kita2.... ;-p

Thursday, August 1, 2013

sapa nak jaga anak bila saya kerja balik nanti

Dalam entry sebelum ni, cakap nak fikir lepas raya. Tapi x boleh la. Sbb sekarang ni asyik terfikir pasal ni je. Mcm mn ek nanti? Bila klinik dah beroperasi, intan payung saya nak duk mana? Ibu mula2 tu, suh hantar Qasyaf kat taska je. Hari tu mmg beriya la kami survey taska. Ada la 3,4 borang kot saya amik. Bila fikirkan Qasyaf sgt manja, suka perhatian, suka buat org, suka buat sepah semata2 nak kan perhatian, rasa gerun plak nak hantar taska. Kalo dia asik kacau budak lain, cikgu naik angin, maunya dilempang Qasyaf mcm mn? Adoi la.. Qasyaf bukan nakal sgt. Dia tgh nak explore dunia. At the same time, dia dah ada adik. Org expect dia dah besar la sbb ada adik.. Padahal dia belum 2 tahun pun lg. Normal la kan budak besar tu. Sepah barang, buat adik, menangis tantrum. Saya pun selalu naik angin. Cuma saya takot plak kalo cikgu naik angin. Dah la mcm2 kes dera skang ni. Sian Qasyaf. Bila kami sama2 fikir bad side hantar taska, ibu x bg hantar pulak. Sanggup nak jaga.   Ohooi, nak jaga Qasyaf dengan Qisya sekali tu. Besar sungguh cita2 ibu. Hahaha.. Sehari dua boleh la. Lama2 kurus kering kot ibu nanti. Dua2 tengah melasak. Saya kalau boleh, xnak susahkan ibu. Ibu dah penat jg kami adik beradik kan. Tak kan anak saya nak suh ibu jaga jugak. Sekali sekala tu boleh la. Kalau Qisya sorang sj pun kira ok sbb Qisya mmg x bnyk karenah. Cuma skang totally rejek botol susu la. Tp tu xpe. Sbb dia dah pandai minum dgn cawan dan hisap straw. Kalau ibu jaga dua2 siyes saya ckp, mmg flat, mmg penat. Tenaga org tua dgn tenaga org muda kan lain. Sian ibu.   Macam mana ek?   Yang membuatkan saya was was nak tinggal Qasyaf dan Qisya dengan org lain adalah sbb derang bdua sgt2 rapat dgn saya sekarang. Maklumlah dah 2 bulan lebih asik berkepit 24/7. Qasyaf tu mmg rapat habis la dgn saya. Apa2 momi,apa2 momi. Kalau duk dgn daddy pun dia akan tny mn momi. Daddy ckp momi dah guna2 Qasyaf sampai xle berpisah. Hahahaha.. Jeles la tu daddy.   Qasyaf mmg sgt anti dgn strangers. Kalau gi kedai, atau mana2, mmg dia akan nmpk friendly sbb sentiasa senyum hensem kat strangers. Lagi2 kalo org tegur, org usik dr jauh, or org babai... Mmg senyum paling manis la.. Tp takat tu je. Kalau org pegang, dia akan marah. Kalau org paksa jugak, mmg dia akan melalak sampai selak. Dah tu, bayang la mcm mn kalau saya tinggal kat taska. Kompem akan melalak sampai muntah. Siannya,,,   Ya, tujuan utama saya kerja sendiri sbb nak jaga anak. Nak pantau anak, nak tengok anak sepanjang masa. Tapi buat masa skang, klinik baru nak mula, x boleh kot nak angkut anak ke klinik. Ke mcm mn? Ada x korang pernah gi klinik dan nmpk anak doktor duk lepak kat klinik? Ada x? Plez answer me. Huhuhu...   Mungkin ms nak interview cari pembantu klinik nanti, saya kne offer jawatan babysitter jugak kot. Biar ada sorang babysitter tolong jagakan anak2 saya kat klinik. Takde lah saya kelam kabut nak tampal gigi patient lagi, nak basuh berak Qasyaf lagi kan. At least, ada pembantu. Bilik peribadi saya kat klinik mmg agak luas. Boleh je nak tambah bed sofa satu. Biar derang lepak situ? Itu ke jalan terbaik.   Cuma, kne cakap oat babysitter la. Jgn bg Qasyaf main dlm bilik rawatan dan kaunter. Main kat ruang menunggu je. Kalau ada patient masuk bilik saya. Gitu la kot. Tp boleh ke nanti? Dgn suara Qasyaf dan Qisya menangis semua, boleh ke concentrate keje? Fikir ni buat saya rs saspen je tau. Sbb skang ni pun, dgn Qasyaf dan Qisya asik panjat atas badan mommy, saya nak deal dgn supplier by phone pun susah sgt. Tu bila saya sorang2 la. Saya rs supplier pun dah tau, kalau kol Dr ni, xde latar belakang jeritan budak mmg xsah. Hahaha. Bila ada ibu atau Arjuna, barulah aman sket bcakap dgn supplier.   So readers, what do you think. Sapa ada pengalaman bawa anak gi tempat kerja. Ok x?

