Dan saya, masih di sini. Di kuaters klinik. Masih belum ada tanda2 mahu bersalin. Agak kebosanan setelah selesai mengemas barang2 yg ingin dibawa pulang ke kampung halaman. Tp kenapa belum balik2 lagi sedangkan saya suami isteri sudah mula bercuti?Hurmm, sebabnya, saya menunggu adik2 saya untuk pulang bsama2. Kak ngah dari Kuantan. Dia ke sana kerana berurusan dgn vendor kahwinnya. Acik pula dari KL. Tpaksa ambil bas lompat2 kerana semua tiket sudah habis. Mujur tiket Medan-KL nya selamat dibeli awal2 lg..Maka, menunggu di malam2 menjelang raya di kawasan perumahan yg sudah sunyi sepi ini amat menyeksakan..Arghhh!..Saya mahu segera pulang! (mood balik kampung tetap ada walaupun setiap hujung minggu balik kampung yg dekat itu..hehe)
Sekian.
SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA..
Mohon maaf atas segala khilaf...
Tahun nie tema raya warna ape?.
ReplyDeletebila dah bersalin sila updet ngan pantas yeh. ai x sabo ni kak =p
ReplyDelete