Dari awal kejadian lagi mereka berdua ni berbeza. Masa dalam perut berbeza, dalam pantang berbeza, sekarang pun berbeza.
Qasyaf.
Saya berusaha la jugak nak conceive budak ni. 10 bulan kawen baru la preknen. Bila dapat tau preknen, mula la otomatik datang simptom org mengandung. Ya, setengah org, datang simptom dulu baru tau peknen. Saya terbalik. Sebab dulu, hobinya suka buat UPT. Asal lambat piyed je buat UPT.Hahaha.Morning sickness of kos mesti ada. Cuma, jarang la muntah keluar benda bila waktu pagi. Sbb perut masih kosong kan. Saya muntah x kira masa. Pagi, tgh hari, malam. Muntah je bila nak muntah. Triggering factor dia adalah bau busuk. Alaaa, bila peknen, semua mcm busuk kan. Tp alhamdulillah, xde la plak nak termuntah bila patient bukak mulut kan. Tp yg pasti, bau toilet, x kira wangi apatah lg busuk, saya mmg akan muntah.Bau sinki jugak.Eh, sinki ada bau ke. Masa peknen semua berbau hokey.
Bila dah masuk 2nd trimester tu, dah kurang la muntah. Tp still xle bau toilet dan sinki especially sinki lama. Then saya dpt "penyakit" baru. Carpal Tunner Syndrome. Kebas jari jemari sehingga pergelangan tangan. Mmg kebas. Takleh nak pegang kerongsang pun.Cabut gigi mmg xle langsung. Sampai bos benarkan saya buat kerja ringan je. Tak yah cabut gigi. Dalam 2 bulan jugak la kne sindrom ni. Akhirnya baik dgn sendiri.
Makan pun saya jaga. Org peknen xle minum air tebu kan. Takle makan nenas kan. Takle makan durian bnyk2 kan. Dah la jaga makan, rajin pulak tu minum susu, makan vitamin.
Qisya.
Tak sedar langsung peknen. Saya x buat UPT pun walaupun x piyed. Org kata, biasalah, kalau fully breastfeed, x piyed. Org mn ntah kata gitu. Isk, tipu betol org tu. Heee...Mmg saya x sangka pun saya peknen. Sbbnya, xde simptom org peknen langsung. Tak muntah. Tak loya. Tak pening. Malah gagah perkasa gi kerja, balik rumah uruskan rumah tangga disamping mendukung Qasyaf yg debab. Makan pun main bedal semua. Air tebu, nenas, durian,semua la.
Susu pun minum jugak. Tp bila dah tau peknen baru minum. Dah 5 bulan peknen baru lah terhegeh2 minum susu, makan vitamin.
Qasyaf.
Melebihi due date selama 8 hari. Ingat nak tunggu cukup 10 hari baru induce, tp doc ckp, air ketuban dah kering. Mebe ada leakage sikit2 tanpa disedari. So, tpaksa induce. 3x induce weh. Sakit yg teramat2 sgt. Kalau ingatkan sakit induce ni, mmg tobat la xnak beranak dah. Tp sebenarnya dah lupa mcm mana sakit induce. Cuma yg taunya, mmg sakit la sampai saya tak bg sapa2 pun pegang, gosok dan bcakap tuk sabarkan saya. Haaa, gerun kan bunyi nya..Haha...Oleh kerana x tahan sakit, terpaksa amik epidural injection. Ok la...Bestnya epidural..Beranak tiap tahun pun xpe..Sbb masa teran x sakit, masa jahit x sakit. Heeee....
Qisya.
Due date seminggu lagi hoi!...Tp air ketuban dah pecah. Debushhhh, lencun seluar..Tp perut langsung x sakit. Sampaikan rasa pelik, nape ni,xde rasa contraction pun..Tak sakit langsung pun. Hihi...Tp kne la gi spital kan. Sampai spital doc cek VE x tbuka pong lg. Doc nak induce nak bg jalan terbuka. Ho ho ho..Dengar perkataan induce pun rasa nak pengsan. Then doc tny history kelahiran lalu. Bila cite kat tuan doktor, beranak yg sulong, 3x induce, 3 hari amik masa tuk jalan tbuka, doc ckp,oooo x boleh x boleh...Ketuban dah pecah, baby dah siap berak kat dlm perut lg..Takle induce. Lambat. Kne emergency czer..Ok lah..Makanya beranak la saya buat kali kedua tanpa kesakitan langsung kecuali rasa sejuk teramat dlm operation room.
Qasyaf.
Dah la sakit sebelum beranak sakit kne induce, lepas beranak sakit bila nak berak plak. Sembelit oi. Gerun nak teran takot terkoyak belah bawah tu. Merana jiwa di dlm tandas. Berak sambil menangis!.. Jalan pun kne terkepit2. Kne jaga sangat2 bahagian tu.
Qisya.
Of kos sakit kat tempat czer tu. Tp sakit masa nak bangun dr baring, atau masa nak baring dari kedudukan duduk je..Selebihnya, x berapa sakit pun. Rasa tegang je la..Ye lah, tempat belah kan. Tipu ah kalau ckp x ngilu. Tak lama pun sakitnya. Lepas 2 minggu, dah boleh aktif dah. Cuma kne la jaga2...Tp kan, sampai sekarang, kalau piyed, tempat czer tu akan rasa ngilu2 halus..Huuu...
Qasyaf.
Dalam pantang, tu dia. Dia betul2 buli mommy. Siang, tido mcm biasa. Mlm tido pukul 8pm, pukul 11pm bangun. Ok ek ok ek ok ek, sampai lah pukul 5.30am.. Tak menangis pun, tp merengek. Jap2 nyusu. Jap2 berak. Pastu nyusu, pastu berak lg.Pastu tkebil2. Mommy dgn bebu la duk teman dia. Bila dah masuk 2nd week gitu, mommy x kejutkan pun ibu..Bjagalah kami dua beranak. Wiken baru daddy teman. Dah la masa x tido tu xnak baring kat tilam..Nak duk atas riba. Kalau pangku dia jalan sekeliling rumah, ruang tamu, dapur, lg dia suka. Macam tu la sampai habis pantang.
Qisya.
Ratu tido!..Siang tido, malam tido. Langsung x menyusahkan mommy. Mebe sbb dia sedar, dia lahir tanpa dirancang..Dia lahir ketika abangnya masih kecik. Hahaha...Sentimental plak. Tp Qisya mmg baik sgt. Sbb tu nama dia Qairina. Memula nak letak nama Qaseh Qisya Qistina. Tp sbb dia baik sgt2, letak Qairina la bermaksud kebaikan. Hihi..
Dalam pantang beranakkan Qisya, xde sesi x tido malam. Setiap mlm adalah aman. Tapi, ada tapi jugak. Sepanjang 44 hari pantang tu, 44 hari jugak la Qasyaf demam, selsema, batuk, muntah. Saya ulang alik klinik bukan sbb bawa Qisya, tp sbb bawa Qasyaf. Habis pantang, balik kuaters, tinggal sama dgn Arjuna, siang hantar Qasyaf ke rumah babysitternya, barulah episod demam tu berhenti.
Sah, ni sindrom rasa kehilangan kasih sayang kot. Padahal, dia la yg paling bnyk dpt perhatian semua org. Huh.
Qasyaf.
Meniarap lambat (6 bulan), merangkak lambat (10 bulan), berjalan lambat (13 bulan). Masa kecik2 dulu, dlm sebulan, mesti ada 3,4 kali bangun tengah malam pastu ajak mommy daddy main. Tengah malam tu pukul 3,4 pagi hoi. Pastu suka sgt menangis, menjerit2. Takle tinggal langsung. Di mana ada momy, di situ ada Qasyaf.
Qisya.
Meniarap cepat, merangkak cepat,alih2 eh, adik dah boleh jalan (11 bulan). Tak sedar pun hokey. Walaupun adik lebih banyak berada depan mata saya sbb saya dah resign, tp tumbesarannya mcm x disedari. Bukan sbb saya tak bg perhatian pada Qisya. Bukan sama sekali. Cuma saya rasa, perkembangan Qisya tidak ditunggu2. Macam Qasyaf dulu, dia kan anak pertama, kita excited jd ibu. Tiap bulan baca artikel baby centre. Anak sebulan patut pandai buat apa, anak 3 bulan patut buat apa..Setiap perkembangan ditunggu2. Sbb tu rasa mcm lambat. Bila kita tertunggu2, biasanya akan terasa waktu bjalan lambat. Tp, masa Qisya, saya tak tertunggu2 dah. Takde dah perasaan risau. Kalau anak tu, lahirnya normal, perkembangan awalnya normal, in shaa Allah,semuanya akan normal. Tak yah tertunggu2 dah dia nak buat apa. Sbb tu kot rasa mcm x sedar Qisya dah besar. Mcm tetiba dah boleh buat macam2, dah pandai macam2.
Qisya langsung x bnyk karenah. Steady je. Takpe, nak tinggal buat kerja pun xpe. Dia boleh main sorang2. Tapi, bila dia nak susu, ko xyah la distract dia. Dia x mkn dek umpan. Kalau dia kata nak, dia nak tang tu jugak. Mulala keluar suaranya yg mampu memecahkan gendang telinga.
Qasyaf.
Terima puting susu botol dgn mudah. Bagi sekali,terus hisap.
Qisya.
Hoho, sgt tegas dgn pendiriannya. Tak nak puting tiruan ok. Nak yg asli yg mommy punya saja. Drama Qisya rejek botol saya dah pernah cite kat sini kan.
Qasyaf.
Alergik to dairy product. Susu, dan semua bentuk hasil tenusu adalah BIG NO. Kalau silap bagi, dlm amaun yg biasa budak makan, boleh masuk spital ye. Siyes saya ckp ni. Calit aiskrim sikit kat mulut pun, boleh naik merah muka, cuba bayang kalau minum sekotak susu coklat. Huuuu..
Alergik to seafood also. Kecuali sesetengah ikan.
Tp dia suka makan. Kesian kan.
Qisya.
Princess ni diet manjang. Makan x bnyk mana pun walaupun boleh makan semua benda. Tp Qisya berat tau. Skang dia 10kg. Sama la dgn berat Qasyaf masa umur setahun. Ni berkat fully breastfeed kot. Tulang yg kuat!..
Qasyaf.
Manja kededek. Kalau mommy tinggal nangis, daddy tinggal nangis, tok ayah lambat bawa jln naik motor nangis, bebu lambat bg air nangis, daddy suh mandi cepat x bagi main air nangis, naik gatal2 kat badan nangis, mommy malas dukung nangis, org usik nangis. Semua nangis la. Kalau demam, lagiiiii laaaa..Mommy sgt stress kalau Qasyaf demam. Tp bila kita ikotkan kerenah dia, otomatik bhenti nangis mcm xde apa yg berlaku. Siap boleh ketawa. Lorrr..
Qisya.
Cool and steady. Nangis jugak sikit2. Tipu sgt kalau saya kata Qisya x nangis. Qisya akan nangis bila dia nak menyusu dan bila dia ngantuk. Eh, tu je. Ye lah..Itu je la...Bila dah menangis, rajuknya lama. Kadang, kalau lmbt menyusu,dia dah nangis berderai air mata baru bagi, masa isap susu tu, dia akan tersedu sedan lg..Alahai...
Haaaa, itu je la perbezaan mereka berdua yg terlintas kat kepala di saat ini.
Pada saya Qasyaf anak yg sentiasa mahukan perhatian yg lebih. Suka jadi centre of attention. Malah, di kalangan cucu tok ma seramai 7 org tu, yg semua masih kecik2, dia menjuarai carta manja.Sebelah ibu plak, xyah ckp la,dah sah2 dia pegang title cucu sulong kan. Tp Qasyaf ceria. Ada je celoteh dia. Qasyaf mcm saya kot. Pakcik makcik kata saya manja. Ye ke?
Qisya pulak lebih independent. Lebih santai. Agak firm dgn pendirian dia. Kalau nak, nak jugak. Kalau x nak, mmg xnak. Ini perangai daddy. Susah tau nak pujuk bila dia dah stick pada pendirian dia. Kne main air mata baru jalan sikit. Kalau Qisya macam ni sampai besar, jenuh la mommy.
Qisya mcm ready je nak adik.
Tp Qasyaf ckp, plez mommy. No more adik plez.!..
Hahahaha....
Qasyaf day 2
Qisya day 2
anak sulung kita sama...sangat alergik dengan dairy product,telur dan fish......pity little boy byk mknn tpaksa pantau.
ReplyDeletei pon macam u. my first son sgt manje. my second dotter alahai macm pakgad. body builder jiwa rock gitew even baru 5mons. Dia baru jer pegang puting abang dah si abang nangis. hadoiii adik pulak jerir-jerit mengekek gelak.
ReplyDeleteso funny teringat kisah anak-anak.
:)
hehee...sama la dgn kita...walaupun jantina mereka sama..huhuh...anak sulung mmg manja la..layan kan je la...kena pukul ngan adik melalak macam kena sepak je...hahaha...
ReplyDeletedari segi cepat jalan,merangkak sume...sama lah...tasha lebih cepat dari naurah...
apa pun, 2 2 anak kita...kita sayang..kita yang besar kan...kita yang didik... :)
Hoii mek,
ReplyDeleteQisya ready nak adik? HAHAHA. Laju tau kau nie. tak terkejar.