kita2.... ;-p

Thursday, October 29, 2009

yang macam mana ek?

Semalam, balik je kerja, masa duduk-duduk sembang dengan ibu, ibu cite. "tadi ibu dah gi survey kain nak wat baju tunang...cantik...bla... bla... bla ...harga...bla...bla...". Aku sengeh. Di dalam hati, oh ibuku, tak sabar-sabar ek nak memulakan persiapan. Tak sempat tungu aku pun. Maklumlah, aku kan kerja...Ok,aku ada fikir-fikir jugak nak wat baju yang macam mana ek?..tak la glamer-glamer sgt sebab ni baru tunang...kalo cam ni cantik?


ke mcm ni?


ini?


tp..inilah yg mjadi idaman kalbu!!

tapi yang pasti, bukan putih or cream. Sebab warna tu esklusif untuk kahwin sahaja!

Tuesday, October 27, 2009

detik waktu

Masa terus berdetik. Ke depan. Tidak berundur. Itu pasti. Aku juga harus bergerak. Mengikut arus waktu. Supaya tidak tercicir. Tapi aku buntu. Mahu bermula di mana yea? Apa yang harus difirkan dahulu pun tidak nyata di benak ini. Sudahnya aku hanya menapak di laman-laman sesawang. Menelaah blog teman-teman. Mana tahu, mungkin ada yang boleh membantu aku untuk bermula. Alam maya ini kadang kala buat aku leka. Itu cantik, ini anggun, begitu indah, begini hebat. Majlis aku nanti bagaimana la agaknya. Warna? Merah jambu yang berlegar-legar di akal. Asyik merah jambu je. Apalagi warna yang manis dan menangkap mata yea. Ahh, tentang warna sahaja sudah pening. Belum yang lain-lain lagi. Bukan senang rupaya kerja ini. Ada sesiapa boleh tolong????

Sunday, October 25, 2009

Ada apa dengan 24.10.09?


Pagi – pagi lagi kawan-kawan tersayang sudah mula menghantar SMS. Semua bertanyakan soalan yang sama. Berdebar-debar tak? Jujur, aku tak rasa apa-apa pun! Dengan keadaan belum mandi (hehe), aku menyertai ibu di dapur. Ibu sudah mula memasak itu ini. Permintaan special arjunaku, ayam percik. Amboi, demand!. Itu ini itu ini, arjunaku menelefon memberi tahu sudah tiba di rumah abangnya dan mahu ke rumahku usai zohor nanti. Aku sudah rasa dup dap dup dap. Ke dag dig dup? Ah, sama la tu. Nak make up macam mana pun dah tak reti. Nak pakai eyeliner? Sebab mataku akan jadi galak jika digaris eyeliner. Nanti over pulak. Tiba –tiba Sheri pulak yang SMS. Ok, boleh Tanya Sheri nak pakai eyeliner ke tidak.Make up biar neutral, pakai la sket eye liner. Biar berseri. Tapi yang lain jangan tebal2. jangan pakai lens kaler2, jangan pakai jam kaler emas ko yg gedabak tu, jangan pakai tudung banyak batu2 or renda2 sangat, jangan lilit tudung berbelit2 sangat. Yang penting ko cun.!.Eh, panjang pula jawapan dia. Cuak seh. Memang cuak. Dah la aku seorng diri. Kalau ada kak ngah ok la jugak. Yang ada, adik, yang memang cam seronok jer sebab konon-kononnya ingat hari ini kak long dia nak kahwin. Bukan la dik,ni bukan kahwin. Akhirnya tiba la jua arjunaku dengan keluarganya, membawa hajat merisik. Bla bla bla dan bla…..Selesai. Adegan malu-malu badak sumbu terpaksa disensor di sini. Malu la. Hehehe . Satu je nak sebut kat sini. Abang arjunaku membawa anak keduanya yang berusia dua bulan. Mak cik aku menyuruh ibu sediakan tilam kecil untuk bayi itu tidur sementara emaknya makan. Maka, tidurla bayi itu dengan nyenyak dan emaknya menjamu selera. Semua menjamu selera di ruang tamu kecuali aku dan adik serta bayi. Kami duduk di ruang tengok tv tu. Tiba-tiba bayi itu terjaga dan menangis. Alamak! Dari rengakan kecil menjadi laungan. Serius!!!, aku memang fail dalam bab memujuk mengangkat mendukung bayi! Gelabah juga. Tidak tahu nak buat apa. Mujurla makcikku berhenti makan dan datang mendodoikan bayi itu. Fuh!!. Maka cerita 24 Oktober 2009 itu berakhir. Banyak kerja yang perlu aku selesaikan dalam masa sebulan ini….Ermmmmm….

