kita2.... ;-p

Wednesday, September 4, 2013

syawal belom habis

So, masih boleh la kalo nak cite pasal raya hari tu kan. Hehe..

Saya bukannya bz sgt. Cuma, bila ada dua org budak kecik yg suka menempel dengan maminya, suka join sama apa yg maminya buat, saya nak buka blog pun susah. Usahkan nak taip blog sendri, nak baca cerita kawan2 pun x dapat...Adanya je yg kaco. Kesian blog. Dah nak dekat sebulan x disentuh. Padahal, banyak sgt benda saya nak kongsi, nak luah..Kadang tu kan, bila ada sesuatu isu, atau sesuatu perasaan yg mcm wajib tulis kat blog, rasa bkobar2 sgt nak tulis kat blog, sekali ada gangguan, terus hilang idea dan mood. Itulah kuasa budak kecik bernama Qasyaf dan Qisya. Haha...

Masih dalam mood raya?..Jom la kita sikit pasa raya..Tahun ni, giliran beraya kat Terengganu ok. Makanya harus beraya di Terengganu, no compromy. Padahal kan, raya keempat ada kenduri rumah makcik sebelah ayah. Jika saya baik hati, lemah jiwa, patutnya balik beraya Kelantan dulu pun xpe kan. Tak pun, raya pertama kat Terengganu, raya kedua or ketiga baliklah Kelantan.Then, raya keempat balik la Terengganu balik. Tp saya xnak!..Mmg la x jauh mn Kuala Terengganu-Rantau Panjang, tp amik masa 3 jam jugak..Kalau jem, xke sampai 5,6 jam...Maka, saya putuskan balik Kelantan lepas kenduri rumah makcik belah ayah tu. No compromy sbb giliran Terengganu kan..Gila dictator keputusan..Ye lah, bila giliran raya Kelantan, dia pun dictator gak..Tahun lepas, raya kelima baru boleh salam sedara mara belah Terengganu..Hampeh!..Kali ni, biar saya yg hampeh..Ikot giliran siapa..Org tu la yg bkuasa tentukan perjalanan raya...Hahahah..


So, raya pertama kami tahun ni temanya ungu..Ungu manggis gitu..Sampai anak menantu cucu, semua ungu.. Cuma baju ibu je kaler lari sikit sbb xjumpa baju ungu manggis yg grand katanya..Mak i jangok tau..Jangan main2..Hihi...
 

Inilah keluarga kecil saya. Ok la kan gambar ni..Di sebalik tabir gambar ni, Tuhan saja yg tahu. Susahhhhnyaaa nak bgambar. Ni percubaan yg ntah ke berapa. Qasyaf la buat hal..Org suh posing, dia sebok nak tolong amikkan gambar. Nak main kamera..Haishhh!...

Biasalah, raya di Terengganu, banyak aktiviti. Gi umah org, org datang umah kami..Gi mkn yg org masak, masakkan utk org...Of kos la semuanya kat umah ibu ayah. Walaupun duduk dekat dah skang ni, umah sewa saya ditutup ok. Acik siap suruh letak notis kat pagar “sila ke tok kaya”..Tok kaya tu kampong rumah ibu ayah la..Hahaha..Mmg umah sewa saya umah tertutup utk tahun ini, tahun depan sehinggalah xtau bila. Gelas pun ada 6 bijik je, camne nak layan tetamu beraya oi!..Haha..

 
Blogger Asna pun dtg beraya kat rumah ibu ayah. Tp alahai, Qasyaf tunjuk perangai baikkkk punya masa tu..Ada ke dia nak duk atas riba,xnak bg mami pergi mana2..Gerammm betul!..Tp boleh la jugak bgambar kenang2an...Haaa, buktinya..Inilah jadinya bila dah bgelar mak beranak dua..Mak beranak tiga xtau la mcm mn..Huuuu...
Balik Rantau Panjang, xde aktiviti sgt pun..Tak meriah la raya kat Kelantan. Derang lagi memeriahkan raya haji. Ye ke? Apa kata org Kelantan.Hehe...

Tp, sempatlah jugak saya pergi jumpa kawan2 lama. Haaaa, ini kawan sekolah rendah...Berapa tahun dah kami berkawan?..Kalau kenal masa darjah satu, sampai skang masih kawan, brapa tahun dah?Kira sendri..Heee....
Minggu kedua syawal, Arjuna dah kerja dah. Saya kembali kepada rutin asal. Satu benda yg saya rasa rindu slps resign ni adalah jamuan hari raya!..Ms still keje kerajaan dulu, musim ni la musim tebalkan lemak di badan. Tiap hari ada jamuan raya/rumah terbuka. Hari ni department tu, esok jabatan tu, lusa klinik tu, tulat klinik sendri. Bulan syawal, semua aktiviti bkerja dikurangkan, tp perbanyakkan aktiviti beraya.Haha..Itu yg saya rindu..Yg lain x rindu..Kahkah...
Then, sempat jugaklah kami geng2 doktor gigi yg start kerja tahun 2007 ni buat gathering..Chehh, bukan la besaran pun..Juz bjanji tuk bkumpul beraya kat rumah seorang kawan ni. Thanx Qoy sbb sudi buat open house..Kalau x janji mcm ni, mmg susah nak bkumpul ramai2 mcm ni...Geng ni, semua dah kawen...Kalau ingat balik, masa 2007 tu, 2,3 org je yg ada boifren kan..Kihkih...


Ok lah..Itu jelah cerita raya tahun ni..At least ada jugak yg tcoret kat blog ni kan.
Kepada pengomen pertama entry hari raya saya, email saya tau..  nurharzlena@yahoo.com  tak tau la nak bg hadiah apa..Tp ada la hadiah sbb sudi jd pembaca tegar. Hari raya pun buka blog i..Tenkiu!..Haha..
Itu saja..Daaaa!!!
 

3 comments:

  1. jd mcm aku senang..sbb xsehala,makanya klu giliran sini,sana xblk lansung.kejam x??haha

    ReplyDelete
  2. suka sangat purple! cantik kaler ni..boleh consider tema taun depan ni..hehe

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)