Buat Xora dan Zaila, selamat pengantin baru..Semoga perkahwinan kalian, kekal hingga hujung nyawa.. Saya dah tgk Xora dlm fb femes OP, Rashdi Amin. And she's so gorgeous!!.. Kerja2 Rashdi Amin mcm biasa, boleh buat mulut ni ternganga kagum!
Hujung minggu. Kamu suka hujung minggu? Saya suka hujung minggu. Saya juga pasti, kamu suka hujung minggu. Bagi B2B yang xlama lg akan ke jinjang pelamin, hujung minggu adalah hari terbaik untuk menumpukan sepenuh perhatian kpd psiapan pkahwinan. Apatah lg jika byk benda yang mahu DIY tp belum siap2. Bg suami isteri yg bjauhan, mcm saya dulu, hujung minggu amat ditunggu2 untuk melepaskan rindu dendam pada suami. Hujung minggu mmg best bukan? Tapi, untuk saya, semenjak tinggal serumah dgn Arjuna, hujung minggu kami byk dihabiskan di rumah parents saya atau parents Arjuna. Bgilir2. Sehinggakan kami tidak ada hujung minggu yg dipunyai oleh hanya kami berdua. Mungkin sbb itulah saya kebosanan. Bosan dgn rutin harian dan juga bosan dgn rutin hujung minggu. Kalau x di Kuala Terengganu, kami di Rantau Panjang/Kota Bharu. Perkara yang sama! Sehingga saya rs saya amat memerlukan percutian. Im dying of vacation.! Terima kasih byk2 kpd kawan2 yg sudi mcadangkan tempat2 yg menarik sekitar Malaysia untuk dijadikan lokasi percutian. Saya amat bsedia untuk bcuti ke mana sahaja tapi kekangan masa amat menghalang dan ia amat menyeksakan!
Hujung minggu kali ini, saya lapang. Tidak ke kampung saya, mahupun kampung Arjuna. Tp, saya tetap tidak boleh bcuti! Kerana terpaksa oncall. Standby di rumah kot2 ada kes emergency di hospital. Pagi Jumaat, saya mahu bangun lambat. Ntah kenapa, saya suka sgt lebih2kan tidur di waktu pg kalau bukan hari bkerja. Syok semacam je kalau tido selepas subuh. betul x? Kamu ada habit buruk mcm saya x? Saya suka bgn lmbt..Bukanlah membuta sampai tengah hari. Tp, at least, lambat sedikit dr hari biasa. Tp Arjuna bukan begitu! Dia jenis yang tak akan tido selepas solat subuh! Sgt lah bagus suamiku itu. Bila dah siap solat subuh, Arjuna mcm biasa akan kaco2 saya supaya sy bangun. Tp hari tu, saya sgt malas nak bangun. Saya pejamkan jugak mata. Pukul 9am, saya tdengar ketukan di luar rumah. Rupanya2 Arjuna duk bertukang! Dia ada projek baru. Buat garaj rumah. Rasa bsalah menyelinap dlm diri. Sian suamiku. Penat buat kerja, isteri duk membuta. Tengok atas meja mkn dah ada sebungkus nasi lemak..Ayooiiii...Btambah2 rs bsalah! Bukan aku yg jg mkn minum suami. Tp suami yg jg makan minum aku!!...Ishkk ishkk..(ni 1st time i x senonoh ok!<---bela diri nih..huuu)..
Terus saya mandi dan pakai wangi2. Kemudian, masuk dapur.. Buat teh o ais (feveret Arjuna). Goreng nugget & fries. Kemudian angkat keluar hidang tuk arjuna. Arjuna tny "br bgn?" Saya jawab "eh xla, dah lm..dah siap mandi, basuh baju dah"...Hehe... Then, barulah saya ada selera nak mkn nasi lemak yang Arjuna beli tu. Sambil2 Arjuna DIY garaj (garaj kuaters kecik, muat kete saya je, so, Arjuna buat untuk kete dia)..., saya plak DIY bantal hantaran tuk adik saya. Sekejap2 saya keluar rumah tgk Arjuna. Tunjuk concern..Hehe..
Tengah hari, saya tanya nak mkn apa..Arjuna pun ckp la apa yg dia teringin nak mkn hr tu...Alahai, makanan yg dia suka, saya x berapa suka..Jadi, sy masak untuk dia lain, untuk saya plak lain..Nak tau apa benda?
Lepas solat Jumaat & lunch, Arjuna sambung projek DIY nya dan saya pun sambung projek DIY sy...Siap sebiji bantal, saya kebosanan. Saya pun ajak Arjuna keluar. Kami ke Dungun je. Tak le jauh2, nanti lambat sampai hospital plak kalo ada kes.. Dungun, kami ke Pantai Telok Gadung. Masa tu hujan renyai..Tp sempat je kuar amik angin & bposing2.
Ronda2 punya ronda cr tempat makan best, akhirnya kami memilih....
Selepas mkn2, borak2 mcm org bchenta,eh mmg tgh bchenta pun, kami pun balik. Sebelum tu singgah i-city...Apa ko ingat Dungun xde i-city??
Sabtu... Hr ni berazam xnak bgn lewat..Tp tbabas jugak. Bangun kul 8am... Arjuna gi opis sbb bos dia panggil siapkan keje apa ntah..Tengah hari, gi kenduri umah peneroka dgn Arjuna..Sy kan duk dlm Felda. Rupanya Arjuna well known dlm masyarakat Felda. Dilayan special la plak. Segan la plak saya. Saya ni jenis yg susah sket nak ramah tamah dgn makcik pakcik..Kalau sebaya, i ok je...Petang, bila dah penat tido, kami suami isteri kuar berdating lagi. Kali ni x pergi jauh. Ke pekan Paka je. Teman Arjuna gunting rambut...Tp tukang gunting sgt x pandai gunting..Semacam je pesen rambut Arjuna. Tp Arjuna diam je & bayar..Kalau saya, dah bising2 kat c2 dah...Kami ke kedai lain. Arjuna potong pendek terus! Mcm Mawi..Saya x pernah tgk dia berambut sependek itu...Dia sendri pun xpernah potong camtu..Rs cam org lain plak..Hehe... Kuar kedai gunting, hujan lebat..Tp kami ttp malas nak blk rumah lg...Maka kami pun ke pantai. Tak tau apa nm pantai tu...Haaa, inilah kelebihan duk Terengganu...Ke mana saja pergi, ada pantai..Walaupun kuar dr hutan kelapa sawit, terus jumpa pantai..Hehe...

Hujung minggu saya berakhir tanpa kes oncall...Best!....Kesimpulannya, xkesah pun kat mn2, asalkan ada org tsayang, ttp rs seronok & gembira.....................but i still need a vacation!* sigh...