kita2.... ;-p

Sunday, July 14, 2013

jom sembang!

Lama x sembang kan. Rindu x? Hahaha, bajet ramai readers.

Assalamualaikum. Hari ni dah 5 Ramadhan. Kejap je masa bergerak. Rasa mcm baru je raya, dah nak raya pulak. Dan rupanya sebulan lebih dah saya x bekerja. Sbb tu lah lama x sentuh blog. Takde masa nak celah tuk tulis blog. Sbb, bila nak taip skit, ada je org sebok nak taip sama. Heee...Tp sempat la jugak buka blog kawan2. FB tu, x tinggal la. Hari2 buka. Maunya x. Jadi katak bawah tempurung la aku. Btw, a big congratulation to Yanie for her 2nd girl. Seronok pulak tgk kawan2 tambah anak ni. Sbb dah 2 tahun berturut2 beranak lepas raya kan, mcm pelik la pulak tahun ni x beranak.. Hahaha..Boleh gitu?





As for Qisya, dia dah besar dah oi. Few days lagi, masuk 10 bulan. Haaaahh, tengok, dah boleh berdiri sendiri dah. Asik nak merayap dan memanjat saje. Tp, mcm terbatas la jugak pergerakan dia, sbb ada “abang besar” yg melarang dia nak buat itu ini.

“adikkkk, anganlah..atuh!”

“adikkkkk, epi lah !”

“adikkk!!!”



Mak aih, sebuk benor melarang adik buat itu ini. Nak adik baring je kot. Biar dia je yg melasak.

Tu bila sifat “keabangan” menebal..Bila kenakalan menebal plak, dia tolak adik, dia cuba duduk atas belakang adik bila adik merangkak. Nak pengsan rasanya mommy ni. Mana x penat layan dua org ni. Mcm2 ragam. Tu belom masuk bab berebut toys. Qasyaf tu, kalau dia geram, dia cakar je adik. Setakat ni, adik dah ada 3 parut halus cantik punya kat muka.Huhuhu..Kesian adik. Kadang2 tu, mendidih jugak hati ni bila Qasyaf buat onar mcm tu. Kadang, laju je tangan ni automatic lepuk tangan Qasyaf kalau dia buat adik. Bila dia nangis, peluk ciom balik. Siap salam dan angguk2 janji bila mommy bg nasihat. Esok lusa buat balik..Aduhai...Nama pun budak..

Satu benda yg saya belajar ms sepenuh masa jaga anak2 ni adalah, kita kne perhatian kat mereka sepenuhnya 100% tanpa kompromi. Setiap waktu!..Sbb, kalo kita buat benda lain, then, diorang cuba amik perhatian kita dgn  buat sepah atau nakal, kerja yg kita nak buat tu terganggu, dan kita akan naik angin. Mula la nak marah2 terjerit2. Kalau kita berada dlm keadaan sentiasa bg perhatian kat derang, xde la rasa nak marah sgt pun kalo derang nakal. Ok je pun.

Tak bermakna kita x boleh buat kerja lain. Of kos la boleh, dan mmg kne buat pun. Kalau masak, kne redha je la anak main dgn senduk periuk kita sekejap kat dapur tu. Karang,siap masak,kemas la balik. Kalau lipat kain, kne redha je la korbankan sehelai baju bersih yg nak dilipat tu bg anak lipat sama,then dia buat lap perabot dgn baju tu. Kalau vacuum rumah, kne redha je la bila dia nak tolong sama. Macam tu lah rutin saya. Nak tunggu derang tidur baru wat kerja, xde maknanya..Sbb saya pun tidur sama..Hahaha...

