Saya ada kerjaya. Kerja kerajaan. Terikat peraturan
kerajaan. Masuk kerja pukul 8am, balik pukul 5pm. Tapi saya juga seorang mommy.
Sebagai mommy yang bkerja, saya menyerahkan kepercayaan menjaga anak2 saya
sementara saya bkerja kepada babysitter. Saya perlu percaya pada babysitter.
Saya perlu yakin pada babysitter. Selebihnya,saya serah pada Allah. Sentiasa
berdoa semoga anak2 saya dijaga dgn baik. Dgn penuh kasih sayang. Mcm anak
mereka sendiri.
Qasyaf tiada masalah. Babysitter Qasyaf sayangkan dia mcm
anak sendiri. Kadang kala,saya pula yg dipesan supaya jaga Qasyaf begitu
begini. Dulu,masa tahu saya preknan lagi,awal2 lagi mmg saya plan nak hantar
Qisya kpd babysitter yg sama dgn Qasyaf. Biar 2 beradik tu duk dgn Mak Ti
(panggilan Qasyaf pada babysitternya). Awal2 jugak,saya suarakan keinginan saya
tu. Masa tu,babysitter Qasyaf senyum je.
Tapi,suatu hari,dia ajak saya masuk bsembang lama dgn dia.
Katanya,dia xnak jaga Qasyaf dah. Dia kan xde anak. Umur nak dekat 40 dah.
Selama ni dia bukan abaikan usaha tuk dapatkan anak. Cuma kali ni,dia nak lebih
bsungguh2 katanya. Katanya lagi, dia nak berubat kat Kedah sbb org kata kat
sana ada satu klinik yg bjaya buat org preknen. Sambil menangis babysitter
Qasyaf mintak maaf dgn saya. Dia bg dateline sampai saya bersalin je. Lps
tu,xnak jg Qasyaf dah. Saya,mulanya saspen jugak. Tp masa tu fikirkan lambat lg
nak bersalin, dan bila dah bersalin pun,3 bulan saya cuti,rasanya sempat la
cari babysitter lain.
Lepas bersalin, saya x focus sangat soal nak cari
babysitter. At the same time,babysitter Qasyaf selalu jugak kol tanya khabar
Qasyaf. Dia selalu rindukan Qasyaf. Ini petanda baik ni. Saya ada peluang tuk
hantar Qasyaf kat dia lg. At the same time jugak, sejak saya bersalin,Qasyaf
asik demam je. 40 hari saya berpantang,40 hari jugak Qasyaf demam. Siap xde
selera makan. Batuk,selsema,muntah,cirit birit,semua Qasyaf sapu. Risau. Balik
je kuaters kami lps tempoh bpantang tu,kami ke rumah babysitter Qasyaf. Kami cerita
pasal Qasyaf sakit2 tu semua. Kami suami isteri pujuk babysitter Qasyaf,mintak
dia jg Qasyaf balik. Dia ckp,ok lah,dia akan jaga Qasyaf sementara kami dapat
babysitter baru. Masa tu,saya kan baru lps pantang. Baru nak duk sendri balik.
Tak biasa lagi jaga 2 baby sekaligus tanpa ptolongan ibu. Jadi,masa Arjuna gi
kerja,Qasyaf duk dgn babysitter dia la. Saya kat rumahdgn Qisya. Tak
apalah,kalau dua2 dgn saya,saya takot x dpt bg phatian sepenuhnya. Lagipun
Qasyaf baru pandai nak bjalan. Lebih selamat dan terjaga kalau dia duduk dgn
babysitter dia. Dan saya betul. Lps duk dgn babysitter dia,Qasyaf sihat semula.
Ada selera balik malah btambah2 seleranya. Syukur.
Dari semasa ke semasa, saya mintak la babysitter Qasyaf tu
carikan babysitter baru tuk Qasyaf dan Qisya. Sbb dia kan org tempatan. Mungkin
dia tau sapa2 nak jaga baby kan. Tp,dia pulak cakap, Qasyaf x akan nak dgn org
lain punya. Qasyaf mmg akan menangis meraung kalau org yg x kenal amik dia.
Even kalau nak dukung sekejap pun dia x nak. Pulak dah. Haishhh,babysitter
Qasyaf ni agaknya,dah saying sgt kat Qasyaf. Tak nak jaga. Tapi nanti kang
rindu. Haha. Last2,sampai sekarang, Qasyaf still duk dgn Mak Ti dia dan makin
manja dgn Mak Ti. Senang hati saya. Kisah babysitter Qasyaf nak berubat kat
Kedah tu sampai sudah x tau ceritanya..Heee...
