Hi..
Hello..
:-)
Aiseh..Inilah jadinya bila momentum menulis semakin berkurangan. Tak tahu kenapa. Byk yg ada dlm kepala saya ni. Byk cerita nak dikongsi. Tp, tidak terluah dgn taipan pantas mcm selalu2. Hurm..Apa khabar kamu? Harap2 semua sihat dan happy. Saya selalu je singgah2 blog kamu. Baca tentang progression wedding prep. Cik Belle dah book katerer.SK gi fitting baju. Elya dah book pelamin. Cik Sue plak, tinggal 2 minggu saja lagi majlisnya. Itu b2b.. Si ex b2b pulak, Lynda sedang marathon kisah kawennya, Nawal duk feeling2 sal suami sambil main Twiter, Dot dah gi wat 1st check up, Fasha dah pack barang2 kot kne bsalin awal. Nad pulak, jarang update blog mcm saya jugak...Dan semua2 lah..Tak larat nak tulis semua...Tgk!.. Saya tak tipu. Saya mmg wujud lg di dunia blog ni..Dan saya mmg pergi jengok blog kamu semua. Cuma, kemalasan melanda. Malas tulis blog sndiri dan malas mengomen di blog orang lain. Tapi kali ni, saya nak paksa diri sikit. Nak update sesuatu.
Apalagi kalo bukan tentang pregnancy ni. Tak acilah kalo x cite2 sal pregnancy kan.. Kne la cite jugak..Betul x?..Ok, ini kira entry pertama saya merapu kisah ada keajaiban dlm perut..Hehe..
Kamu semua dah baca keluh kesah saya tentang anugerah tuhan yg lmbt tiba untuk saya ni kan. Mcm org dah putus harapan pun ada. Thanx tu Huda yg msg bg kata2 semangat..Walaupun dia dah mcm lenyap dr dunia blog ni, dia tetap ada untuk kawan2nya yg dlm kesedihan atau gembira.
Lepas piyed lewat 8 hari bulan lepas, saya mmg mcm dah tak peduli nak berusaha. Bekalan folic acid dah habis. Tp saya tak gi beli pun. Jus bidadari pun habis. Saya buat tak tahu je. Malah, saya byk travel. Sebelum ni, ada makcik ckp, kalo byk travel, susah nak lekat. Ntah lah. Tp bulan lepas, every weekend, saya travel jauh. Blk Kelate, nek KL 2x, siap gi Bukit tinggi & Genting lg...Dahla tu, travel dgn Gino lak tu. Gino tu kereta Arjuna. Kecik. Tau2 jelah naik kete kecik. Terlambung2 kan..So, mcm peluang nak lekat tu xde lah.
Masa blk Kelate, kami bawa PIL mkn2 kat McD.. Masa tu, mlm..Pss mkn je, saya masuk toilet nak buang air..Tiba2 loya & terus muntah. Ok. Tak fikir apa2 pun..Maybe tlampau kenyang. Tp saya ni, amat jarang muntah. Saya sendiri tak ingat bila saya pernah muntah dulu. Tp, saya tetap x fikir apa2.
Dua minggu pastu, otw blk dr KL, singgah sarapan kat R&R..Pas mkn, saya masuk toilet tuk buang air..Muntah..Ok..dah tau dah..Pas mkn xleh masuk public toilet. Akan loya dan muntah..
Then, saya lewat piyed seminggu. Tak bharap pun. Sbb mcm dah x betul dah piyed saya skang ni. Perut mmg rasa sakit mcm nak piyed tu. Tp, tak piyed. Saya sgt tak berani nak buat UPT..Sbb dr pengalaman, tiap kali pas wat UPT, saya akan piyed. Mcm dpt badi UPT kah?Haish!..Ingatkan saya je fikir mcm tu.Rupanya Arjuna pun perasaan jugak. Tiap kali wat UPT, tiba2 piyed..Sampaikan dia pun fobia.
Selepas 10 hari, saya beranikan diri beli UPT dan buat.Buat awal pg.... +ve!!!..Tp masa tu tak percaya. Konpius pun ada. Saya tinggal je UPT tu dlm bilik air. Arjuna tgk. Dia mmg tahu saya buat UPT. Sebab mmg tiap2 kali buat, dia akan tgk sendri result. "betul ke ni yang?"..tnya Arjuna. Dia pun mcm x percaya. Kami ms tu xdelah dlm keadaan gembira atau menangis kegembiraan. Kami lebih kpd "betul ke ni???"..Hehe..
Esoknya, saya buat UPT lg..Juga di awal pagi. Dan saya tinggalkan di bilik air untuk dilihat Arjuna juga seperti semalam dan sebelum2 ni. "Yang..Betul kot ni..Sayang pregnant"..Kata Arjuna. Kami hanya merenung masing2. Tak tahu apa yg perlu diucap. Tapi dlm hati...Alhamdullillah...