Selepas resign gomen hari tu, saya kne keluar kuaters. Seminggu lepas resign, kami dah pindah rumah sewa kat Kuala Ibai ni. Kira dekat la dengan klinik saya kat Chendering tu nanti. Arjuna pula, still kerja tempat yg sama. Dia pegawai Felda, mmg ada kuaters. So, Arjuna stay kuaters dia la. Pagi Ahad, lepas subuh, dia bertolak gi kerja. Petang Selasa, dia balik la. Then, pagi Rabu pergi semula, balik petang Khamis. Begitu lah rutin setakat ni. Tp dlm kadang2, dlm seminggu, 2,3 kali jugak dia balik tidur rumah sewa kami. Jarak adalah dlm sejam setengah hingga dua jam. Hari penat, dia lepak kuaters je. Hari rajin, dia balik la.

Masa Arjuna xde, saya lari balik rumah ibu ayah yg jaraknya hanya 15 minit dr rumah sewa kami. Hehehe...
Lepas Subuh Arjuna bertolak gi kerja, dalam kul 10 pagi atau tgh hari, saya pergilah rumah ibu ayah. Kalau Arjuna x balik, kami 3 beranak ni, tidur rumah ibu ayah je.Begitulah kehidupan setakat ni.

Sekali sekala tu, pergi jenguk klinik yg tgh reno. Lebih kurang 3% lagi nak siap kot. Tengah buat laminated flooring dan pasang pintu. Kalo ikutkan esok lusa siap dah reno kot. Cuma dental chair nya belom sampai. Kne tunggu lagi. Biasalah, banyak je benda yg x dijangka dan over bajet kan. Mcm buat rumah la. Bajet 100k, bila siap, kira bajet jadi 150k..Betul x?

Bila ckp pasal bajet, satu hal nak bagitau, sesak napas oi xde gaji!... Org yg biasa bekerja, lebih2 lg gaji mmg lumayan, bila xde gaji, sgt lah sesak napas. Sesak napas kepanasan..Hahaha...Dan rasa sgt2 la inferior bila xde duit plus, asik duk umah je jaga anak..Rasa sgt aduh, sgt kerdil diri ini. Hahaha...Baru faham perasaan isteri2 x bekerja yg mmg xde education, yg hidup mmg mengharapkan pemberian suami..Bila suami buat hal, cari perempuan luar, sanggup tutup mata pendam perasaan sbb takut hilang tempat bergantung diri dan anak2..Baru faham..Eh, apa lak melalut sampai ke situ ni?..heeee...Tp ye lah..Nak ckp mcm tu lah..Perasaan xde gaji plus xde duit. Yg jadi xde duitnya sbb saya kan berhabis2an sbb nak buka klinik..Mmg dpt pinjaman..Tp, luak jugak saving sendri. Bukan Arjuna x bagi nafkah...Bil, sewa rumah, duit belanja semua dia bagi..Duit joli sakan je xde..Hehehe..Sbb saya kan biasa belanja sendiri..Buka FB, buka blog, buka website, cantik je beli..Sale je beli..Promosi je beli. Baju anak beli. Tudung 3 tingkat beli. Shawl lawa beli. Krim ke,pis perut? Beli jugak. Tepung serbaguna wat masak2 pun beli. Org wat cookies, terus whatsapp nak beli. Tu belum masuk bab, nak gi bli brg dapur, tetiba ternampak ada butik baru tepi jalan. Tak beli pun terbeli jugak. Sbb tu, bila xde duit sendiri ni, mau nya x sesak napas. Haha...Duit joli tak kan mintak Arjuna kan. Kne consider la jugak. Arjuna kne tampung bil2 tuk 2 buah rumah. Kuaters dia dan rumah sewa kami. Dan duit minyak berulang alik lagi kan. Maka, sabar je lah...

Tp kan, Alhamdulillah, di tengah2 sesak napas tu, duit tunggakan U48 saya masuk..jeng jeng jeng...Perasaan best mula kembali..Hahaha..Cuma kne sedar diri la..Sbb klinik blom buka, nanti bulan2 seterusnya nak pakai duit kan..Sabar2..Takpe..Tahun ni je xde handbag raya..Tahun depan i nak tayang microguccisima u!
Ok lah, panjang pulak cerita bab duit. Hihi..

