Bukan pada blog, rindu hendak bermonolog meluah rasa sebenarnya.
Banyak yang berlaku dalam kesibukan menghirup udara tuhan.
Sibuk menguruskan rezeki pemberian tuhan, sehingga kadang kala lupa pada Pemberi rezeki itu sendiri..Astagfirullah....
Malam tadi, dalam perjalanan, singgah di sebuah masjid untuk solat jamak dan qasar. Sebelum ini pun selalu singgah. Cuma malam tadi, singgah kebetulan betul2 baru masuk waktu solat isya'. Saya solat sendiri. Atas alasan musafir,saya mahu cepat, anak2 menunggu di kereta. Mendengarkan jemaah lain bersolat jemaah,iman mengalunkan ayat suci dengan indah,sekilas terdetik di hati, sudah lama diri ini tidak bermunajat kepada Pencipta. Sudah lama tidak sama2 menjadi jemaah rumah Allah. Solat di rumah pun hanya yang wajib. Alasannya anak. Sesungguhnya anak itu rezeki. Dan rezeki adalah ujianNya. Astagfirullah. Sungguh kerdil diri ini.
Saya sedang usahakan azam no 1 tahun ini. Ke hulu ke hilir curi masa menguruskannya. Ada waktu, anak ditinggalkan. Ada waktu dua permata hati itu saya kendong. Alhamdullilah, syukur, Arjuna banyak membantu. Malah, terlalu banyak sokongan yg diberikan. Azam saya bukan kecil dan bukan mudah. Terima kasih Arjuna kerana menjadi tunggak di belakang isterimu.
Ada kawan baik bercerita, dia mendapat layanan paling istimewa di hari lahirnya. Sambutan, hadiah. Kelihatan sungguh bahagia dan bertuah. Malah sangat romantis. Seakan drama tv dan novel yang kita semua suka tonton suka baca. Tipu jika saya kata saya tak mahu dilayan begitu. Tapi, apabila seorang lagi kawan baik bercerita, suami tercinta bermain asmara dengan wanita lain, luluh jantung ini mendengar. Dan perasaan syukur datang tiba2. Walau Arjuna tidak pandai bermain kata, tidak reti merai hari lahir, saya bersyukur kerana setiap malam dia bersama saya dan anak2. Saya bersyukur kerana dia bantu mandikan anak2. Saya bersyukur kerana dia ringan tangan menolong di dapur. Saya bersyukur dia sentiasa di sisi.
Saya sendiri seusaha mungkin, mendidik diri ini supaya menjadi isteri solehah untuknya walau kadang kala hati ini cepat marah, mulut ini cepat melenting. Saya mahu jadi isteri terbaik. Sentiasa cuba mencantikkan diri untuk suami. Dua tiga hari ni, mula terfikir soal kecantikan dari dalam. Konon mahu merawat tubuh dari dalam. Saya tidak malu bertanya sana sini. Pelbagai tips saya perolehi. Semoga usaha untuk bahagiakan suami ini mendapat berkat. Siapa yang tidak mahu cantik kan. Semua org mahu cantik. Tapi, niat mesti betul. Mahu cantik untuk suami. Yuk, sama2 kita usaha.
Dan alhamdullilah, rezeki kami sekeluarga bulan ni memang murah. Pendapatan Arjuna meningkat. Semoga kami tidak lalai dengan rezeki Allah ini.
Akhir monolog, lihatlah anugerah Allah di sekeliling saya. Alhamdulillah..Syukur..
Allah anugerahkan suami yang tidak kekok melayan kerenah anak. Kalau makan, Qasyaf memang akan duduk sebelah daddy. Mommy pula, layan Qisya.
Allah anugerahkan persahabatan yang tidak putus. Siapa kata kami tidak pernah bergaduh terasa hati?.Tapi kami kawan baik kan.
Allah anugerahkan anak yang comel. Yang senyuman paginya boleh buat mommy tidak mahu pergi kerja.
Allah anugerahkan anak yang baik yang tidak menyusahkan mommy.
Allah anugerahkan anak yang bijak. Yang perangainya mengajar mommy erti sabar.
Allah anugerahkan anak yang pandai. Yang sikapnya buat mommy mahu ketawa.
Syukur ya Allah...Dekatkan lagi aku padaMu...
alhamdulillah atas anugerah yang u dapat. i belum dapat yang satu tu je lagi. anak :')
ReplyDeletealhamdulillah.. btul.. kadang2 kita lupa untuk bersyukur.. suka membanding bandingkan hidup kita dgn orang lain...
ReplyDeletealhamdullillah..moga2 kita semua terus bersyukur menumpang nikmat yg Allah beri..thanks harz byk mengingatkn etty jugak..
ReplyDeleteAlhmdulillah..sempurna hidup harz, ada suami,anak-anak, sahabat, ada ibu ayah & adik beradik yg x lokek membantu..tak semua org diberi nikmat ini..tahniah ye :-)
ReplyDelete