kita2.... ;-p

Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri 1433H saya....

Tidak sakan.
Memenatkan.
Mendebarkan.

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri. Hari ini 10 Syawal. Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yg sudi baca blog ni. Mohon ampun dan maaf sekiranya saya dgn tidak  sengaja pernah mguris perasaan kamu semua sepanjang penulisan saya di sini. Macam mn dgn raya kamu semua? Saya masih dlm mood raya dan bharap agar mood ini semakin best walaupun semakin ke penghujungnya. Ya, saya bharap mood raya ini tidak berakhir cepat sbb di awal aidilfitri, raya saya sedikit kurang sempurna dan hambar rasanya. Semoga,Syawal yg bbaki ini,boleh buat saya merasa raya dgn lebih gembira.

Tahun ini,buat pertama kali dlm hidup,saya beraya di tempat orang. Giliran beraya di kampung Arjuna di Rantau Panjang Kelantan. Mungkin itu sbb utama kenapa saya rasa raya saya tahun ni tak sakan kot.Heee...Bukan raya di rumah mertua x meriah. Meriah sungguh. Cuma,bila mengenangkan ibu ayah di rumah pertama kali beraya tanpa anak2 perempuannya buat saya sedih. Lily,adik perempuan saya juga beraya di rumah mertua kerana kebetulan belum habis pantang dan babynya masih dirawat di hospital.

Saya pulang ke Rantau Panjang selepas solat Jumaat. Ingatkan jalan jam,rupanya tidak. Tenang sahaja mungkin sbb ramai org dah mula balik sejak hari Rabu dan Khamis lagi. Hari Sabtu, kami tiga beranak ronda2 di KB. Pun tidak jam. Pelik jugak. Mlm raya, MIL dan SIL sibuk memasak juadah hari raya. Saya ada juga menolong sikit2.Tp agak tbatas la sbb si Qasyaf asik nak menempel dgn saya.Tmbh pulak saya sendri dah boyot sgt ni hah untuk bgerak aktif di dapur.Hehehe..Bunyi mcm alasan yg best kan..Hehe.Tp betul lah..Bila seharian melayan Qasyaf,menjelang petang,dr pinggang ke bawah ni rasa mcm lenguh2 dan cramp!..Penat melepek!..

Raya pertama,awal pg lg siapkan Qasyaf dulu. Tak pergi solat sunat Aidilfitri pun sbb Qasyaf la.Malas nk bawa dia sbb kompem dia akan buat hal kat masjid. Juadah rumah MIL,nasi dagang kuah gulai ikan tongkol dan gulai ayam.(kalo kat Terengganu,nasi dagang mkn dgn gulai ikan tongkol shj)..Ada juga nasi impit kuah kacang,ketupat pulut dan tapai. Semua MIL yg sediakan. SIL tlg2 je.Pagi,sebelum org pergi solat sunat Aidilfitri,saya dulu yg menyantap semua juadah tu. Hehehe...Lepas solat je,rumah dah penuh dgn tetamu. Bduyun2 org dtg. Sekali lg alasan tgh sarat pregnant dan Qasyaf xnak berenggang buat saya xyah susah2 kne basuh pinggang mangkuk kat dapur.Cuma layan2 tetamu je..Hahaha..Kat rumah PIL ni,xde la plak tradisi beratur salam raya mintak maaf sesama ahli keluarga. Bermaafan dan salam2 secara x formal shj. Kat rumah saya plak,bukanlah formal pun. Cuma ada la sesi beratur sapa salam sapa dulu tu. Sambil2 amik gmbr   semua tu.Ptg raya pertama,lps Asar,barulah jalan2 rumah jiran tdekat.Malam melepek kepenatan.

Raya kedua,kebiasaan rumah PIL ni,xde dah juadah special. Juz mkn biskut raya je la. Tak mcm rumah ibu saya,setiap hari dlm minggu pertama raya,mesti ada menu special tuk tetamu yg dtg. Contoh,kalo 1st day dah nasi dagang,2nd day mee kari pulak.Then soto ke..Then nasi ayam ke..Paling koman pun bila juadah utama dah hbs tp tetamu stil dtg sampai mlm,ibu saya akan buat mee goreng. Takdelah kne mkn biskut raya semata2..Jadi,bila kat rumah PIL ni,mak buyong ni mcm kebulur la jgk nk mkn juadah yg bmacam2.. Hahaha..Tu salah satu sbb rasa raya ni x sakan kot..Heee..Raya kedua pun,stil lepak kat rumah tunggu tetamu dtg je.Ptg br jalan2 ke rumah kawan Arjuna yg dekat2.Mcm tu la suasana raya Aidilfitri kat Kelantan kot. Bg saya,x meriah mana. Raya haji baru la berjalan sakan ke sana ke mari sbb kebanyakan sanak saudara yg buat korban,akan buat makan2 dan jemput semua org dtg makan.3 hari raya haji,barulah gi rumah org dan makan,gi rumah org dan makan lg..Raya Aidilfitri ni mcm x sakan sgt la.