Qasyaf dan Qisya makin manja dgn saya. Qasyaf tu, mmg xle hilang saya. Tinggal sekejap kat ibu sbb saya nak gi bank atau setel urusan klinik, mula dia mencari. Momi,momi,momi. Jenuhlah tok ibu nak memujuk. Qisya pulak definitely rejek botol..Sanggup tahan dahaga x minum ebm. Mommy balik baru bf. Ok la kot sbb skang dia dah mkn mcm2 dan saya pun xde la tinggal lama2 sgt. Cuma risau bila saya dah kerja balik je. Mcm mn la yea. Ingat nak hntr taska je budak dua org tu. Qasyaf tu of kos la xnak dah dgn pengasuh baru sbb dia mmg xnak dgn strangers. Saya fikir, hntr taska mmg pilihan terbaik la kot sbb nak bg dia belajar dan aderun plak budak2 lain,xde lah dia teringat kat mommy..Kot la..Ntah..

Hari tu saya mmg dah beriya survey taska. Niat di hati, nak hntr taska yg islamik skit. Yg ajar ngaji, ajar hafal Quran. Tp kat sini, kalo taska mcm tu, sgt la doif. Takde bantuan. Mmg sgt doif la dr segi bangunan dan suasana. Kesian wei nak tinggal anak kat tempat mcm tu. So, sy cari taska biasa. Adala amik borang 3,4 taska ni. Tp sampai sudah x submit. Risau sebenarnya. Sebab Qasyaf is super duper manja. Mmg xle hilang mommy langsung. Asik nak berkepit je. Kat rumah pun, kalau saya ke dapur,.dia ke dapur. Saya ke bilik,dia ke bilik. Saya mandi, dia sebut ketuk pintu bilik air. Haiilahh!..
Satu lagi, Qasyaf kan alergik pada dairy product. Tu mcm susah kot kalo hantar taska. Tp xde pilihan lain dah. Tengok la mcm mn..Lepas raya la fikir...Heeee....

Ok lah...Dah panjang dah sembang...Nanti ada masa saya hapdet lg yea...
Daaaa!!!!

6 comments:

  1. mmg oii.sbb tu aku gigih keje blk kt kl ni.hahaha.sadis xde duit sendiri.
    sbb qasyaf ade elergik,better ko try anta qasyaf b4 ko start keje blk.sng sikit ko nk pantau.itu pndgn aku le.hihi

    ReplyDelete
  2. manjenye qasyaf oi...hehehe...hehe..babe if nak hantar nursery survey betul2..berbulan2 tau hehe..bab pemakanan if u can buat homemade lg better..so xdelah nak campur makan dgn bebudak lain..

    ReplyDelete
  3. kau bape bulan x update? sebulan?
    HAHA. aku 4bulan lagi hebatt!
    Malas lah weh.
    selamat puasa mek!

    ReplyDelete
  4. Lama akak tak update ye...moga Allah permudahkan urusan akak sekeluarga dalam mencari rezeki dan membesarkan anak-anak. Akak kalau ada masa terluang sesekali boleh la ek update pasal dental care toddler...hehe...knowledge psl dental care budak2 ni mcm x banyak je...anak2 saya pun lebih kurang baya qasyaf and qisya gak.

    ReplyDelete
  5. ehh..kan..mcm sama je perasaan membaca bebelan ko dgn perasaan diri sendiri cuma tang perasaan teruja dapat duit tunggakan tu takdelaaa..huhu..be strong. pahit akan manis jua akhirnyaaaa..

    nk tanye, gigi deisha start dah ade karang gigi ek org panggil die..nk kene tampal ke?

    sorry aku freak sket sebab aku ade history pakai braces sbb gg tak cantik so joe kate klu gg ank tak cantik, menurun dr aku laaaa..hehe. stress mak.

    ReplyDelete
  6. Tq harz...best nye nk ade klinik sendiri...gud luck harz :)

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)