Ni tentang babysitter Qisya pulak. 1st candidate
yg babysitter Qasyaf tolong carikan dulu,x menepati citarasa kami. Orgnya muda
sgt2. Dlm awal 20an kot. Tak pun x sampai 20 thn. Tp,budak tu dah biasa jg baby
katanya. Kami kurang bkenan,sbb dia duk rumah sewa. Rumah kampong yg sgt la
daif. Saya bukan nak menghina. Saya pun faham. Budak tu baru kawen. Baru nak
belajar hidup sendri. Rumah sewa kat Paka ni buka murah. Yang diorang
duduk,yang sangat daif tu pun dah RM200 sebulan. Saya faham tu. Tp ye lah. Ko
nak tinggal anak ko dgn org kan. Biarlah tempat yg elok sikit. Bukan nak
tinggal sehari dua. Kalau jaga elok,mau jugak 2,3 tahun sebelum masuk taska
kan. So,kami rejek calon ptama tu.
Susah jugak nak cari babysitter kat Paka ni. Yang dah jaga
2,3 org budak tu,ramailah. Tapi saya nak yg jaga anak saya sorang je. Dlm masa
yg sama,kami pujuk babysitter Qasyaf suh jaga Qisya jugak. Babysitter Qasyaf
ckp,bukan dia x nak,tp dia takot x sempat. Qasyaf tu manja. Nak konker Mak Ti
sorang2. Even kalau anak sedara Mak Ti dtg rumah pun,Qasyaf xnak turun dr
dukung Mak Ti. Nak konker sorang2. Haishh..Saya xnak la paksa babysitter
Qasyaf. Karang dgn Qasyaf sekali dia xnak jg.
Saya mntk tolong staf klinik carikan babysitter lain tuk
Qisya. Jumpa la sorang ni. Agak jauh jugak la dr rumah saya. Tp xpelah. Kakak tu pandai bcakap. Baik je semua yg
didengar. Kami pun amik keputusan hantar Qisya kat situ. Qisya ni,langsung xde
masalah. Behave sgt. Kalau dia x tido,kita nak masak,tinggalkan dpn tv pun xpe.
Jaga Qisya,beres je kalau nak buat kerja rumah tu semua. Ok je. Cuma bab minum
susu kot botol la parah sikit. Kne bjoget sakan,puji melambung suh dia hisap.
Dia hisap la jugak sikit2 sekadar basahkan tekak. Jadi,saya tpaksa berulang
alik ke rumah babysitter tu tuk susukan Qisya. Hari kedua saya hntr Qisya,waktu
tgh hari masa nak pergi susukan dia,babysitter Qisya sms saya suh blikan dia
topup RM10. Ok la. Saya pun belikan. Sampai je rumah dia,dia nak bayar,saya ckp
xyah la. Alaaa,RM10 je pun. Saya mmg ikhlas.
Maka,begitulah,saya berulang ke rumah babysitter Qisya. Tgh
hari je pergi menyusu. Bila duk sembang tiap2 tgh hari tu,mula la keluar cerita
macam2. Babysitter Qisya ckp,dia boleh je nak jaga 4 baby sekaligus. Tp husband
dia x bagi sbb mlm dia akan keletihan. Dia pernah la jg 4 baby sekaligus dulu.
Pastu,dia kurangkan pada 3. Pastu kurangkan pada 2 org. Katanya dah 5 tahun
jadi babysitter. Dah ramai sgt duk dgn dia. Mmg jaga baby ni sumber pendapatan
tambahan la tuk dia suami isteri.
Borak2 lagi. Dia cerita itu ini. Tetiba dia cerita pasal mak
budak yg dia jaga sblm ni,bkira soal mkn anak2 katanya. Tak bekalkan makanan
tuk anak pun. Hari2 mkn nestum. Dia la yg buatkan bubur ke apa. Haishhh,saya ni
jenis pantang sikit kalau dgr org cerita blakang pasal keburukan org lain.
Lagi2 kalau org tu saya baru kenal 2,3 hari.
Lain lah kalau kita mmg kenal. Tu pun x patut kan. Saya mmg x suka. Even
kalau staf bcakap buruk tentang staf lain pun saya x suka. Sbb,saya fikir,kalau
dia boleh ckp buruk tentang org lain pada saya,dia jugak boleh ckp buruk
tentang saya pada org lain kan. Tp saya abaikan saja. Sbb manusia ni ada mcm2
kan. Lantak lah. Asal Qisya elok sudah.
Then,pada hari ke berapa ntah,babysitter Qasyaf sms mintak
nak pinjam RM50 sbb xde duit nak buat belanja rumah. Dia ckp,nnti bila bayar
gaji,tolak lah terus. Ok,RM50 je. Bukan RM500 kan. Its about money ok. For some
people mmg x kisah. Saya juga x kisah. Tp dlm hati ini ada rasa tidak sedap.
Dia baru kenal saya bbrp hari. Dan suami dia kan kerja. Takkan xde duit
langsung untuk btahan tunggu saya bg gaji juz 4,5 hari sj lg. Sbb saya biasa
bayar babysitter 30 haribulan setiap bulan. Dan mmg dah niat saya,walaupun x
sampai sebulan,saya tetap akan byr babysitter Qisya ni penuh. Tapi saya buang
rasa x sedap hati saya tu jauh2. Cuba ikhlaskan diri nak tolong org. Saya bagi
terus RM300 kat dia. Saya ckp,xpelah,kira gaji awal la. Dlm hati,ada jugak rasa
kesian. Org dah jaga anak kita kan. Tak yah la bkira sgt. Lagipun,mmg nak bg
upah dia pun kan. Duit tu dah mmg diasingkan tuk byr dia. Takpe. Pujuk hati
sendri walaupun,kawan2 kat group bg mcm2 pandangan. Hey,rupanya org sgt sensitif
bila soal duit ni kan..Hehe..
