Tp itulah resam jadi ibubapa. Semua org mesti laluinya. Takde yg mudah. Anak boleh buat mak bapak susah hati, risau,gundah gulana. Baru saya faham kenapa syurga itu bawah tapak kaki ibu.
Kelmarin, babysitter kol masa saya tgh kerja. Qasyaf demam katanya. Aikk? Pelik jugak..Sbb Qasyaf susah nak demam. Selama ni dia mmg susah nak demam. Baru 2x demam itupun sbb bjangkit dgn saya dan sepupunya. Kali ni,xde kne hujan,berpanas pun tidak,xde sapa2 demam pun dlm keluarga,mcm mn Qasyaf boleh demam. Saya mintak babysitter bagi ubat demam pada Qasyaf. Ptg, bila amik Qasyaf,mak aihh,panasnya badan dia. Tp dia tetap ceria. Senyum dan ketawa. Alahai anak mommy. Ptg tu,xde mood nak masak. Nak layan Qasyaf je. Saya masukkan ubat demam ikot bontut pukul 6pm. Qasyaf ok je sampailah ke mlm..Tido pun senang je walaupun mula2 tu asik merengek. Sebelum tido,main2 dulu sambil pakai cool fever kat dahi. Comey ok..Hahaha

Malam tu,saya dah set alarm..Nak bgn kul 1am tuk masukkan ubat lg..Tp,besalah. Badan penat,susah tol nak bgn walaupun dengar bunyi alarm..Saya akan mudah bangun bila dengar bunyi suara Qasyaf je. Bunyi2 lain sori yea…Heee..Pukul 3am,Qasyaf menangis. Pegang dahi kepala dia,ayooo,panas sgt2..Seingat saya Qasyaf xpernah sepanas itu. Terus kejutkan Arjuna. BUka lampu semua then masukkan ubat demam ikot bontot Qasyaf. Then saya amik tuala kecik,basahkan,lap2 kepala dia. Qasyaf dah x boleh tido. Pas minum susu dia merengek. Merengek merengek merengek dan merengek sampailah ke subuh! Dia x la menangis melalak g2..Tp dia merengek. Nak tido tp x selesa badan kot. Susu botol ke, susu mommy ke,semua dia x nak. Letak dlm buai pun xnak..Dalam kul 6.30am kot,dia dah penat,barulah la tertido. Dgn mommy daddy sekali tertido.Tp kejap je la sbb kne bangun solat Subuh lak..Subuh gajah ler kami semalam. Pas kul 7am tu,saya dan Arjuna wat keputusan nak cuti je hari tu. Mulalah sebuk kol sana sini bgtau nak cuti. Kebetulan kami bdua ada bnyk keje dank ne attend miting hari tu. Dah setel semua,baru je nak lelap semula,dlm kul 8am,Qasyaf dah bangun la pulak.. Bangun dgn ceria. "aaahhh" siap tegur mommy daddy dgn aaahh lagi smbil senyum..

Masa nak kluar gi klinik (kami gi klinik panel Arjuna..Malas nak gi klinik kesihatan sebelah kuaters sbb org ramai giler),Qasyaf dah ok sgt2. Dah tak panas langsung. Tp xcek la suhu dia..Ya,I xde thermometer ok. "Stroller mahal boleh beli,thermometer yg penting x beli." Kne se das smash dr kawan saya. Ya, ya, lesson learnt..Nanti saya beli thermometer.Huuu
Bila doctor cek,semua ok..Qasyaf dah x demam…Tp doc bg la jugak ubat demam ikot mulut,ikot bontot dgn antibiotic. Qasyaf x pernah mkn antibiotic. So, I decide xpayah bg la antibiotic. Itu lebih baik rasanya. Well, mak know best..Hihi… Balik dr klinik kami tiga beranak gi pasar. Konon nak bli ikan tuk Qasyaf. Tp xde langsung ikan merah or ikan kembong. Ikan lain saya x berani bagi lagi sbb takot Qasyaf elergik. So,juz beli lauk tuk mommy daddy je la. Balik umah,buatkan bubur nasi tuk Qasyaf. Letak bayam merah,carrot dan telur kuning saja. Seb bek Qasyaf berselera. Pastu, daddy dgn rajinnya pergi kemas laman rumah, mommy dgn Qasyaf tido sampai ke petang. Haishhh,mcm hari minggu pulak kan..
Kami dua beranak bangun kul 3.30pm.. Arjuna tgh lepak dpn tv masa tu dan cakap lapar. Haha..Sian. Bini tido x ingat dunia,suami kelaparan. Pas solat Zohor,saya terus masuk dapur. Ngam2 org azan Asar, kami mengadap meja makan tuk lunch.

Apa? Nak resepi. Ok,oleh kerana ada gambar, saya bagi la resepi.


So,itu saja. Selamat mencuba!
Ok,sambung cerita Qasyaf. Tak habis lagi weh! Pas mkn,kami solat Asar. Kemudian kami keluar tuk beli diapers Qasyaf. Sebelum tu singgah amik angina kat pantai. Kami duk dekat dgn pantai yea. Hee.. Singgah kedai minum air kelapa. Elok tuk preggy mommy. Org kata, nnti kulit baby jd bersih. Ntahlaa..

Lepas tukar baju semua,Qasyaf sambung merengek la plak. Merengek dan merengek lagi samapai kul 11.30pm…Ntah mcm mn ,pastu dia ttido tp molot duk mengempeng kat mommy..Padahal mommy xde susu dah pun…Sampailah ke pagi Qasyaf tido bpelukan dgn mommy. Pagi ni bangun2 je,bg senyuman paling ensem kat mommy dgn daddy..Alahai Qasyaf…
Tadi,gi hntr kat bs,Qasyaf ok je..Tak demam dah…
Harap2,Qasyaf ok dan ceria selalu. Jgn la buat mommy susah hati. Bila mommy susah hati,fikiran mommy asik fikirkan Qasyaf.Nak mkn, nak mandi x senang. Sampaikan mommy syampu rambut pakai shower gel Antabax!!!..huuuuu
anak sakit mmg mnguji kesabaran. masa akid batuk aritu.. byk kali muntah2. sehari 2-3kali,, habis kotor cadar. tapi sikit pon x rasa marah kat akid.. tp aku plak yg meleleh air mata tgk anak sakit... sobs..
ReplyDeletebiasa la adat jadi ibu bapa nie..kesabaran paling penting nak layan kerenah anak tambah2 yang tengah sakit plak...sakit2 pun buat muka coel erk qashaf
ReplyDeletemmg betul, bila dh jadi ibu n ayah nie, mudah sahaja hendak bersabar dengan perangai anak-anak. Semoga qashaf cepat sembuhdan ceria selalu.
ReplyDeletesedapnye kerabu sutun.wahahaha
ReplyDeletebetul lah..aku pon mmg jenis cepat marah..tp aassim hehari meragam kul 3 pagi takde pon rasa nak marah.Alhamdulillah
tgk anak sakit memang tak keruan kan.hats off to those yg anak sakit kronik semua tu.tak tau lah camne diorg handle kan..huuu
Qasyaf sgt behave. ;)
ReplyDeletemaybe kembung perut kot sbb after muntah tu dia ok kn..
comelnya qasyaf...
ReplyDeletesalam kenal.
ReplyDeleteqasyaf dah start makan ikan ke?
saya belum cuba bagi ikan kat zarif lagi.
tapi memang betolla, mak pak akan cuak kalau anak demam/tak selesa nak tidur.
sanggup ambik emergency leave