu. Jgn la buat mommy susah hati. Bila mommy susah hati,fikiran mommy asik fikirkan Qasyaf.Nak mkn, nak mandi x senang. Sampaikan mommy syampu rambut pakai shower gel Antabax!!!..huuuuu

Sunday, June 10, 2012

pisang campur oat

Qasyaf asik mkn bubur nasi je...
Tiap2 hari bubur nasi...
Kadang2 mommy bosan jugak asik buat bubur nasi...
Mommy cuba beri oat kat Qasyaf...
Bukan quacker oatmeal tahu..Itu baby x boleh mkn...
Tp mommy beli organik oat which is a bit kasar teskturnya...
Mommy beli sekilo u!..Sbb xde pack kecik...
Siap blend siap2 bg hancur halus sng nak msk bl Qasyaf nak mkn...
Qasyaf mcm suka je oat (dia suka semua benda kot.hehe)...Tapi bila mkn oat Qasyaf mesti muntah...Adoyai..
Makanya x luak la oat kat umah tu...
Untuk mhabiskan oat,mommy tpaksa cari resepi lain,masak oat dlm bentuk bukan bubur,dan bg Qasyaf mkn...
Last few days,mommy try buat jejari pisang mcm dlm belog Margfarah...
Amik sebiji pisang dan lenyekkan
Gaulkan dgn oat..Agak2 la jgn lembik sgt jgn keras sgt..Agak2 boleh mbentuk dooh...
Wat bentuk jejari yg gemokkss..hehe..Bakar atas dulang yg dah disapu dgn unsalted butter..Bakar dlm 15 minit...
Sori yea,pic siap bakar lupa nk amik...Sebiji pisang sederhana besar dpt la 4-5 jejari...Qasyaf mkn 1 je...Bukan x suka tp dia tcekik sbb xde gigi kan..Dia mmg x pandai nak control mknana kasar lg...Mommy tpaksa cicah air bg lembuk sket br dia leh mkn...Selebihnya,mommy n daddy yg ngap...Takpe,t nak letak kurma plak n lembikkan sikit dooh tu...Biasa la..Nama pong baby kan..Tak semua yg kita masak dia leh terima or mkn...Jgn putus asa n jgn malas tuk mcuba resepi baru...Yang penting,homemade food!...

Wednesday, June 6, 2012

blable..bla bla bla...

-2 Minggu plus 2 wiken x kluar dr Paka...1st wik, Arjuna sgt bz dgn saham FGV...Tahu apa itu FGV? Xtahu sila tgk berita tv1..Tiap mlm ada..2nd wik pulak,saya onkol<.. Maka tperap je la dlm Paka ni..Bosan sungguh!...Qasyaf pon bosan..Sian dia..Paling koman daddy bawa pegi minum ABJ kat pantai teluk ketapang je...Itupun bkn Qasyaf leh minum..Jagung dlm tin..No no no..Tak boleh yea Qasyaf..Biar mommy je minum...

-Tayar kete saya bocor plus,pecah sekali...Seb bek masa tu Arjuna yg bawa..Dia bhenti tepi jln tukar sendri la. Kalo saya yg drive sengsorang?..Mau tinggal aje kete tepi jln blk jalan kaki..erkkk!...Nak kne bli tayar la pulak...Ada je pgunaan duit x dirancang blaku..Haishhh,org nak soping barang little q la!

-Ya,dah mula buat list barang tuk little q...Brg2 besar mcm breastpump,sterilizer,tilam guna yg Qasyaf punya je..Cuma nak upgrade spektra3 tu buat double pumping n bli valve dgn membrane baru...Storage bottle pon,yg lama masih ok..Lagipun xsampai 6 bulan pun guna..Ada 30 botol semuanya seh..Azam,nak pam n wat stok byk2 dr hari ptama susu keluar lg..Xnak jd mcm kes Qasyaf dah..Chayookkk!..Tapi Qasyaf dulu,sbb mommy preggy,tu yg susu merundum,.Mommy je x sedar....