Dua hari pastu, Arjuna dah mula suruh saya jumpa Dr untuk komfirmkan. Ok.. Kamu tahu kan apa kerja saya. Saya kerja di klinik gigi kerajaan.Saya ni kalau mahu, senang je nak gi check dgn Dr. Boleh curi masa sekejap semasa bekerja dan jalan dua tiga langkah, sampailah klinik kesihatan sebelah. Boleh masuk jupe Dr tanpa menunggu. Sesama kerja, derang takdelah berkira sangat pun. Tapi saya tak mahu begitu!. Saya mahu debaran menunggu di ruang menunggu klinik bersama Arjuna. Saya mahu melangkah ke bilik Dr bersama Arjuna. Saya mahu perkhabaran gembira diterima bersama Arjuna. Kalau saya gi jumpa Dr kerajaan, saya tpaksa gi sorang2 sbb Arjuna kerja jauh sket. Kalau nak tunggu dia dtg, nanti kena set masa betul2 la plak. Saya kne free. Arjuna kne free. Dr pun kne free. So, kami amik keputusan, tuk cek di private clinic dulu. Klinik panel ofis Arjuna. Biasanya saya tak pergi klinik swasta ni. Sbb saya sendri dah kerja klinik kerajaan. Mcm ngada2 sgt la pulak nak gi swasta kan..Tp tuk kali ni, xpelah.
Kami ke klinik swasta pas margrib hari tu. Dr buat UPT lg dan +ve. Dr scan, xnmpk lg sbb katanya baru nak masuk 6 minggu. Tp ada org, 6 minggu dah boleh nmpk baby. Mebe sebab saya ni byk lemak kot. Scan xleh nak detect.Hahaha..
Then, barulah kami percaya yg saya dah pregnant. Suke!. Arjuna bgtau MIL. Saya bgtau ibu. Sebenarnya, part nak bgtau ibu ni pong mdebarkan. Tak tahu nak bgtau mcm mn actually.Hihi..Sbb saya rasa mcm saya ni masih anak ibu yg kecil. Tetiba nak bgtau pregnant. Hahh..perasaan dia mcm perasaan nak bgtau nak kawen la..Hehe..
Itulah kisahnya di awal kehamilan saya. Takde drama pun. Huhu.. Sbb saya ni, selalu berangan drama best. Saya berangan, kononnya, mcm dlm tv tu lah..Isteri cek UPT diam2, then dia surprise kan suami. Break the news ms candle lite dinner. Atau dgn cara bg kad & baju baby kat suami, letak bawah bantal suami. Suami tkejut, speechless & kiss isteri... Atau lebih dramatik lagi, suami isteri selalu gadoh tentang perkara2 kecil sejak dua menjak ni. Then, isteri pitam. Suami risau sgt2. Suami bw jumpa Dr..Dr cek2, pastu ucap tahniah kat suami sbb isteri pregnant. Suami punya lah gembira, sampai lompat2 dlm bilik Dr..Best kan...Ok, tu drama tv... In my real life, Arjuna mmg sentiasa aware bilakah piyed saya & bp hari saya lewat piyed..Maka, tiadalah adegan2 drama khayalan tu...huuu..
Apa2 pun, syukur dgn rezeki ini...
Skang dah masuk 7 wiks. Tak tau bila nak wat buku merah. Sum of my frens dah tau berita ni. Cuma, staf mmg xtau lgsung lg. Walaupun dah ada dua org yg tegur kenapa saya pakai flat instead of heels minggu ni... Saya sengeh je la. Tak tau kot derang dah prasan.
7 wiks ni, mmg simptom2 pregnancy mkin kuat. Balik kerja penat melepek. Arjuna lah yg tolong masak. Dia mmg terer masak pun. Kalau dia malas, kami mkn kat luar je. Lagipun keseronokan makan mcm dah xde skang. Mmg teringin nak itu ini, tp bila dapat, rasa mcm xsedap. Then, kalo sedap pun, habis sepinggan pun, pas mkn akan keluar balik walaupun x byk..Huhu.. Tiap kali muntah rasa cam nak nanges... Seb bek Arjuna ada.. Tolong urut dada..Urut belakang...Time nak tido lak, sangat tak selesa. Kejap panas kejap sejuk. Dan saya dah mula kencing malam!..Kencing malam ni mmg bukan habit saya la. Saya ni, biasanya, kalo dah tido, xkira la seawal mn pun saya tido, mesti bangun esoknya. Takde lah nak kencing2 ni. Mmg xkan sedar pape..Tp skang, wajib plak kencing sekali satu malam..Then, kadang2 tjaga tanpa sebab. Huu..Seminggu dua ni, saya prefer tido awal sbb kepenatan. Tp Arjuna xnak tido awal. So, dia akan tidurkan saya dulu, then baru dia kuar balik tgk tv ke men tenet ke apa.Hehe..Camne dia tidurkan saya? Dia belai lah..Usap kepala ke, tepuk2 manja ke..Hihihihi...Bestnya dpt mengada mcm ni..Hihi..Eh, saya x suruh ok..Dia yg buat...Best2..Kadang2 tu, tfikir jugak betapa mengadanya saya. Tp,yelah..Bukan saya yg suruh..Mebe tu cara Arjuna nak tunjuk yg dia appreciate pregnancy nih..Alaa, masa ni je..Bila ada baby nanti, mesti dia belai baby dulu kan..Heee..
Hurmmm..Itu je lah kot serba sedikit sal saya skang nih..Sikit apa..Dah pnjg lebar nih...T update lg okeh!
Daaa!!
P/s: Kawan sekerja saya pun terima berita gembira mcm saya. Selepas 2 tahun berkahwin!!..Jadi, untuk kamu yg masih menunggu, sabar..Janji Allah itu pasti... :-)