Raya ketiga saya dah tak tahan.Apa kes hari raya main duk rumah tunggu org dtg je. Ishk,x seronok betul!..Awal2 pg dah ajak Arjuna keluar ke mana2 la yg boleh la. So,kami tiga beranak pun keluarlah. Mula2 gi rumah kawan2 Arjuna. Then pergi tgk Izni,member lama saya yg baru bsalin. Kemudian sempat jugak pergi wedding Farra,partner katil saya masa kat MRSM . Then pergi rumah kawan2 Arjuna lg. Menempuh jam dan panas...Hahhh,itu barulah raya namanya!.Malam,ada aktiviti BBQ bsama adik beradik Arjuna. Barulah rasa cam terisi skit hari raya saya.

Raya keempat,pg2 lg bsiap tuk balik KT...Yeayy,kita sambung raya di KT plak..Tak sabarnya nk collect duit raya tuk Qasyaf lg sbb kat KT sure bleh gi jalan beraya kat rumah lebih ramai sedara dan kawan2 saya. Tapi,tup2 ibu kol, ckp ibu nak ke Kuantan segera sbb baby Lily kne masuk ICU. Ibu dah bunyi mcm kelam kabut dan sebak. Baby adik saya tu,lahir x cukup berat. Juz 1.7kg je..Mmg belum keluar wad sbb nak pantau berat dia dulu..Then tetiba didiagnos ada penyakit jantung kongenital. Sebelum ni stabil je tp ntah kenapa tiba2,baby asik menangis je..Bila byk menangis,oksigen dlm badan akan drop dan baby tu akan kebiruan.Kne masuk ICU...Ibu mmg dah xle tunggu lama dah. Risaukan cucunya. Kesiankan adik saya jgk sbb sorang2 kat Kuantan tu.(Ya,mmg adik saya ada keluarga mertua kat sana,tp well,u still need ur own mom kan)..So,ibu terus ke Kuantan dgn adik2 saya yg lain.

Saya plak,dah otw blk KT ni,singgah dan join la jugak majlis tunang sepupu Arjuna sekejap...Dalam masa yg sama,Qasyaf dah mula nmpk mcm x sihat. Muntah dalam kereta 2x..Hbs baju daddy..Baju saya x kena sbb saya pandai elak.Heee...Mulanya ingat nak terus ke Kuantan jugak. Tp Qasyaf nmpk mcm x larat sgt. Nangis je. Arjuna pun mcm keletihan. Maka,kami singgah la kuaters kami kat Paka dulu. Rehat2..Basuh baju. Tido semalaman,mkn ubat, pagi Khamis, pagi raya kelima tu,barulah ke Kuantan.Kami x ke hospital pun.Sbb bukannya buleh gi tgk baby tu.Parents je dibenarkan melawat baby dlm ICU. Kami juz lepak kat rumah Lily. Tak buat apa pun. Juz lepak borak2. It a moral support la kan,satu family bkumpul. Takdelah biarkan adik saya suami isteri bdua je layan perasaan sedih dan risau derang.

Malamnya,lps Margrib,saya bawa adik2 keluar pusing2 bandar Kuantan...Lily lepak kat rumah dgn ibu. Ibu tolong barut dan tungku kan dia. Dia baru 14 hari bsalin seh!..Pas pusing2 bandar Kuantan,blk rumah ,terus tido. Tetiba dalam kul 2.30am,ibu kejutkan saya. Ibu bgtau baby Lily kne hntr IJN segera time2 tu jgk. Menyirap darah bila dgr. Terus segar rasa mata ni. Saya pun kejutkan Arjuna. Kami mcm xtau nak buat apa. Adik saya dgn suaminya dah kelam kabut bsiap. Kemudian,hospital kol lg bgtau salah seorang parents baby kne naik ambulan jgk.Kne iring baby.. Masa tu, kesian sgt tgk Lily dan suaminya. Lily dah x ingt dah dia still dlm pantang. Si suami plak mcm org yg xle nak bfikir. Nmpk serabut dan mcm xboleh nak bcakap dah. Derang dua org mcm ingt nk ke hospital tgk baby semata.Lupa dah bnda lain. Pas derang keluar rumah,kami yg melihat ni barulah boleh bfikir skit.Td blur semacam sampai biarkan Lily suami isteri ke hospital bdua je. Lps tu barulah tfikir nak temankan derang. Arjuna pun terus ke hospital dgn adik lelaki saya. Saya dan ibu tunggu dulu di rumah.

