Semalam, selepas solat subuh, sambung tido balik. Sedap weh, berbungkus dalam selimut di musim hujan macam ni. Arjuna pun tido. Anak2 pun tido. Bila terjaga, amik, dah pukul 8.45am. Bingkas bangun, terus ke dapur.
Masa Arjuna outstaion hari tu, dia sebenarnya ada program keusahawanan. Kena join program Felda buka booth kat Melaka jual barang2 hasil Felda. Dia bawa balik la kat bini dia ni mee kering..Banyak pulak tu..Dah bagi separuh kat ibu pun banyak lagi. So pagi semalam, goreng mee kering. Eh, korang pernah masak mee kering x?..Saya juz lembutkan mee kering dgn merendam dlm air mendidih..Pastu goreng mcm biasa. Makan, x sedap pong?..Ke cara masak tu yang salah?..Muak semacam je..Ke mee kering tu kne masak mcm mana? Nanti, kalo ada respi best kongsi tau. Ada bnyk lg kat rumah tu..Tak kan nak buang..
Lepas sarapan, tinggalkan anak kat dedinya..Semua belom mandi. Dedi la setel semua. Saya ke klinik. Ada sorang je patient. Rasanya, org kampung kawasan sini belom tahu klinik dibuka hari Jumaat. Kena edar risalah cakap buka Jumaat la rasanya ni.
Tgh hari, balik rumah, amik anak2, terus ke rumah ibu dgn Arjuna sekali. Ibu masak laksa Terengganu dan laksam..Yum yum..Tp, adik2 dah pulun makan dulu..Masa saya sampai laksam tinggal sikit je..Kuah laksa pun dah nak habis..Huuu...Ibu pun buat kuah lain. Tambah..Heee...
Arjuna solat, lepak rumah ibu kejap, pastu pergi klinik. Anak2 pun ikot. Maka, beriuh rendahlah diorang kat klinik..Yg tak bestnya, tiap kali mami ada patient, mami masuk bilik rawatan, Qasyaf nak ikot. Meraung2 nak masuk jugak. Bila dedi marah, makin meraung la dia..Utk 3 minit pertama tu, mmg dgr suara tangisan Qasyaf je la...Minit2 seterusnya, dia diam pulak..Pastu, bila xde patient, saya layan diorang main..Ada patient, nak ngikot lg..Meraung pulak 3 minit...Adola...Patient yg dtg sini mesti cakap anak doktor gigi tu asik nangis je...Huuuu...
Dalam pukul 6pm, ibu sampai. Sama dgn ayah, adik, kak ngah dan anak dia Wafiq..Klinik dah operasi masuk bulan ke3, kak ngah baru jejak kaki. Diorang lepak klinik sampai Margrib, siap solat kat klinik semua. Pastu kami serang rumah acik. Adik lelaki saya yg baru kawen bbrp hari yg lalu dah ada rumah sendri oi. Dah nak duduk rumah sendri. Kami saje je pergi jengok2 diorang pengantin baru tu kemas rumah. Banyak sangat hadiah kawen diorang. Tp xde sapa bg tv dan mesin basuh. Tengok dinding dan basuh guna tangan je la oi.
Lepak rumah acik, pekena sate, saya, Arjuna dan anak2 terus mintak diri. Kami ke rumah abang Arjuna plak. Dia dpt baby girl. Sampai rumah BIL, lepak2, dah pukul 11pm...Kami semua sekeluarga kecil ni belom mandi pong lg..Hahaha..Terus la balik rumah..Tak sabar nak bersihkan badan, nak lepak atas katil.Penat la..
Otw, ternampak la plak klinik my BFF cerah..Klinik gigi baru jugak.Hari ni opening nya..Terus berhenti singgah..Si suami je ada..Jengok2 sekejap terus balik...
Mandikan anak2, mandikan diri sendri, terus melompat atas katil. Arjuna, tengah2 malam buta tu, dia kelebet Gino dia...Baru ada masa dan mood nak belek Gino..Ntah pukul berapa dia tido pun saya tak tahu.
Pagi ni, lepas subuh dah x tido..Semalam kan seharian x makan nasi. Haruslah suamiku tu lapar..Isteri mithali ni terus bangun masak nasi siap gulai kuning ikan kembong. Suka la Arjuna pepagi makan nasi berlauk. Tuk anak2, saya suap makanan yg sama je..Cuma, saya rebus pumpkin sket..Gaul dgn nasi, dgn kuah gulai, berselera anak2 mami makan.
Lepas makan, mandi, semua ikot ke klinik. Qasyaf tinggal klinik, Qisya ikot dedi gi bayar sewa kedai. Alhamdulillah, syukur pada Allah, income bulan kedua beroperasi, dah boleh buat bayar sewa kedai. Sebelum ni, kami bayar dgn duit saving dan duit baki pinjaman yg x habis guna tuk reno klinik dan beli barang klinik tu. Harap2 bulan2 seterusnya, income semakin baik, dan boleh cover overhead klinik yg agak tinggi ni...Setakat ni, bayaran bulanan pinjaman, kami masih bayar guna baki duit pinjamin yg belom habis guna...Hurmmm....Utk bulan kedua beroperasi ni, saya sendri blom amik gaji la..huuu...
Arjuna dan anak2 lepak sampai tgh hari...Bila semua dah bosan, dah ngantuk, Arjuna bawa balik rumah. Kejap tu wasap, dah sampai rumah, anak2 semua tido..Heee, penat sgt la tu main kat klinik..
Ni, ingt nak pergi opening klinik BFF...Tp, sayang plak nak tutup klinik..Tengok lah mcm mana...
Nah, gambar2 anak2 pagi tadi...Mcm2 ragam!
Eh, btw, apahal tajuk entry tekak melayu plak...Heee...
Rasa mcm nak buat pau goreng inti kacang merah la..Tak nak yg beli..Nak buat...Goggle resepi jom!
Mee kering tu cane? Cuma up gambar jap..
ReplyDelete