Jumaat, 23 Oktober 09


Dah nama pun Jumaat. Hari cuti-cuti. Macam biasa la rasa malas sangat nak bangun pagi. Lepas solat subuh dan berhelo dengan arjunaku, tarik bantal peluk nak sambung tidur. Tapi suara ibu memecah ruang sunyi rumah. Menyuruh (memaksa) aku bangun. Satu kerja pun belum siap! Bebel ibu. Aku terkelip-kelip memandang siling. Oh ya, memang aku ada task yang perlu diselesaikan hari ini. Dengan perasaan aku-mahu-tidur-lagi aku bergerak ke bilik air. Ibu sudah keluar ke pasar pagi dengan ayah. Aku di rumah, tidak sampai setengah jam sudah siap menggoreng meehun dan keropok lekor untuk sarapan( nak cite jugak pasal rajin memasak ni). Sambil bersarapan dengan ayah ibu kami bincang-bincang cerita tentang esok. Menu dan sesuatu untuk diberi kepada ma arjunaku. Dengan keadaan masih berkira-kira mahu membeli apa aku dan ibu sudah tercegat di kedai yang belum dibuka itu. Buka saja kedai kami jadi pelanggan pertama yang masuk. Tup tap tup tap, ok la aku beli dua bekas itu (seperti dalam gambar). Untuk letak buah dan kek. Selesai membeli buah, kek dan barang untuk masakan esok, kami pulang. Ibu tinggalkan aku di rumah. Disuruh membersihkan rumah (rumahku berdebu yang ampun sebab masih lagi dalam pembinaan menambah dapur dan bilik tidur). Ibu ada urusan di rumah pak cikku. Dan aku dengan semangat yang jitu membuat kerja-kerja rumah. Sehinggalah ke malam hari, sibuk mahu menghias bekas yang kubeli tadi pula. Baru aku sedar, rupanya aku tidak punya bakat dalam hal ini. Tidak tahu bagaimana mahu mengcantikkan bekas yang dah cantik ini. Akhirnya, aku tidak membuat apa-apa. Hanya meletakkan buah yang pelbagai dan kek itu ke dalam bekas itu. Sekian. Oh lupa, aku siapkan juga sedikit puding sebagai pencuci mulut untuk esok.

Thursday, October 22, 2009

Gemooknya jariku!!

Semua orang tahu, aku mahu kurus. Sengaja tidak makan nasi sejak awal tahun ini (walaupun makanan lain aku bedal saja).Sebab badan aku yang montel ini akan lebih mengembang jika menjadikan nasi sebagai makanan ruji seperti manusia lain di Malaysia ini. Orang kata aku sudah kurus sedikit. Ntahla. Aku rasa macam sama. Lebih-lebih lagi sejak habis puasa Ramadhan lepas. Tak putus-putus rumah terbuka dan jamuan hari raya. Bukan salah aku kalau terliur dengan beraneka makanan itu. Salahkan saja hari raya yang disambut sebulan itu. Ha ha ha!. Aku cuba sungguh-sungguh untuk tidak makan secara manusia normal. Yang menelan dan memproses sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari. Susah! Payah!. Namun hasilnya, jeans terbaruku dua saiz lebih kecil. Ok la seronok. Tetapi kenapa timbangan tidak menurun? Kene diet lebih estrem? Dan oh ya, bersenam. Perkara yang paling malas aku lakukan. Dan terbaru apabila arjunaku menanyakan saiz cincinku,aku terdiam. Menelek jari sendiri. Alamak gemuknya. Malu mahu memberitahu saiz sebenar. Mahu saja aku reka-reka saiz yang lebih kecil,dengan harapan sempat untuk aku menguruskan jari. Tapi bagaimana mahu menguruskan jari? Urutan? Lebih banyak mencabut gigi? Senaman tangan? Arghh, mahu mengaku sajakah saiz jariku yang besar? Ya, mengaku saja. Sebab aku akan lebih malu jika cincin nanti tidak boleh muat ke jari. Ok lah arjunaku, saiz jari saya ialah.......

duit hantaran kamu berapa?


Bermimpi di siang hari itu mudah. Pejam saja mata, yang indah-indah pasti terlayar di fikiran. Malah ada yang tidak perlu menutup mata pun. Tiap anak gadis, pasti mengangankan majlis tautan dua hati yang gemilang. Dari peranggu pengantin, ke pelaminan, ke deratan hantaran, lauk pauk jamuan hadirin hinggalah ke hiburan untuk tetamu. Segalanya kalau boleh biarlah indah dan memuaskan. Tetapi yang kita tidak sedar, mimpi yang asyik itu tidak berbayar. Free of charge kata orang putih. Sedangkan realitinya, duit duit dan duit. Perkara pertama yang jadi soalan kesukaan ramai adalah "berapa hantaran kamu?"...Bila dijawab, ada pula ekornya soalannya, "ooo...si anu RMXXX...si anu tu pula RMXXX"..Ermm bila menempuh ini, saya terfikir sendiri, atas tetapan apakah wang hantaran diberi? Ada makcik yang satu ni kata, bergantung kepada kemampuan sang lelaki. Makcik yang sana pula cakap,eh hello,anak aku doktor yea. Dan makcik di sini pula menjawab,kan bakal penganti lelaki tu anak orang Dato' Dato' dan Tan Sri Tan Sri. Saya? Kelu sendiri. Tidak mahu membebankan arjunaku dan juga tetap mahu memuaskan hati ibu tercinta. Tetapi perkara ini boleh dirunding. Boleh dibincang. Harap-harap semua telus dari hati ke hati. Jujur, jauh di ceruk perasaan aku, susah jugak benda ni yea. Ini baru episod pertama perjalanan ikatan cinta. Ermmmm.....
(gambar adalah hiasan semata2..tiada kaitan dgn diriku)

Wednesday, October 21, 2009

Ku percaya ada cinta


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi