Salam...
Fuhh tajuk saspen kan..
Ok, sambungan kisah yg korang tertunggu2...
Hari ke 2 di hospital. Pagi2 lg dah plan dgn Arjuna nak mintak dgn Dr nak balik hr ni sbb mmg xde tanda2 nak bsalin. Buat apa melangut di wad kan. Lebih baik berehat2 di rumah. Lagipun, tempoh post date adalah 10 hari dari tarikh EDD. Jadi, bila HO dtg ward round pagi tu, terus mintak nak balik. HO ckp, saya dijadualkan untuk scan perut pagi tu. Kalau semua ok baru boleh balik dan kena dtg semula pada hari ke 9 post date. Lahhh, baru nak scan. Apasal semalam x scan terus?..Huhu..Pukul 10am, misi dtg ajak saya ke bilik scan.. Mak aihh, bilik scan kat wad kelas 3 nun.. Sedih betul hospital kerajaan ni. Bila scan, Dr ckp, air ketuban dah xde. Kata Dr mungkin ada leaking sblm ni, tp saya x sedar atau mungkin juga diserap oleh placenta sbb dah overdue. Jadi terpaksa induce secepat mungkin. Mulanya, dengar keputusan Dr macam tu, saya ok je walaupun perasaan takut dah menerpa. Tp bila balik ke wad dan nmpk muka Arjuna, terus bjurai2 air mata ini. Huhuhu.. Tpaksa la Arjuna pujuk. Kena la tabah demi baby. Tp masa tu mmg rasa takut sangat. Sbb org kata, induce tu sakit. Untuk alihkan fikiran, sempat la online sekejap update blog. Itupun sekejap je sbb mmg dah xle alihkan fikiran. Dah mmg duk mikir sal kne induce.
Lepas makan tengah hari, saya dipanggil ke bilik rawatan. Dr yg scan saya tadi buat VE. Adoi. Senak! Mungkinkah sebab tangan Dr tu tembam atau mungkin sebab dah kali ke 3 kena seluk? Kali ni juga jalan totally closed dan ketat kata Dr. Huhu. Then Dr seluk lg kat bawah tu dan masukkan ubat. Bukan di birai2 ok, tapi dia jolok sampai ke dalam!! Ya, masukkan ubat by hand tru vagina!.. Mulanya saya ingatkan dia nak injek. Sbb as far as I know, induce ni masukkan ubat melalui IV. Tapi masa tu malas nak tanya sebab dah sakit. Mmg sangat senak sampai saya dah terangkat2 bontut. Sampai keluar air mata! Mungkin saya ratu air mata. Mudah menangis. Tapi kali itu mmg sakit ok. Bukan sbb saya manja ke apa. Lepas tu saya disuruh baring berehat di katil selama sejam. Selepas sejam, misi datang buat CTG. Lepas buat CTG terus saya online. Google tentang induced labour. Rupanya ada byk cara. Yang masukkan ubat kot bawah tu adalah mggunakan progtaglandin. Untuk lembutkan muscle dan bukakan laluan yg mmg ttutup rapat tu. And for some people, boleh sebabkan contraction jugak. Sbb kalau saya diberi pitocin terus, iaitu ubat yg diberi melalui IV, takut contraction je tp jln x buka2 jugak. Kesudahannya mungkin ceaser. So, dah faham. Tp saya tny jugak misi. Brapa lama biasanya ubat td bkesan. Misi ckp, ada sesetengah org, masukkan sekali dah tbuka jalan, ada plak masukkan 4x barulah tbuka jalan. Ya Allah. Gerun sangat!. Petang, nasi dan lauk pauk hospital sudah menjadi tidak sedap. Arjuna yg habiskan buat buka puasa sunat Syawal. Saya pulak makan makanan yg ibu bawa. Belum rasa tanda2 sakit tp dah xde selera sbb susah hati. Malam, tidur awal. Tp tjaga la jugak sbb rasa sakit kat lower back. Tp boleh je tidur malam tu.
Dan pagi tu, masih boleh ketawa2 dgn Arjuna walaupun rasa sakit kat lower back tu. Dekat perut langsung x rasa apa2. Dalam pukul 10am, Dr buat VE….. Baru tbuka 1cm!!!!!!... