Assalamualikum dan hai.
Sesiapa yang follow akaun fb Klinik Pergigian DR Len, atau follow IG saya, tentu dah pernah ternampak saya iklankan tentang benda ni kan.
Ya. Ini adalah satu teknologi baru untuk memperbetulkan gigi yang tidak teratur.
Nama benda ni adalah aligners. Dari syarikat Clearpathdental.
Aligners ni adalah sarung gigi yg berwarna jernih, yang disarungkan kepada gigi. Ia melekap ketat pada gigi, dan boleh membuatkan gigi bergerak menjadi susunan yg teratur.
Masih keliru?
Ok, saya akan cuba terangkan di sini secara am.
Apabila pesakit datang ke klinik, doktor akan mengambil acuan gigi pesakit. Doktor juga akan mengambil gambar keadaan gigi pesakit. Jika perlu, pesakit akan diarahkan untuk mengambil xray.
Acuan gigi pesakit tersebut, akan dihantar ke Dubai, tempat aligners dibuat. Kemudian, doktor gigi dan kejuruteraan Clearpathdental akan menganalisa acuan tersebut. Ada sesetengah gigi yg terlalu tidak teratur memerlukan cabutan. Cabutan ini adalah untuk menyediakan ruang supaya gigi2 boleh disusun dgn elok. Sesetengah pesakit pula tidak memerlukan cabutan. Semuanya bergantung kepada pemeriksaan doktor.
Selepas sebulan, aligners akan siap dan dihantar ke klinik. Aligners buka satu. Tetapi ada banyak. Di dalam set pesakit, mungkin ada 10 aligners, mungkin ada 15 aligners dan bermacam2 lg. Ia bergantung kepada keseriusan kesesakan gigi pesakit. Lebih sesak gigi pesakit, lebih banyak aligners mungkin diperlukan.
Satu aligner perlu dipakai selama 2 minggu. Apabila selesai memakai aligner pertama, pesakit perlu menukar kepada aligner kedua dan begitulah seterusnya sehingga gigi menjadi teratur.
Aligners adalah removable iaitu boleh dipakai dan dibuka sendiri oleh pesakit. Pesakit perlu memakai aligner sekurang2nya 22jam sehari. Ini bermakna, pesakit perlu memakai sepanjang masa dan boleh membukanya ketika memberus gigi sahaja.
Pemakaian aligner bergantung penuh kepada komitment pesakit kerana ia adalah removable. Jika pesakit asik terlupa untuk memakai aligner, atau kehilangan aligner, rawatan memperbetulkan gigi akan terganggu dan akan lambatlah proses meluruskan gigi.
Aligner mempunyai banyak kelebihan berbanding pendakap gigi atau braces. Aligners adalah plastik lutsinar. Jika pesakit memakainya, tiada sesiapun akan tahu. Tidak seperti pendakap gigi yg penuh dgn besi dan wayar. Jadi, pesakit yg memakai aligner tidak akan mengalami masalah ulser kerana tercucuk besi dan dawai.
Jika memakai aligners, gigi lebih mudah dibersihkan. Hanya perlu menanggalkannya, dan gosok gigi macam biasa kemudian memakai semula aligner tersebut. Tidak seperti pengdakap gigi. Agak sukar membersihkan gigi yg ada besi dan wayar.
Dgn memakai aligner, pesakit tidak perlu berjumpa doktor gigi setiap bulan. Hanya pakai aligner mengikut urutan yg telah disediakan. Jika memakai pendakap gigi, pesakit perlu berjumpa doktor gigi setiap 4-6minggu untuk mengaktifkan pengdakap.
Walau bagaimana pun, jika kesesakan gigi terlampau serius, seperti gigi terlalu jongang, rahang tidak seimbang, pesakit masih perlu berjumpa pakar orthodontik dan tidak sesuai memakai aligner.
Itulah penerangan secara ringkas.
Jika ada kemusykilan, bolehlah menghubungi Klinik Pergigian Dr Len. 09-6176051.
Mesti mahal kan. Huhu.
ReplyDeleteSalam dr Len,
ReplyDeletemahal dak? untuk gigi okay je, tp ade spaces kt blah ats n bawah tu ad yg xberapa align