kita2.... ;-p

Friday, August 26, 2011

malam tujuh likur

Malam 27 Ramadhan.. Org dulu2 panggil malam tujuh likur.. Sekeliling rumah dihias dgn pelita yg terang benderang menerangi laman. Tanda mengalu2kan kedatangan Syawal. Masa ni lah, ada jamuan makan2 sesama jiran tetangga mahupun penduduk kampung semperna meraikan bakal berakhirnya Ramadhan dan tanda sudah khatam sebuah Al-Quran yg dibaca secara tadarus. Suasana indah. Masing2 sibuk membuat persiapan tibanya lebaran.

Dan saya, masih di sini. Di kuaters klinik. Masih belum ada tanda2 mahu bersalin. Agak kebosanan setelah selesai mengemas barang2 yg ingin dibawa pulang ke kampung halaman. Tp kenapa belum balik2 lagi sedangkan saya suami isteri sudah mula bercuti?Hurmm, sebabnya, saya menunggu adik2 saya untuk pulang bsama2. Kak ngah dari Kuantan. Dia ke sana kerana berurusan dgn vendor kahwinnya. Acik pula dari KL. Tpaksa ambil bas lompat2 kerana semua tiket sudah habis. Mujur tiket Medan-KL nya selamat dibeli awal2 lg..Maka, menunggu di malam2 menjelang raya di kawasan perumahan yg sudah sunyi sepi ini amat menyeksakan..Arghhh!..Saya mahu segera pulang! (mood balik kampung tetap ada walaupun setiap hujung minggu balik kampung yg dekat itu..hehe)

Sekian.

SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA..
Mohon maaf atas segala khilaf...

2 comments:

  1. Tahun nie tema raya warna ape?.

    ReplyDelete
  2. bila dah bersalin sila updet ngan pantas yeh. ai x sabo ni kak =p

    ReplyDelete

this is my personal blabble, but u r free to drop any words :-)