kita2.... ;-p

Wednesday, July 25, 2012

cerita tentang makan..suka?

Assalamualaikum.
Kenapa ya,bulan puasa je org sebok pasal makanan. Padahal bulan lain,hari lain pun,makan jugak. Bukan x makan. Tapi,bila masuk Ramadhan,jadi macam pesta makanan plak. Kat area saya sendri, tapak pasar malam dijadikan tapak bazar Ramadhan dgn keluasan yg bganda dan kanopi yg bkali2 lebih bnyk dan besar. Macam2 juadah ada. Dan kita sendri,yg kurang gemar makan makanan beli,sampai pening2 kepala duk mikir nak masak apa tuk buka puasa. Padahal,dah mmg hari2 pun masak tuk family. Takde plak nak pening kepala. Ni,pelik,Ramadhan mjengah,kita sebok sgt2 fikir pasal makanan makanan makanan. Betol x? Saya ckp ni,bukan nak ngata sapa2,tp sebagai muhasabah diri sendri jugak. Masa bukan Ramadhan,saya x kisah pun xde kuih pencuci mulut lps mkn. Tapi, bila soal bbuka puasa,tekak ni suka la sgt kalo ada kuih muih selepas makan nasi tu. Haishhh!

So,kat sini hari ni,nak bg resepi sket tuk sapa2 yg xde idea nak masak apa as pencuci mulut. Juga idea tuk korang masak apa tuk family.

Last Thursday, klinik ada buat gotong royong. Saya kan tetiba EL. Duk rumah je dgn Qasyaf. Tp sempat la jugak sediakan food sikit tuk staf2 rasa. Dalam Qasyaf duk melilit di kaki dan menyepahkan segala yg ada di dapur sambil mulutnya mbebel2,dapatlah jugak menu yg kononya mudah tuk saya buat. 

pavlova & baked makaroni

Buruk kan rupanya.
Resepi pavlova boleh amik sini.
Resepi baked makaroni boleh amik sini.
(heeee,malas tol i nak menaip kan)...
Dua2 blog tu blog masak2 feberet saya. Begitu juga dgn blog Azlita Masam Manis. Dgn blog Kak Nor secubit garam..Cita2,nak jd mcm derang..Mak aih,tinggi tu cita2..heee

Sabtu 1st Ramadhan, kami balik rumah ibu ayah. Menu buka puasa, ibu masak rendang daging (my feberet forever & ever), ikan keli blada dan ulam2. Pas mkn nasi, mkn rendang dgn ketupat pulut yg dibeli kat bazar Ramadhan. Jgn tkejut yea. Mmg kat Terengganu,ketupat pulut tu makanan biasa,bkn makanan hari raya semata2..Hehe..Mkn jugak pulut panggang dan satar goreng dr bazar Ramadhan jugak. Sedap.

2nd Ramadhan. Ibu masak nasi minyak dgn ayam masak merah. Pcuci mulut juz beli onde2 (buah melaka) dr bazar Ramadhan. Saya sendri gediks gi cari red velvet cake kat satu kedai kek ni sbb teringin sgt nak mkn. Beli yg bentuk cupcake je. Bedal 2 ketul sekaligus.Haha.

3rd Ramadhan dah blk rumah sendri,dah kne masak sendri la. Menu simple je, singgang ikan tongkol.daging goreng kunyit letak sos tiram dan sira labu!..
Ya,sira labu.Ntah dr mana dtgnya selera nak mkn sira labu. Kebetulan mmg ada labu kat rumah,which is stok lauk tuk Qasyaf.So,songlap la sikit. Resepi sira labu ni of kos la ikot cara Kelate.Ada negeri lain yg tau sira labu?

Resepi sira labu :
Labu (pumpkin) dibuang kulitnya dan dipotong sejuring2.
Rendam dlm air kapur. (saya rendam dlm sejam je)
Gula melaka,dicairkan dlm air yg mendidih. Sikit sj yea sbb bukan nak hirup pun kuahnya kan.
Bila semua gula melaka dah cair,masukkan labu yg dah dibasuh tadi,masukkan sehelai daun pandan dan 3,4 biji cengkih,kalo nak manis lg,masukkan gula dan tutup periuk.
Tunggu sampai air kering.
Siap!

Senang je kan.Hehe..

Semalam,menu saya, daging singgang ala Kelate (gigih saya tumbuk cili kering tau sbb nak dpt rasa betol2 mcm yg Kelate punya. Seb bek Arjuna puji..Hihi)..Tu je yg saya masak. Kebetulan plak masa duk pikir nak masak apa lg,BS Qasyaf kol ckp nak hntr lauk.Dia bg asam pedas ikan tenggiri dan terung sambal lada.Arjuna plak gi beli pajeri nenas & murtabak ayam kat bazar Ramadhan. Makan itu la kami masa bbuka,Arjuna mkn lg slps terawih dan ada lg tuk sahur. 3x mkn br licin.

Hari ni punya,dah ada dlm kepala nak masak apa. Tp mcm penat la plak. Tgk lah mcm mn. Akan di pos tuk entry akan dtg kalau rajin.Hehehe...

Ok lah. Tu saja daaa!

Oh ya,btw,skang kat rumah ada 3 bekas makanan yg belum bbalas. 2 dr BS Qasyaf,1 dr staf.Yg staf punya ni dah bkurun dah...Nak balas dgn makanan apa ek?..Buntu. Ingt nak buat puding.Tp mcm leceh..Adeh...huuu

2 comments:

  1. sedap 2 sira labu... lme xmkn..

    ReplyDelete
  2. saje la kot nak buat aku meleleh air liur ni kannnnn. balik ni nak carik cheese cake pastu nak gi bazar gak la. semenjak pose ni aku tak penah jejak kaki kat bazar lagi okeh

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)