kita2.... ;-p

Saturday, January 4, 2014

juicy fruit juice!

Semalam, Jumaat, giliran dedi pulak jaga anak2 kat rumah. Bangun pagi, saya terus masuk dapur goreng kuetiaw goreng keropok keping. Tak kan lah nak tinggalkan anak suami tanpa makanan kan. Siap masak, jemur baju, kejut Arjuna. Tanya Arjuna, nak kejutkan anak2 sekali x, dia cakap xyah lg la..

 
Nyenyak je diorang tidur.

Jadi, kami sarapan berdua sahaja. Lepas sarapan, bsiap2, masa nak keluar rumah, barulah anak2 bangun. Diorang sendiri mcm dah faham sangat. Wiken, dedi ada kat rumah, so, kne duk rumah je, xle ikot mami.

Jadi semalam, xde la budak kecik mengganggu..Tenang mami nak main kitchen scramble.Hahaha.. Sempat la jugak list down barang2 klinik yg dah habis stok..Sempat la jugak buat order baru. Hurmmm, rasa mcm patient x ramai pun. Tapi glove, gauze, tisu, semua dah habis..Acctually, patient ada je tiap hari. Tp diorang request simple treatment. Sbb tu income juz so-so...Kalo nak income masyuk, kne ada treatment yg cangih sket...Jadi, meh la datang klinik saya buat crown and bridge ye..Tak pun sila la dtg buat pemutihan gigi..Gigi anda putih, saya gembira..Cheh, sempat iklan tu..Hehe..

Tgh hari, break masa org solat Jumaat, sempat la buat tom yam ayam...Malamnya, nasi masih ada. Tp, konon diet, saya x makan nasi..Saya makan kue tiaw tom yam...Arjuna juz habiskan nasi tengah hari je..Lepas makan, as always, tanya Arjuna, nak air pape x?..Dia ckp jom kluar minum air buah..

Hurmm, jom la...

Siap2, terus pergi Seberang Takir..Situ femes dgn gerai air buah yg sgt asli dan pekat.



Gaya anak2 tengah tunggu order...

Saya, seperti biasa, order air mangga, Arjuna plak, mulanya nak order air nangka, tp makcik amik order cakap xde..Jadi, dia pun order air mangga jugak..Kami order gelas sederhana saja...Biasa, Arjuna akan order gelas besar....Makan, juz makan kerepok lekor..Makanan ruji rakyat Terengganu..Hahaha...

Bila dah habis segelas, Arjuna ckp, nak air lain plak la..Ooo, patut la tadi mintak gelas sederhana, rupanya ada plan nak tambah air..Dia panggil budak ambik order, kemudian order air ciku..Budak tu ckp, ciku dah habis..Hurmm, nak minum apa ek?..Ada air durian belanda, sour plum, air buah naga, honeydew...Tak tau nak pilih..Saya suh cuba air timun batang..Arjuna ckp yekk, haha...Timun makan, air timun xnak plak dia...Kemudian budak tu cadangkan air nangka..Lorrr, tadi ckp xde..So, order air nangka gelas kecik je sbb perut dah penuh kan...





Waaaaa, double chin di situ!!!!!....

Lepas minum, terus balik...

Ok..Tu je nak cite...

Sapa datang Terengganu, dtg jumpa saya..Nanti saya belanja air buah k...Heee...






5 comments:

  1. Kalau balik terengganu mesti minum air buah gelas besar kat seberang takir. Dah jadi satu kewajipan lah pulak. Huih, lama tak minum air buah gelas besar terengganu weh.

    ReplyDelete
  2. Waaa...nak dtg terengganu arr hehehe

    ReplyDelete
  3. sedapnyooo air tu..
    smlm sy teringinnn nk minum air manga, gi beli air manga kt kedai arab.. ade umphhh, pekatttt

    ReplyDelete
  4. mcm best je air nangka tu dr len..hish..menyengat2 ni tekak nak rasa..haha

    ReplyDelete
  5. brpe ye kos nk putih kn gg?hehe..lma x treatment tuk putih kn gg?

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)