Hi semua...Haaa, ada follower baru lg....Thanx a lot to chepoh danFaizan Villainheart
sbb sudi klik kat Kita2..
Saya ialah anak Malaysia yang lahir berpuluh tahun selepas merdeka. Saya tidak berdepan dengan penjajahan British. Saya tidak ketakutan dengan kekejaman komunis. Celik saya, negara ini sudah aman. Malah, saya tidak pernah merasa kesusahan hidup. Makan pakai saya tidak pernah kurang. Pendidikan bagai tiada had dan batas. Semuanya ada di sini. Syukur pada Tuhan atas nikmat itu. Itu memang tuah lahir di bumi merdeka.
Jika saya tidak menyertai mahupun menonton perarakan kemerdekaan, itu tidak bermakna saya tidak menghargai kemerdekaan. Perarakan hanyalah simbolik upacara sambutan. Klise saban tahun.
Jika saya mengagongkan jenama barat, itu tidak bermakna saya masih dijajah. Mereka masih mendahului dari segi kemasyuran dan kualiti. Apa salahnya kalau saya mahu pinjam sedikit apa yang mereka ada. Jika kita sendiri sudah mampu menandingi mereka, sungguh, saya tidak teragak untuk memilih barangan kita.
Jika saya setiap hari melayari facebook dan blogger, itu tidak bermakna saya sengaja kayakan orang putih. Ini adalah medium komunikasi paling canggih yang mereka cipta setakat ini. Saya hanya gunakan untuk bercakap dengan kamu yang jauh.
Kita ada cara masing2 untuk sambut ulang tahun kemerdekaan. Setiap individu, punyai pengertian berbeza. Jangan sempitkan minda. Usah tuduh menuduh. Buang sifat suka mengeji. Tapi lebihkan sikap bertukar pendapat.
Memang benar saya tidak mungkin dapat bayar balik setiap darah yang mengalir untuk mencapai kemerdekaan. Malah, saya tidak mungkin sekuat mereka untuk memperjuangkan negara. Yang saya mampu hanyalah berkhidmat sebaik mungkin untuk masyarakat. Itu janji saya.
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 53... 1 Malaysia Menjana Tranformasi..........
thanks for the warm welcom ;)
ReplyDeleteblog anda best!!! thumbs up...
selamat hari merdeka..maaf agak lewat mengunjungi blog kamu...maklum , cuti panjang hehe
ReplyDelete