kita2.... ;-p

Thursday, January 10, 2013

Bagaimana rasanya tinggalkan anak?

Tidak tidur bersama anak?

Haishhh,fikir pasal tu pun rasa susah hati. Mcm mn nak menghadapinya.
Sepanjang hayat Qasyaf, dia hanya pernah ditinggalkan selama 3 malam. Itu pun sebab saya bersalin. Saya tinggalkan pada ibu. Petang2 dia dtg melawat saya di wad. Sebok nak naik atas katil nak peluk mommy. Masa tu ok je. Bila nak balik,elok je baibai mommy. Ingatkan boleh kurus sbb rindukan mommy. Rupanya makin gemok,ibu suap makan suap susu setiap masa. Haha..

Ni,esok saya nak tinggalkan Qasyaf buat kali kedua dan tinggalkan Qisya buat kali pertama. Nak tinggalkan Qisya yg rasa parah sikit ni...Qisya belom pun 4 bulan lg... Siang2 xde hal kot. Mlm tu yg dia asik nak melekap pada mommy...Adeh,risau bila fikir. Takut dia meraung cari mommy je. Boleh ke ibu handle?..

Mesti korang ttanya,nak tinggalkan bp lama?

Nak gi mana?

Hurmmm.....

Heeee...Nak tinggalkan 1 malam je.

Chehhh,kepoh...1 malam je ponnn..Org lain tinggalkan bminggu2 bbulan2 x bising pun..

Itu org lain ok. Ni Harzharun. Pemilik blog ni. Heeee....

Ada something yang saya perlu buat utk merealisasikan azam no 1 2013..Nak kne turun KL dis wiken. Mulanya,plan nak bawa ibu. Nak suh jaga Qasyaf & Qisya sementara saya buat kerja saya. Dan Arjuna kne teman saya. Plannya,nak sewa 2 bilik hotel la.Dah siap survey bilik tepi pool bagai sbb kalau bawa ibu,bmakna,kne bawa adik,bmakna kne la entertain adik bongsu ku tu sbb ibu kan akan sibuk dgn Qasyaf & Qisya nanti adik badmood. Tup tup ibu ckp,xyah la bawa anak2. Nak pergi semalaman je pong. Qisya pun dah pandai hisap botol,tinggal je kat rumah ibu. Tak yah berangkut semua.

Hurmmm..So,tinggal la kot diorang. Kne btolak lambat sket la kot baru mommy x rindu derang..Ya,saya risau saya yg rindu diorang sebenarnya....







Ni sebahagian stok ebm Qisya. Sepatutnya,yg diperah dulu,kne guna dulu. Tp,sebelum2 ni,kalo simpan,saya simpan dlm storage bag. Mlm,turunkan dr peti beku ke peti bawah. Pagi,dah cair semua,baru masukkan dlm storage botol ikot sukatan 3oz setiap satu. Tp,xnak la susahkan ibu. So,untuk minggu ni,saya perah,terus simpan dlm storage botol 3oz setiap satu..Ibu tinggal panaskan je nanti. Masa tinggalkan Qisya,guna ebm yg minggu ni punya dulu la.

Qisya juz minum 4 botol 3oz dr pukul 7.30am-5.00pm setiap hari masa kat rumah bs. Tu pun kadang2 x habis. Agak2,kalo saya tinggalkan 20 botol 3oz cukup x?..Plannya nak btolak pas solat Jumaat balik plak ptg Sabtu...Mebe Sabtu mlm dlm kul 11pm sampai rumah kot.

Nebes plak rasanya nak tinggal Qisya ni. Huuuu..Qasyaf ok kot...Nanti mommy distract dia dgn beli toys baru..Nak beli apa ek?..

Alahai...nanti rindu budak ni.....
 
Dan rindu budak ni jugak!

6 comments:

  1. owh abg qasyaf ensom:D
    relax mommy.insyaallah dorg ok je.err pndai aku cool down kau.klu aku pn rsenye meroyan jgk.kahhhh

    ReplyDelete
  2. comel beby qisya..abg qasyaf ensemm..hihi..mmg camtu kan perasaan nk tinggalkan anak walaupun satu hari..insyaallah semua ok..saya pun anak dah nak masuk setahun..xpernah lagi tinggal..kalau kene outstation xtahu lah camne.. =)

    ReplyDelete
  3. tinggal dgn ibu ok kot :)
    kene la belajar dr skrg, nnt nk merealisasikan azam 2013 cmno nnt kalo asik x sampai hati..
    hehehe

    ReplyDelete
  4. lama plak x balas komen kawan2 kan..hihi...sori sgt..x sempat...hr ni free,boleh balas...

    yumie,ko x pernah tinggal jugak ek?..cuba try skali..hehe..

    mama ila,tu la pasal!..sejak qasyaf ada,i xpernah lak kne outstation jauh2...plg tidak,kne kursus kat KT..org duk hotel,i plak,hbs program mlm,i lari balik rumah my mom tido dgn qasyaf..hee...

    farrah..u bleh teka x apa azam no 1 tu?..hihi

    ReplyDelete
  5. oii, aku tinggal anak 3 minggu kot gi induksi. jangan cerita lah bengkak breast aku plus rindu. tapi BS aku selalu pesan jgn terlalu rindu or ingat sgt. sbb kalau kite rindu anak dapat rasa. tu yg kadang diorg meragam taknak makan minum or tantrum! :)

    ReplyDelete
  6. bagaimana rasanya tinggalkan anak?

    -rasa nak demammmmm!! :P

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)