Kepada ibu yang bekerja, saya nak tanya sesuatu.
Anda pasti 1st step anak anda adalah betul2 1st stepnya?..Bukan dia dah melangkah buat pertama kali di rumah babysitternya?
Anda pasti, sebutan mama anak anda adalah untuk anda?..Bukan untuk babysitternya?
Anda pasti setiap makanan yang masuk ke mulut anak anda?
Anda pasti banyak mana berak kencingnya setiap hari?
Anda tahu dia sudah boleh membilang satu sampai sepuluh atau one two three?
Anda tahu berapa kali dia jatuh dan menangis setiap hari?
Rugi kan, menjadi ibu yang bekerja.
Saya sendiri tidak dapat menjawab semua soalan tadi. Cuma, yg saya pasti,1st step Qasyaf adalah di depan mata saya sbb masa tu saya tak bekerja, cuti pantang beranakkan Qisya,jadi Qasyaf 24/7 dgn saya.
Semenjak kebelakangan ni, saya rasa saya sangat sibuk. Hari bekerja, mcm biasalah. Ni soal hari minggu. Sgt jarang rasanya kami lepak di rumah bila hari minggu. Kalau tak ke mana2 di hari minggu,sbbnya saya kne standby oncall. Jadi,hari minggu pun sibuk jugalah..
Kelmarin dan semalam, barulah lapang.. Hari minggu yg lapang yang ditunggu2. Jumaat Sabtu lepak golek2 kat rumah je. Jumaat Arjuna ada. Semalam, dia join autoshow, saya malas nak ikot sbb cuaca panas..Baik rehat di rumah dgn anak2.
Bila bertiga je dengan anak2, baru saya dapat discover, banyak perkembangan Qasyaf yg saya tertinggal..Sedih!...
Bukan saya x bersama Qasyaf sebelum ni, cuma, bila ada interuption dr daddynya, tok ibunya, chudiknya, banyak benda yg Qasyaf tak tunjuk. Dia asyik tunjuk manjanya je..
Semalam baru saya sedar, Qasyaf dah boleh membilang satu dua tiga. Walaupun pelat, saya tau dia sedang membilang.
Semalam baru saya sedar, Qasyaf fasih je sebut mommy..Selama ni, dia saja buat tak nak dengar bila kita ajar.
Semalam baru saya sedar, Qasyaf dah boleh sebut duduk, nak,malah bnyk arahannya,walau pelat,saya dapat tangkap apa yg dia nak kata..Ya Allah, Kau permudahkanlah anakku bertutur....
Semalam baru saya sedar Qasyaf sangat kedekut dgn barang permainannya..Pantang adik pegang,dia akan amik dan simpan. Sampai bersih satu ruang tamu dia kemas toys sbb xnak bagi adik main..Haha..
Rugi kan jadi ibu bekerja.
Hurrmmm,itu kerugian dari satu sudut.
Tapi,percayalah, ibu bekerja dapat tolong suami tampung pendapatan keluarga.
Ibu bekerja dapat sediakan pakaian yg lebih elok kpd anak.
Ibu bekerja dapat sediakan permainan yg pelbagai untuk anak.
Ibu bekerja dapat sediakan tabungan masa depan yg lebih kukuh untuk anak2.
Percayalah, Allah dah tetapkan rezeki untuk kita.
Jangan gusar. Pergi sajalah kerja..Selebihnya serah pada Allah.
Cuma,banyakkan luangkan masa dgn anak.
Jangan bawa balik kerja ke rumah.
Lapangkan hari minggu.
Bermanjalah dgn anak.
Selagi diorang masih kecik ni..
Budak ni, pantang tgk seat driver kosong..Cepat je dia pergi pulas stereng..Kalau pulas stereng saja takpe lagi,ni siap buka lampu kete, tekan sana,tekan sini..Paling dia suka,buka ekon tahap max,pastu tadah muka dia kat ekon...
Pastu, semua benda kepunyaan dia nak bawa masuk main dlm bilik..Buat semak bilik je..Bila naik motor dia tu,tak reti sgt nak konar2...Kita plak yg kne alih barang2 nak bagi dia lalu...Baru ni, daddynya baru beli kerusi makan..Alaa,high chair tu la..Amik ko,siap tolak high chair tu nak bawa masuk bilik..Banyak ensem muka anak mommy..Haha...
Skang, dah pandai nak buat sendiri semua benda dah..Nak makan sendiri..Nak minum guna gelas org besor,sendiri..Nak gosok gigi sendiri...
Satu lagi,pandai bagitau bila kencing..Bukan bagitau nak kencing,dah kencing baru bagitau..Hari tu,dia bogel, daddy tgh cari baju nak pakaikan kat dia,sekali mommy yg tgh make up ni dgr dia ckp "cing cing"..Rupanya dah kencing...Alahai..
Berak pun bagitau..Cuma x sebut..Caranya,tunjuk bontut,pastu tutup hidung ckp "chuk"...Maknanya dah berak dlm pampers dan bau busuk la tu..Kahkah...
Ni piala daddy menang semalam..Lagi tinggi dari Qasyaf..Tu yg Qasyaf heran..Sekejap je herannya..Pastu dia ketuk2 ke lantai..Berdesup daddy amik piala dia simpan tempat selamat...Haha..
Paling tak tahan, asik nak riba adik...Nak iom adik...Panggil adik bukan main lembut...
"Adiiiikkkkk, aceeehhhh"...Lepas ciom adik dua tiga kali,pok,lepok muka adik..Sian sgt kat adik...Kadang2 adik pejam mata je ,x nangis pun..Adik dah kebal..
Walaupun dah besar, Qasyaf tetap manja..Sangat manja compare to adik. Pandai sangat berlakon menangis berderai air mata..Bila time ngantok, elok plak time tu adik dah tido, dia suka sgt la mommy peluk2 ciom2 dia sambil dia kelebet2 muka mommy...Kalau mommy kne bf adik,dia cari daddy...Dipeluknya daddy,diciom2..Alahai Qasyaf....
Itu sajalah kisah Qasyaf yg dah 19 bulan...
Daaaa...




haha..budak makin bijak camnilah..
ReplyDeleteentry yg memberi sy smgt utk bekerja hr ini..pg isnin..pagi penuh dgn drama swasta bila nak hantar rumah bs..berjurai2 air mata..sabar je la..serahkan pada Allah..Amin.
ReplyDeleteansuran pun boleh?? macamna tu ye?? bleh tak email kat saya bucuk80@gmail.com kalau tak keberatan.. tq :)
ReplyDelete