kita2.... ;-p

Saturday, August 23, 2014

ringgit yang sama,nilai yang berbeza



 Bukan nilai bandingan hari ini dengan zaman 80an yang saya ingin bualkan.  Sebab, memang jauh bezanya nilai ringgit di waktu itu berbanding sekarang. Ibu kata, dulu, RM10 boleh beli sekilo gandum, sekilo gula, sebiji kelapa dan sepaket minyak masak. Sekarang RM10 tu budak sekolah buat belanja seharian di sekolah saje. Memang lumrah duniawi, semakin pesat membangun Negara itu, semakin tinggi kos sara hidupnya. Siapa kita untuk menyangkal. 

Nilai bandingan yang saya mahu coret di sini adalah bezanya saya yang dulu dan saya yang sekarang. Saya bukan mengeluh, jauh sekali mempertikaikan rezeki saya. Cuma sekadar coretan agar satu hari nanti, apabila saya belek kembali kisah2 di blog sendiri, tahulah saya, di awal perniagaan memang penuh jerih dan lelah.
Ya, ini bahana membelek intagram menelek satu persatu apa sahaja yang dijual di laman itu. Naluri saya, naluri membeli. Hakikat sekarang tidak boleh boros kerana perniagaan masih terumbang ambing. Bila menyekat nafsu sendiri, mula la tiba rasa gundah, rasa tertekan. Payahnya hidup apabila duit menjadi kekangan.

Tambahan lagi, usai Aidilfitri seakan semua org tidak berduit. Mungkin ada yang sakit gigi. Mungkin ada yang perlukan rawatan. Tapi ditahan keinginan tunggu tiba gaji dahulu. Maka saya juga kerjanya menunggu sajalah. Tunggu tunggu, datang la seorang pesakit. Tunggu lagi, layan anak2 makan. Tunggu lagi, ajar Qasyaf tulis A. Tunggu lagi, datang lagi seorang pesakit. Tunggu lagi, buka facebook. Tunggu lagi, buka instagram. Cetak skrin. Buat nota di mental, nanti kalau pendapatan  hari ni banyak ni, nak beli la skirt ni. Kalau pendapatan banyak ni pulak, nak bli la dress ni. Hujung hari, pendapatan tak capai target, skirt tak boleh beli, dress apatah lagi, mula la nak marah2 rasa tertekan. Sampai qasyaf dan Qisya pun jadi mangsa. Bukan mangsa dera. Mangsa bebelan je. Bila hati gembira, anak2 buat sepah, bebelan dalam sepuluh patah. Bila hati gusar, anak2 buat bising, bebelan boleh jadi seratus patah perkataan. Betul tak?

Untuk memenuhi nafsu membeli, saya tidak minta pada Arjuna. Kesian dia. Dia bayar sewa rumah, tanggung segala bil, beli brg dapur, belanja hal2 rumah dan anak, malah duit untuk saya isi minyak kereta pergi kerja pun Arjuna beri. Kami disiplinkan diri untuk tidak usik duit hasil klinik. Sebab hutang klinik besar. Kan saya dah cakap, modal klinik gigi ratusan ribu. Usia klinik belum pun sampai setahun. Jadi boleh agak la kan, banyak mana lagi hutang saya. Overhead bulanan pun tinggi. Mana yg lebih2 buat bayar gaji staf, byr hutang pinjaman, bayar sewa kedai, bayar hutang supplier, saya tarik la sikit2 buat ubat nafsu membeli atas talian. Kalau takde lebih, duk diam, tarik nafas hembus tarik nafas hembus sajalah.

Berbeza sungguh rasanya masa zaman kerja gomen dulu. Kuasa membeli di tangan saya! Tengok sajalah gadget Qasyaf masa tu. Carseat dia, stroller dia. Masa tu saya hanya kenal snuggbaby. Sbb tu beli snuggbaby. Kalau tahu adanya TULA, kompem dah beli TULA. Hurrmmmm…Berbeza sungguh nilai ringgit dulu dgn sekarang.
Dulu, boleh selamba belanja adik2 . Tgk sajalah baju2 adik bongsu saya.
Dulu, setiap hari pos laju hantar barang ke klinik. Semua benda saya beli. Itu belum masuk shopping complex sekala sekala.  Nasib baik sekali sekala je kan. Sbb sini takde shopping complex. Harap bila merayap ke KL sajalah. Sekarang, kalau nak beli apa2, mmg fikir 4 kali. Perlukah beli? Nanti guna berapa kali? Tak membazir ke? Ni kalau guna duit klinik ni, kan supplier mintak hutang xle bayar plak…Kne fikir semua tu..Dah 2 tahun saya tak beli handbag tahu! Lagipun dah janji dgn diri sendiri. Tak nak beli handbeg selagi tak mampu beli designer handbag. Eh, cita2 kne ada. Baru lebih kuat berusaha. 

Masuk bidang perniagaan ni mmg fikiran dan jiwa pun berbeza dari dulu. Dulu macam tak terasa rezeki tu datang dari Allah. Kerajaan yg beri gaji kan. 25 haribulan dapat gaji. Banyak pulak tu. Belum cerita waktu dapat bonus. Mmg suka hati betul la. Apabila kerja sendiri, buat saya betul sedar. Rezeki itu Allah yang beri. Patutlah nabi berniaga. Patutlah 9 daripada 10 punca rezeki datangnya dari perniagaan. Dgn berniaga, kita meminta pada Allah. Dgn berniaga, kita memohon pada Allah. Ya Allah, datangkan lah rezeki buatku. Jika ia di langit turunkanlah. Jika ia di bumi keluarkanlah. Jika jauh dekatkanlah. Jika sukar, pemudahkanlah. Jika haram, halalkanlah. Betul2 mengharap dan buat kita merayu pada Allah. 

Bila berdoa dan merayu pada Allah, buat saya malu untuk pandang rendah pada kewajipan tutup aurat sepenuhnya. Buat saya malu bila tinggalkan al quran. Ye la, kita minta pada Allah, tp yg disuruhNya kita tak buat. Tak malu ke?. Syukur, walau hidup lebih sukar sekarang ni dek kekangan kewangan, saya lebih berusaha untuk dekat pada Allah. Cuma satu, saya belum berjaya solat malam. Rahsia org cemerlang adalah solat malam. Payahnya nak bangun solat tahjud. Itu azam saya yg satu. Semoga Allah permudahkan.

Doakan saya kuat. Berniaga bukan mudah. Tapi ia sunnah nabi kan. Senyum !

Monday, August 11, 2014

luruskan gigi yang tak teratur tanpa memakai braces

Assalamualikum dan hai.

Sesiapa yang follow akaun fb Klinik Pergigian DR Len, atau follow IG saya, tentu dah pernah ternampak saya iklankan tentang benda ni kan.

Ya. Ini adalah satu teknologi baru untuk memperbetulkan gigi yang tidak teratur.
Nama benda ni adalah aligners. Dari syarikat Clearpathdental.

Aligners ni adalah sarung gigi yg berwarna jernih, yang disarungkan kepada gigi. Ia melekap ketat pada gigi, dan boleh membuatkan gigi bergerak menjadi susunan yg teratur.

Masih keliru?

Ok, saya akan cuba terangkan di sini secara am.

Apabila pesakit datang ke klinik, doktor akan mengambil acuan gigi pesakit. Doktor juga akan mengambil gambar keadaan gigi pesakit. Jika perlu, pesakit akan diarahkan untuk mengambil xray.

Acuan gigi pesakit tersebut, akan dihantar ke Dubai, tempat aligners dibuat. Kemudian, doktor gigi dan kejuruteraan Clearpathdental akan menganalisa acuan tersebut. Ada sesetengah gigi yg terlalu tidak teratur memerlukan cabutan. Cabutan ini adalah untuk menyediakan ruang supaya gigi2 boleh disusun dgn elok. Sesetengah pesakit pula tidak memerlukan cabutan. Semuanya bergantung kepada pemeriksaan doktor.

Selepas sebulan, aligners akan siap dan dihantar ke klinik. Aligners buka satu. Tetapi ada banyak. Di dalam set pesakit, mungkin ada 10 aligners, mungkin ada 15 aligners dan bermacam2 lg. Ia bergantung kepada keseriusan kesesakan gigi pesakit. Lebih sesak gigi pesakit, lebih banyak aligners mungkin diperlukan.



Satu aligner perlu dipakai selama 2 minggu. Apabila selesai memakai aligner pertama, pesakit perlu menukar kepada aligner kedua dan begitulah seterusnya sehingga gigi menjadi teratur.

Aligners adalah removable iaitu boleh dipakai dan dibuka sendiri oleh pesakit. Pesakit perlu memakai aligner sekurang2nya 22jam sehari. Ini bermakna, pesakit perlu memakai sepanjang masa dan boleh membukanya ketika memberus gigi sahaja.

Pemakaian aligner bergantung penuh kepada komitment pesakit kerana ia adalah removable. Jika pesakit asik terlupa untuk memakai aligner, atau kehilangan aligner, rawatan memperbetulkan gigi akan terganggu dan akan lambatlah proses meluruskan gigi.


Aligner mempunyai banyak kelebihan berbanding pendakap gigi atau braces. Aligners adalah plastik lutsinar. Jika pesakit memakainya, tiada sesiapun akan tahu. Tidak seperti pendakap gigi yg penuh dgn besi dan wayar. Jadi, pesakit yg memakai aligner tidak akan mengalami masalah ulser kerana tercucuk besi dan dawai.