8 comments:

  1. Ok..tak tau nak suggest apa..huhu..

    ReplyDelete
  2. Bawa anak lepas pantang ade..sy ler tu..start leh golek menjulur xyahla..xsesuai..lg2 dh beso lasak..tmpt cm ko lglah kot..byk brg2 rwtn kn..hntr je qasyaf ke nursery selak jap je..lme ok pny..tryla dulu..ameer pon selak jgk kdg2 lg2 monday blues..smpi bile nk kesian let them grow slowly dgn environment berkawan plak..kot2 leh ubah dr takut to strangers tu ke friendly..

    ReplyDelete
  3. Babe, cuba amik helper ke maid ke, then letak kat umah ur mom time siang. So, ur mom just monitor je. Kalau yang jaga balik hari pun ok ape.. :)

    ReplyDelete
  4. my workplace bagi bawak anak ke tempat kerja every saturday..and memang setakat saya bekerja hari sabtu ni, tak pernah boleh buat kerja..my boy is 10 months old..memang lebih kurang perangai ur boy..melekat dengan dengan mommy..so my experience bawa anak pergi tempat kerja, memang tak jadi kerja..

    if ada babysitter maybe boleh..tp kat sini pon even dorg provide baby sitter..my boy nampak je saya terus tak nak dok ngan BS..kesimpulan : tak boleh buat kerja sambil jaga anak..hehe

    ReplyDelete
  5. u try la dulu bawak budak2 tu ker clinic. lama2 dorang biasa la kot. clinic gigi tak sesak macam clinic biasakan. i rasa ok. tp klu nak lagi ok, amik je orang gaji, suruh jaga anak, tp kena pasang cctv la. =)

    ReplyDelete
  6. dlu penah audit satu klinik gigi kt tasik selatan...doc dia pn pompuan...ad bb twins lm umor 4bln time 2...dia siap kn 1 blk kt klinik dia tuk bb dia...amik maid jg kt c2...siap ad cctv lg...

    ReplyDelete
  7. Sy xde pngalaman bwk ank g keje,sbb sy x keje. Tp gynae sy dulu mmg bwk ank g klinik. Tiap kali checkup ank2 dia mmg ada. Cuma bkn dlm bilik examination la. Kat blkg kaunter tu dia buat satu attached room, tempat ank2 dia. Ada 3org staff. 2staff mmg uruskn hal klinik. Yg sorang lg mmg keje jaga budak2 tu lah. Nampak ok je, xde plk budak2 tu ngacau dia keje..tp xtau la kan.hehe

    ReplyDelete
  8. ada klinik kat kemaman ni bawak anak-anak dia sekali datang klinik. anak-anak dia macam besar qasyaf yang sulung. lepas tu ada baby lagi. memang anak-anak duk kat kaunter, pembantu klinik tu jaga. tapi pembantu klinik pun ramai. hihi.

    boleh kot idea nak bawak anak p klinik dan make sure ada pembantu klinik yang boleh take care sekali anak ko. hikhik. if no choice la.

    or else, bawak qasyaf sahaja ke klinik. qisya mintak mak ko tengokkan.. hihi.

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)