Ya,saya letak jawatan...
Dengan lafaz bismilahhirrahmanirahim, saya letak jawatan sebagai pegawai pergigian Kementerian Kesihatan Pergigian Malaysia.
Dan saya akan meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan menceburi bidang perniagaan pula.
Bukan jual korset PB yea (owhhh,ko ingat aku tak teringin jd mcm dealer PB boleh gilir pakai LV dgn Chanel setiap hari..heee), tp in shaa Allah, saya akan memiliki sebuah klinik di bawah nama sendiri.
Ini bukan tentang wang semata2..Kalau tentang wang, lebih baik jual korset PB. Modal x banyak,kalau usaha sungguh2 x kira masa dan tempat,dalam masa setahun dah boleh pakai LV Vernis Alma kot...(Teringin jugak,tapi saya xde kemahiran jumpa customer,promote jual barang gitu..Poor me..)
Ini tentang merubah kehidupan. Hidup saya bukan tidak baik. Hidup saya sangat baik. Malah saya berada di zon selesa. Pagi, hantar anak2 ke rumah pengasuh yang baik,petang amik anak2 dr rumah pengasuh, mereka sentiasa berada dalam emosi gembira, masak untuk suami, makan sama2,tiap malam kami empat beranak habiskan masa atas katil,depan tv bergurau senda. Sesekali ubah angin,makan malam di luar. Sesekali curi masa pergi bercuti,paling tidak balik kampung ziarah ibu ayah, ma abah.
Hidup saya sangat baik. Tempat kerja hanya beberapa langkah dari rumah. Begitu juga dgn Arjuna. Sesekali,kami suami isteri amik masa lapang waktu tengah hari untuk makan bersama. Kami gembira,kami selesa.
Kewangan juga tidak membebankan. Boleh menyimpan,boleh hulur pada org tua,boleh belanja adik2.
Jadi,mengapa saya mahu keluar dari zon selesa ini?
Saya punyai sebab tersendiri.
Saya tidak biasa tidak punyai matlamat dalam hidup. Dulu,masa sekolah, saya sentiasa ada matlamat. Masa sekolah rendah, mahu cemerlang dlm UPSR. Masa sekolah menengah rendah, mahu cemerlang dlm PMR..Kemudian SPM..Kemudian berusaha untuk grad tepat masa sewaktu di universiti. Sentiasa mempunyai matlamat. Sesuatu untuk dikejar. (Lepas belajar,matlamat cari suami pulak..kahkah)...
Tapi,di sini,dgn kerja di kerajaan ni,saya tak punyai matlamat. Hanya mengikut arus. Rutin semata2. Tiada apa yang perlu dikejar selain KPI yg tak pernah habis dan sentiasa berubah. Bosan!..Ya,mudah kata adalah saya bosan!..Bosan buat benda yang sama. Sudah 6 tahun saya mengulang buat benda yang sama. Setiap hari..
Saya sudah cuba untuk sambung belajar. Saya dah temuduga untuk sambung belajar. Saya hampir berjaya. Tapi, mungkin sbb salah sistem. Mungkin salah birokrasi..Tiba2 semua senyap begitu saja. Saya malas untuk mencuba lagi. Bukan putus asa, malah saya sentiasa melihat diri saya sebagai pegawai pakar. Yg sentiasa ada kajian terbaru,yang selalu berada di podium di persidangan saintifik membentangkan penemuan terkini. Tapi,jika saya mencuba lagi,memohon untuk sambung belajar,menunggu keputusan,semua tu akan amik masa yang lama. Semangat nak belajar tu pun dah hilang ntah ke mana. Yang ada hanyalah bosan!..
Sebab tu saya perlu berhenti, dan mencorak perjalanan mencari rezeki saya sendiri. Dan saya harap,jalan yang saya pilih ini, boleh merubah sesuatu dalam hidup saya yang tak akan dpt saya kecapi jika saya terus bertahan di kerajaan.
Saya harap,dengan membuka klinik sendiri,saya mampu menguasai masa dgn cara sendiri. Bukan terikat dgn mesyuarat yang panjang berjela sampai terlambat dari mengambil anak2 dari rumah pengasuh. Bukan terikat dgn arahan bos supaya menghadiri kursus sampai meninggalkan anak2 sampai 2,3 malam. Bukan terikat dgn jadual giliran oncall sampai tpaksa mengangkut anak2 dan suami menemani saya ke hospital jam 2,3 pagi. Biar saya yang menjadualkan hidup saya. Bukan sistem,bukan jabatan,bukan bos.
Saya harap dengan membuka klinik,saya boleh pantau perkembangan anak2 dgn lebih kerap dan dekat. Dalam kepala ni,dah merangka macam mana nak jaga anak nanti. Mungkin Qasyaf dan Qisya tak perlu pergi rumah pengasuh lagi selepas ni.