Jika memakai aligners, gigi lebih mudah dibersihkan. Hanya perlu menanggalkannya, dan gosok gigi macam biasa kemudian memakai semula aligner tersebut. Tidak seperti pengdakap gigi. Agak sukar membersihkan gigi yg ada besi dan wayar.

Dgn memakai aligner, pesakit tidak perlu berjumpa doktor gigi setiap bulan. Hanya pakai aligner mengikut urutan yg telah disediakan. Jika memakai pendakap gigi, pesakit perlu berjumpa doktor gigi setiap 4-6minggu untuk mengaktifkan pengdakap.


Walau bagaimana pun, jika kesesakan gigi terlampau serius, seperti gigi terlalu jongang, rahang tidak seimbang, pesakit masih perlu berjumpa pakar orthodontik dan tidak sesuai memakai aligner.

Itulah penerangan secara ringkas.

Jika ada kemusykilan, bolehlah menghubungi Klinik Pergigian Dr Len. 09-6176051.

Thursday, August 7, 2014

raya aidilfitri 2014

Assalamualaikum….

Hello peeps!!..

Minggu kedua Syawal dah neh. Tp cerita raya dari saya blom ada satu pun lagi kan. Sebenarnya hajat di hati, nak update blog bila dah transfer gambar raya. Tp ntah bila la nak transfer. Laptop ada kat klinik. Kamera ada kat rumah. Asik lupa nak angkut camera DSLR yg gabak tu ke klinik. Nak angkut laptop balik rumah? xde maknanya hoi. Jadi, marilah kita bercerita raya dgn hanya menampal sekeping dua gambar raya yg ada dlm handset cabuk ni.

Raya tahun ni, giliran kat Rantau Panjang Kelate. Saya x tahu lah org Kelate lain mcm mana, tp family Arjuna, raya puasa mmg derang x beriya sgt. Tak meriah. Takde bersungguh2 rempuh jem untuk beraya ke rumah semua sanak saudara dan kawan. Malah xde pun yg buat rumah terbuka. Derang banyak lepak kat rumah saja. Bosan la jugak. Bukan bosan la jugak..Mmg bosan..Tp oleh kerana mahu adil, mahu bertimbang rasa, kena sudi2kan hati, lapang2 jiwa utk balik beraya kat Kelate jugak if dah sampai giliran balik Kelate kan.

Tambahan pula tahun ni, MIL masih x sihat. Suam2 kuku saja sambutan raya kami. Utk makan raya pertama, my SIL tempeh nasi komok saja. Tau x nasi komok?..Google je la. Hihi… MIL mmg x sentuh dapur langsung. Biasanya, MIL akan buat ketupat palas, tapai pulut, nasi impit dan nasi dagang. Tp tahun ni x de semua tu. Ada nasi impit je yg saya usahakan dgn SIL. Kalo x masak langsung, mmg x rasa raya la kan.

Pagi raya, kul 6.30am lagi dah kejut anak2. Nak gi solat sunat Aidilfitri. Nak serap bahang raya sket. Seb bek derang behave. Sgt memberi kerjasama. Kami solat kat masjid besar Rantau Panjang. Lebih dikenali sbgai masjid Beijing sbb senibinanya kot.






Punya la awal sampai masjid sbb nak chop tempat tepi dinding..Ye la kan..Takot anak meragam..Qisya dgn saya. Qasyaf dgn dedi.

Usai solat, otw balik rumah, cari ais dulu. Ishk, ishk, pagi raya baru thegeh2 cari ais. Ada je kedai buka. Balik rumah, makan2 dan makan2. Layan tetamu makan2 dan makan2 lg. Qasyaf mcm excited benor  sbb sepanjang hari ada makanan thidang atas meja. Asik makan je. Qisya plak tido dr lepas balik masjid sampailah kul 2ptg kot. Lama kan..Dia ratu tido.

Ramai jugak tetamu dtg rumah. Sbb derang tau MIL sakit kan. Dtg tengok org sakit la kiranya. Sambil2 beraya. Petang baru ada masa bergambar sekeluarga.

Hari raya kedua, pun x best jugak…Separuh hari lepak di rumah. Then pergi beraya rumah kawan Arjuna. 2 buah rumah je.

Hari raya ketiga, sepagi Arjuna duk sebok baiki paip rumah. Kul 2ptg, kami bergerak balik KT. Otw, singgah Pasir Mas. Beraya rumah kawan saya sorang, beraya rumah kawan Arjuna sorang.

Hari raya keempat saya dah selamat buka klinik dan Alhamdulillah, rezeki hari tu murah.

Haaaa, itu je lah cerita raya saya. Tak best kan.

Tp kalo x cite kat sini kang, tahun depan nak recall balik x ingat dah. Hehehe..

Saya macam nak buat rumah terbuka je. Tak pun nak ajak kawan2 buat potluck. Kami geng dentist Terengganu blom berjumpa dan beraya pun lagi neh. Tgk la macam mana.

Itu saja. Daaaaa!