Esoknya,pagi,saya hantar Qisya mcm biasa. Dan saya tnampak
suami dia merokok dalam rumah. Sori to say,saya anti perokok. Dan merokok dlm
rumah? Ntah2 selama ni,Qisya dah bnyk sedut asap rokok. Nauzubillah!. Saya
pergi kerja mcm biasa. Tapi dlm hati dah x tenang. Dlm kepala fikir mcm2. Terus
kol ibu. Mulanya xnak cerita la bab pinjam2 duit ni. Tapi dah susah
hati,tkeluar semua cerita bab dia pernah ckp buruk pasal org lain,bab pinjam
duit,paling haru bab hisap rokok dlm rumah. Susah hati sgt2. Ibu suh cr babysitter
lain. Tang tang tu jugak saya kol sana sini mintak kawan2 tolong carikan babysitter
baru. Nak mintak tolong staf klinik,segan pulak. Hari tu derang dah tolong
carikan merata. Dah jumpa nak tukar. Ni nak mintak tlg cari lagi,mesti org akan
tny kenapa. Dan Paka ni kecik je,bila misi2 bcakap kang,merebak2 kepada org
lain,susah plak. Saya siap kol pembuat kek lg..Haha..Saya dah bbrp kali dah
tempah kek,pavlova,durian crepe dgn dia ni. Kenal melalui urusan jual beli tu
je la. Tp dah tdesak,mintak tlg jgk dia carikan sbb dia org tempatan ni je.
Haha.
Last2,kerani saya bagitau,kawan kakak dia yg mmg dia kenal
rapat tgh cari ada x sapa2 nak suh jaga baby. Sblm ni org tu duk Dungun. Pernah jaga anak cikgu. Skang dah pindah Paka. Dah biasa jaga baby,so,nak jg baby jugak la duk Paka ni..Terus saya kol org tu,ptg tu
jugak pergi rumah dia dgn Arjuna tuk bkenalan. Terus kompem nak tukar
babysitter.
Macam2 alasan yg saya fikir tuk bg kat babysitter Qisya tu.
Yelah,mmg la saya nak tukar babysitter sbb husband dia merokok dlm rumah.
Tp,kita ni hidup bmasyarakat. Nak jg hati org. Tak nak org bawa mulut cerita
buruk pasal kita kan. Owhh,sign of aging la ni. Dulu,saya jenis x kisah apa org
nak kata. Lantaklah. Skang tidak lagi. Heeee.... Makanya,Qisya duk dgn
babysitter yg 1st tu juz 9 hari sahaja. RM300 tuk 9 hari.
Takpelah,rezeki dia la tu.
Tapi kan bila difikir balik, bnyk jugak yg x best pasal
babysitter Qisya yg 1st tu. Sekarang kan musim hujan. Susah jgk la nak turunkan anak dr kereta bawa
masuk rumah babysitter. Or dr rumah nak masuk kereta. Babysitter Qasyaf,akan dtg amik kat kereta dgn
payung. Dan dukung hantar ke kereta berpayung jugak,or saya dukung,dia
payungkan. Babysitter Qisya yg baru ni pun mcm tu jugak. Tp babysitter Qisya yg
1st,dia tunggu je kat pintu rumah. Saya la yg tkial2 keluar bpayung
dgn Qisya.
Satu lagi, saya biasanya amik Qisya dulu. Bila sampai rumah
babysitter Qasyaf tu,Mak Ti Qasyaf selalu tny,adik ni mandi sekali je ke? Len
bg baju sepasang je ke kat pengasuh. Eh,xla. Saya bg 2 pasang mcm Qasyaf la.
Mcm x mandi ke anak aku? Kesian. Haha..
Hurm,xpelah. Semua dah lps. Qisya duk dgn babysitter baru
dah sekarang. Hari ni,dah 4 hari la dgn babysitter baru. Harap2 kali
ni,bkekalan mcm Qasyaf la. Harap2 dijaga,dibelai mcm Qasyaf la.
Kepada babysitter yg kot2 tbaca blog ni,tolong la jaga
amanah seorang ibu tu dgn baik yea. Semoga Allah jua yg membalas jasa baik
kalian.
*eh,panjang la plak entry ni..heee...daaa!!!
*eh,nnti, layan pic buah hati mommy ni jap..Pic mlm td..Masing2 tido lambat..
Blur plak dah. Masing2 tutup mata.
Heyyy..nape picit mulut adik?!!!
Lorrrr,isap jari plak dah Qasyaf ni...
Qasyaf buat muka manja..Hahaha..Ttp nak overshadow adik. Apalah Qasyaf ni..Haha
Dua orang anak mommy yg mommy sayang...Bila besar baca blog mommy tau...Haha
Thats all for now....Daaaa!!!