kita2.... ;-p

Wednesday, March 5, 2014

31

Semalam 4 Mac 2014. Saya genap 31 tahun. Masha Allah, dah 31 tahun saya bernafas di muka bumi Allah ini. Alhamdullilah.

Malam sebelum hari lahir,saya terfikir,apa yg belum saya capai di umur 31 ini. Saya belum ada rumah sendiri. Saya belum pakai Gucci. Klinik masih merangkak2,ntah bila nak maju.

Esoknya,bangun pagi , saya dpt ucapan hari lahir dari Arjuna. Saya solat subuh. Usai solat, saya terfikir,kenapa mahu kira apa yg belum saya ada. Lebih baik bsyukur atas apa yg saya sudah miliki. Alhamdullilah, saya punyai suami dan rumah tangga yg bahagia, saya punyai anak2 yg sedang mbesar dgn sihat dan bijak. Saya punyai ibu ayah yg kuat menyokong saya dan mbantu saya lebih2 lg sejak saya berbisness ni. Saya punyai adik2 yg selalu mengagumi saya. Saya masih punyai sahabat baik yg mengirim ucapan selamat hari lahir.  Syukur Alhamdulillah atas segala kurnian Allah.

Doa saya, semoga setiap nikmat yg Allah kurniakan ini akan kekal untuk 31 tahun lagi.

Doa saya, semoga saya menjadi muslimah yg lebih baik.

..............................Selesai solat subuh, saya ke dapur. Ibu ada beli kelapa parut,tp dia tertinggal,lupa nak bawa balik. Ibu suruh saya guna je kelapa tu. Hurmmm,Arjuna suka makan nasi berlauk pada waktu pagi. Gigihla saya perah kelapa parut tu. Manually guna tangan ok...Owh dah lama sgt x perah kelapa. Biasanya saya bli santan je. Perah kelapa,potong ayam,dung dang dung dang siap  kari ayam. Alang2 cili padi ada bnyk,tumbuk cili plak. Letak garam,gula dan cuka. Arjuna panggil sambal jantan. Sbb pedas mengganas mcm jantan kot. Hahaha...kalo kat rumah ibu,tumbuk cili padi mesti letak belacan...Baru nama sambal belacan. Tp Arjuna xsuka. Dia suka sambal jantan.

Maka btambah2 Arjuna makan. Haishhh....Special plak breakfast dia. Beriya kari dgn sambal. Besday sapa sebenarnya ni?..he he. Qasyaf pun mkn nasi. Saya konon xnak nasi,nnti obes pepagi dah ngadap nasi. Saya makan roti canai segera. Cicah kari ayam. Sedap mjilat jari 2 keping roti canai saya telan. Skang,siapa yg obes? Hahahah...

Lepas sarapan,bermula la sesi mengemas rumah. Kan Arjuna dah pindah tmpt kerja. Kerja kat KT skang. Masa kat Kerteh,dia ada kuaters sendiri. Ada la bbrp barang Gino dia simpan kat kuaters tu. Bila pindah,angkut semua,lambak kat rumah sewa ni,x kemas pun lg. So,pagi semalam mengemas la kami laki bini dgn bantuan anak2...heeeeee...

Eh,lupa plak nak bgtau, setiap tahun,4 Mac cuti ya.. Besday I sama dgn sultan Terengganu...hihi

Tengah hair,lunch kari ayam pagi tadi je. Goreng telor dadar as lauk tambahan. Lps lunch Arjuna pergi kerja. Bz hoihh cutti pun kne kerja. Saya dan anak2, masuk bilik, buka ekon, tido sampai petang. Amannnnn...Haha..

Malam lepas Margrib keluar celebrate besday... Alaaa, mkn2 he... Kami pergi Tappers. Kat Pulau Warisan.





Ala2 full house la konon.... He he... Kat KT pun ada tau. Hihi...

Lepas makan terus balik.

Alhamdulillah untuk hari lahir yang ke 31 ini saya gembira.

Ok...itu saja.... Daaaaa!

#gigih taip guna talipong.

4 comments:

  1. "kenapa mahu kira apa yg belum saya ada. Lebih baik bsyukur atas apa yg saya sudah miliki"
    berfikir sejenak...a good reminder utk saya..thanks ye.. :)
    And hepi birthday...Moga dipermudahkan semua urusan kak harz di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  2. happy birthday harz..semoga kekal sihat bahagia... bju kashaf sama dgn baju akid..hehe mlm tadi akid pakai juga

    ReplyDelete
  3. Eppy besday beb...baru 31...muda lagi :) semoga jadi isteri, ibu n anak y solehah. Gigih tu parut kelapa pepagi.

    Eh..kat kt pun ada tappers? Masa keja kat Capsquare dulu selalu lunch kat tappers capsquare..sedapp!

    ReplyDelete
  4. sanah helwah...semoga sentiasa di dalam lindungan rahmat, barokah & redha Allah dunia & akhirat...Ameen..

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)