Saya harap dengan membuka klinik, jika ditakdirkan ibu ayah jatuh sakit (nauzubillah...Ya Allah,sihatkan mereka sentiasa) bila dah tua nanti, saya langsung tak kisah tinggalkan kerja tuk jaga mereka. Sbb jika klinik saya berjaya,kewangan kami sangat kukuh,saya tak berkerja pun xpe. Kesedaran ni saya dapat masa FIL jatuh sakit hari tu. Anak2 FIL kerja kerajaan. Berapa lama sgt la boleh amik cuti. Habis cuti,masing2 kne balik kerja. Masa ni,semua menangis sebak nak tinggalkan FIL kat kampung,tmasuklah Arjuna. Menangis2 mereka anak beranak. Tak kerja x boleh. Kita terikat dgn kerajaan. Nak amik cuti tanpa gaji,sampai bila?Nanti x mampu nak sara hidup pulak. Masa tu lah saya tanam azam. Saya perlu teruskan niat saya untuk berhenti kerja kerajaan. Saya ada kemahiran profesional. Saya boleh guna kemahiran profesional saya ni sebagai satu perniagaan. Saya boleh kerja keras untuk masa ini. Sebagai bekal pada masa depan. Pada masa ibu ayah perlukan saya nanti... Jika saya tak kaya sekalipun, tak mewah sekalipun, saya tetap tak ralat sbb saya mengusai masa. Siapa peduli jika saya tutup klinik sbb nak jaga ibu ayah. Saya tak terikat dengan sesiapa kan...
Dengan sokongan Arjuna, saya teruskan. Ia bukan mudah. Kami akan jauh sbb Arjuna masih berkerja di tempat asal. Ia bukan mudah sbb perniagaan ni memerlukan modal yang besar beratus ribu dan saya akan dikelilingi dgn hutang. Ia bukan mudah sebab saya perlu menguruskan semuanya, segalanya sedangkan sebelum ni,saya terima saja apa yg tersedia di dlm sistem dan di dalam klinik kerajaan. Ia bukan mudah.
Tp,in shaa Allah,saya akan berusaha.
Saya akan pastikan saya berjaya.
Doakan saya.
Doakan saya supaya perniagaan saya berjaya.
Doakan saya supaya perniagaan saya berkat.
Doakan saya supaya sentiasa iklas dan jujur dalam mencari rezeki.
Pesan saya pada adik2,jika satu hari nanti,kak long betul2 berjaya,betul2 kaya, betul2 mampu miliki walk in wardrobe,rak bertingkat penuh dgn Prada dan Gucci,tp saya lupa diri, lupa niat asal saya,leka dgn dunia,tolong lempang saya sampai saya sedar!
Surat perletakan jawatan notis 1 bulan. Kejap lagi nak serah pada bos. Berdebar2 hokey!
Gud luck babe...i know u've work hard in your way..May Allah bless throughout all journey u gonna face in the future..amin!!!!
ReplyDeletegood luck...teruskan berjuang dalam uras kehidupan.....rezeki dalam perniagaan sentiada terbentang luas....
ReplyDeletegood luck harz...!! semoga berjaya =)
ReplyDeletegood luck in wht ever u do... =)
ReplyDeletemoga semua nya dipermudahkan untuk akak dan keluarga..
ReplyDeletein shaa allah... amin :)
wah!terkezut + eksited!!good luck Puan Doktor... buka klinik kat mana ? if berdekatan kertih boleh i tolong promot org kg .hehe..
ReplyDeleteGood Luck babe..
ReplyDeleteaku dh agk dr awal lg.huhu.
btw,entry ko x ni kemas dan padat..aku suke!!
Good Luck dear..,moga ada yg lebih baik lg utk kamu satu hari nt..In Sha Allah..
ReplyDeleteSo brave sis.very proud of u. I know it wont b easy.pray hard, good luck n update lg ups n down yea. This will inspires me!all the best
ReplyDeletecongrats sbb bertekad..;)
ReplyDeletei'm a dentist too n yes,i pun mcm u..bosan dgn rutin yg sama setiap hari hampir 6 tahun..masih tercari2 keberanian..
wish me luck too..
Gud luck dear, insyaAllah lps nih rezeki lg luas n byk aminnnnn
ReplyDeletegudluck harz! terkejut aku oke. but i will follow u in 7 years time :)
ReplyDeletegood luck harz, saya doakan awak berjaya ;)
ReplyDeletetahniah..berani mencabar diri sendiri..saya juga dlm sektor awam..namun skim yang berbeza memberikan saya cabaran yang berbeza dgn awak..
ReplyDeleteapa pon, tahniah & good luck:)
are-da
All the best Dr Harz.
ReplyDelete=)
gud luck!insyaa allah..semua akan diberkati Allah
ReplyDeleteharz..berdebar2 dada aku bace post ni. amazed with your courage. gud lck dear!
ReplyDeleteCongratulations on deciding, and good luck for your future undertaking. You've got guts, not everyone is willing to quit ..But i can relate.
ReplyDeleteAku kerja gov setahun pon rasa macam mandom je. Takda benda nak dikejar, asik meeting jamuan etc. So aku duduk dalam bilik banyak, tak suka budaya gov.
Nama klinik apa? hehe
good luck dear. saya pun plan nk resign hujung thn ni.Alhamdulillah bt biz kecik2 aje. tp rasanya boleh dpt lebih dr keje engineer kot.hehehe.
ReplyDeletewish u all the best mek!!
ReplyDeletein sha Allah.. semuanye akan berjalan dgn baik malah lebih baik!
happy for u!!
Gud luck dr harz, semoga dipermudahkan Allah aminnn..
ReplyDeletekak harz best of luck.. nanti bagi alamat klinik kak harz ye..
ReplyDelete