Lebih kurang kul 4am,Arjuna dan adik lelaki saya balik rumah. Katanya derang dah btolak ke IJN. Lily naik ambulan. Suaminya plak follow blakang dgn abah dia sendri. So,kiranya kami menyusul pagi soknya la..

Pagi Jumaat tu,kami sekeluarga pun btolak la ke KL. Terus ke IJN. Masa tu blom boleh melawat baby. Tp baby dah stabil. Ceritanya, tiub yg duk dlm mulut baby tuk bantu pnafasan baby tercabut. Org hospital duk pam oksigen tp oksigen x masuk2..Mmg la,dah tiub tu tcabut. Baby x selesa,so,x bhenti menangis la. Bila menangis,oksigen dlm badan drop. Derang duk pam2 lg..Oksigen x masuk2 jgk..Last2 derang kata jantung baby dah teruk,terus ke IJN. Sampai IJN,pakar cek,benda ptama dia buat,buka tiub yg tcabut yg duk dlm mulut tu..Baby selesa. Baby tenang. Terus x nangis. Oksigen dlm badan pun naik semula. Ok. Sgt hampeh kan!

Masa kami melawat baby ptg tu,baby dah ok dah..Juz pakai 1 wayar halus yg lalu hidung tu tuk bnafas. Kata Lily,bersih je nmpk baby sbb kat IJN,derang mandikan baby. Siap mntk bawa showel gel,losyen, bedak bagai. Dan baby kne pakai baju,mitten & booties mcm biasa. Bukan sekadar pakai diapers mcm kat wad hospital kerajaan biasa tu. Bila tgk semua dah stabil, malamnya,kami terus balik Kuantan rumah Lily semula. Lily dan suaminya sajalah yg stay. Lgpun 2 org kakak suaminya mmg duk KL.Kami ni hah yg kne balik kerja,sekolah semua.

Sabtu, ingt nak btolak blk pepagi lg. Tp semua org mcm penat. Bgn lambat. Tgh hari baru btolak balik. Saya ke Paka. Ibu ayah dan adik2 ke KT. Malamnya pulak,ingt nk berehat golek2 atas katil je,ada tetamu la plak. My SIL singgah otw blk KL dr Rantau Panjang. Pagi Ahad baru derang sambung pjalanan ke KL. Saya dah start keje. Hari pertama hari cabutan selepas raya,klinik mmg laku la. Bduyun2 la jgk org dtg nk cabut gigi. Fuhhh,penat!...Begitulah ceritanya minggu pertama Syawal tahun ni. Baby adik saya dah makin stabil. Dah duk kat wad biasa dan kne pindah balik semula ke hospital Kuantan. Juz nak pantau berat badan je la. Bila berat badan dah naik ke tahap yg ideal, baru gi IJN balik tuk wat operation jantung dia. Semoga Muhammad Wafiq AAmily cepat sembuh dan boleh main2 dgn Qasyaf....


Kami tiga beranak di petang hari raya dah..Comot dah...Pagi2 ms cun org ramai sgt dtg rumah x sempat nak bgambar... Ok lah..Itu saja.. Daaaa!!!

7 comments:

  1. Selamat hari raya..

    Abis sudah baca..panjang betul citer raya...

    Dugaan betul syawal awak sekeluarga tahun nie...Harap baby adik awak cepat sihat ye

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya harz!!
    semoga baby adk kau cpt sembuh jgk..
    anyway aku nmpk perut arjuna cm perut kau je nih.oppss.hehehe

    ReplyDelete
  3. kesiannya bila baby kena masuk icu... :(

    ReplyDelete
  4. Smoga adik awak tabah. Slamat hari raye maaf zahir batin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah dh stabil baby dia. psst.. akak nmpk leih comel la pregnant kali nie.. anak pompuan ek? hehe

    ReplyDelete
  6. semoga ur nephew sihat2 je..insyaallah..kesian kecik2 da kena tahan wad bagai..huhu~

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)