-Tetiba ada org tag video stroller 4moms origami...Dan saya eh bkn saya,Arjuna dah bkenan sgt2...Ada kawan keje pilot selalu gak ke US..Nak mntk kirim tp dia mls nak blikan sbb berat nak bawa balk...Bukan ko pikul pun oi..Kapal terbang yg pikul..Tapi xpe lah...Tgk video je la gamaknya..Nak bli ikot harga Mesia,bek bli motorsikal terus..huuuu

-Qasyaf makin lama makin buat mommy geram nak ciom..hehehe...Selalu berak banyak...Selalu tcekik n muntah kalo salah mkn makanan yg kasar or besar sket...Mommy n daddy la yg basuhkan...But,it quite suprising me la,mommy n daddy sendri sgt la sabar...Takde rasa nak marah or tensen...Daddy pun mcm tu..Qasyaf muntah atas katil tgh2 mlm sbb byk sgt minum susu pun daddy boleh ciom2 lg...Ya Allah,besar nikmatMu yg Kau berikan..Kami betol2 enjoy parenhood...

-Tbaru,lappy sy rosak..Haaaaa,ini menensenkan sgt2...Saya tpaksa wat research thn ni..Hujung bln ni nak kne hntr abstrak...Lappy dah jem,mcm mn?!....Mau bhenti kerja!!!

-Ok....kengkadang mood tuk masak dtg btimpa2....Lastwik kami bnyk mkn luar..Tp diswik,rajin plak saya masak..Alah,yg simple2 je..Ayam masak merah,sayur air,ayam goreng halia..Semalam biat ikan stim..Faveret Arjuna..Tp ikan mesti mau fresh ya..Takde gambar,so,lain kali je la saya share tesepi...Saya juga dtg mood rajin buat kuih minggu ni..Simple je..Korang tau kuih cek mek molek atau kuih mek comel?Haaaaa...Ini dia...
Sebelum digoreng...
Selepas digoreng... .Hitam bkn sbb hangus..Tapi sbb saya guna keledek purple..Biasa yg jual kat kedai derang guna keledek oren...
Resepi?..Hurmmm...
Rebus keledek sampai lembut...
Bila dah lembut,tunggu sejuk,kemudian kupas kulitnys..
Lecek or lenyek keledek tu..
Campurkan tepung gandum dan gaul sebati..Agak2 jgn sampai ketas sgt or lembik sht..Juz nice untuk mbentuk doh...
Buat doh bulat2,penyekkan bahagian tengah.
Masukkan gula kat tgh2 tu sebagai filling.
Bentukkan supaya jd bentuk mcm pic yg memula tu..Che mek molek mesti bentuk g2 yea...Kalo x jd bntuk tu,bkn che mek molek namanya..Namanya tukar jd che mek huduh..hahahaha...
Kemudian goreng la sampai keemasan..Tp kalo guna keledek purple mcm saya,mmg x keemasan la..Kehitaman sikit..heeee

-Semalam plak masa break lunch time,sempat buat puding caramel..Sbb niat nya nak bg bs qasyaf..Balas bekas dia bg lauk dulu..Lama dah bks dia duk btapa di rumah saya..Hehe..
Senang je buat puding karamel ni...
1st,buat karamelnya,cairkan setengah cawan gula...Bab ni agak susah la bg saya..Selalu je hangit..Ada resepi kata,panaskan gula dulu,bila dah nmpk cair sikit,br tmbh dlm 2 sudu air..Ada tesepi ckp,tambah air siap2..Tp bg saya,tetap x mnjadi..Asik hangus je..Jadi pahit la..Tp sy dpt teknik baru..Saya guna non stick pan..Basahkan dulu non stick pan tu..Then ltak gula..Sambil masak,sambil lenggang2 pan tu...Nmpk cair semua gula je,tutup api,biarkan jd perang skit,terus tiang dlm loyang...hehehe..itu cara saya la..Ikot pengalaman..
Pudingnya, 5 biji telor,susu cair setin,asen vanila sesudu kecik,tepung kastard or tepung jagung sesudu besar...Blend semua sekali sampai sebati...
Tapiskan ke dalam loyang yg ada gula hangus yg cair td...
Kukus 30 minit or cucuk2 la dgn garfu nak tau masak x lg..Kalo x melekat tu dah masak la..
Biar sejuk..Masukkan dlm peti sejuk...Bila dah sejuk,baru terbalikkan dlm pinggan...Siap!...

-Ok lah...Ingat nak mbebel kosong je td...Ni siap bg resepi lagi...Selamat ,mencuba!