kita2.... ;-p

Tuesday, October 29, 2013

jom sembang jap

Masa bersama anak2 agak terhad sekarang.Ye lah, klinik buka dari 9pagi -9malam. Saya dah menaruh kepercayaan kpd staf. Pagi2, biar derang buka klinik dulu. Saya akan sampai dalam pukul 9.30pagi. Sempat la pagi tu nak bergolek, bergomol, bergaduh dgn anak sejam dua. Kemudian saya hantar derang ke rumah ibu. Petang, dlm kul 6.30ptg, Arjuna akan ambil derang. Kadang derang lepak kat klinik je.Kadang, derang balik rumah terus.

Sabtu lepas, Arjuna ada pertandingan autoshow. Suami saya, pantang ada pertadingan, semua dia nak masuk. Jadi, petang Jumaat, saya jaga anak2 kat klinik. Saja xnak menyusahkan ibu. Lagipun, ibu bizi kat rumah. Tak lama lg, adik lelaki saya nak kawen.

Lepas solat Jumaat, Arjuna bertolak ke Kota Bharu, saya bawa budak 2 org tu ke klinik. Siap bekal sekotak mainan lagi.

Tekun la derang main selama 15 minit. 15 minit seterusnya mula kelentang kelentung lempar mainan sana sini. Minit seterusnya, dah x pandang mainan dah. Mula cari barang2 dlm klinik mami nak buat main. Haishhh...

Petang tu, xde patient pun. Adala sorang nak bli ubat. Tu je la.

Bila nmpk semua mcm dah bosan. saya bf Qisya. Tak bagi dia main. Paksa bf...Last2 minah kecik tu tertido. Saya masukkan dalam buai. Ye, bilik saya kat klinik siap ada buai lg.



Then, saya baring atas sofa buat2 tido. Qasyaf ni, dia mmg tak reti main sorang2 xde org layan. Dia kan suka jd centre of attention. Bila xde org layan, mula la dia mati kutu. Akhirnya, dia naik atas sofa, baring sebelah saya. Duk diam2. Lama jugak la saya kne berlakon. Sekali buka mata sket, nmpk Qasyaf belom tutup mata. Lama sket, saya buka mata, Qasyaf dah layu2 tp belom tutup mata. Kali ketiga saya buka mata, dia dah lena.Hihi...Habis cerita.

Lama jugak la derang tidur. Sampai habis waktu klinik. Jumaat, klinik tutup pukul 7 mlm.

Kalau ikotkan hati, mmg saya nak layan derang main je. Tp, karang, ada patient susah plak kan. Baik bg derang tido je.

Ahad, klinik tutup, kami 3 beranak lepak rumah sewa sj. Misi Ahad baru ni adalah closet clearance. Kemas baju2 budak 2 org tu. Bagi satu kotak bedak2 lama, losyen2 lama yg x habis pakai masa derang baby sbb x sesuai dgn kulit derang ms baby, huhhh, bukan main seronok la dua beradik tu. Pakai bedak curah losyen, siap letak atas kepala. Suka hati le, mami nak kemas baju. Akhirnya berjaya jugak asingkan baju2 lama yg dah x muat. Siap asing mn yg masih nmpk baru dan boleh pakai tuk adik2 seterusnya.Heee...Almari Qasyaf dan Qisya pun berjaya kemas. Lepas kemas baju, barulah kemas balik kesan ribut taufan bedak dan losyen yg derang buat td.


Tgh hari, masa tuk berehat.

Memula abang cuba tidurkan adik. Siap dodoi mcm mami selalu buat. Adik la terkebil2 tgk. Pastu ketawa.

Eh adik, ketawa plak, org suh tido.Akhirnya dia suh adik bangun, dia plak yg tido kat situ..Hahahah...

Walaupun duk rumah lebih penat sbb kne layan anak, kne masak, kne kemas rumah, tp tetap best!

Sekarang ni ada masalah baru plak. Eh, ada kawan ckp, x baik sebut masalah. Sebut situasi. Baru bunyi mcm x menyusahkan. Hehehe..

Sekarang ni ada situasi baru. Qisya x nak makan!..Adola...Sblm ni elok je dia mkn...Qisya ni jenis kurus...Mkn bnyk pun maintain kurus, cuma muka nampak bulat and she have very strong bone i think. Sbb dia mcm lebih lasak dari Qasyaf. Lately ni, dia x selera makan la plak. Saya dah lama x buat bubur kat Qisya sbb dia dah mkn nasi biasa. Lenyek2 sket, bg dia mkn. Skang, kalo suap nasi, after suapan ketiga, dia akan luah balik. Dah la finger food pun x layan. Keropok keping je dia suka. Yg lain, bnyk jatuh kat lantai dari masuk dlm mulut.

Lebih mbinbangkan, dua tiga hari ni, xnak minum susu la plak. Ebm tu mmg rejek terus. Ibu cuba bg susu kambing. Minum la sehari. Bg horlick, minum la jugak sehari. Selebihnya dia nak air masak je. After 9 mlm baru jumpa susu mami. Kesian plak. Saya takot x cukup zat je..Huhu...

Qasyaf tok sah ckp la. Juara mkn. Semua dia makan. Nasi ke, mee ke, kuih ke, roti ke, sayur ke, buah ke, semua makan...

Dalam senang2 jg Qisya ada jugak benda yg payah. Iaitu payah nak makan. Esok saya nak try bg fresh milk..Harap Qisya suka.

Tapi kan, bila fikir dalam2, Qisya xselera makan sejak saya mula bkerja. Atau lebih tepat sejak saya xde masa nak layan dia mkn betol2. Qasyaf senang sbb dah besar. Dia boleh mkn bersama2 kami dan habiskan makanan dia sama2. Qisya ni, kecik lg..Mkn pun main2..Kne layan dia mkn lama sket actually. Huuu...Mungkin bukan Qisya xnak mkn, tp saya yg xde masa nak layan dia mkn lama2. Dan mungkin saya yg dah hilang rentak bagaimana nak jadi mami bkerja yg masih boleh masak makanan best utk anak2. *termenung sendri*





Hurmmm...

3 comments:

  1. besar da dorang... nampak da boleh bawak diri masing2 je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ahhh..dah boleh bawa diri..tp xle lepas pandang jugak..nanti dua org tu bcakaran, bcubitan, blepukan sesama sendri...kompen adik yg akan kalah...heeee

      Delete
  2. a'ahh..mmg dia suh adik kuar...abg lak,abg lak ido..hahaha..

    jemput singgah tau athi...

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)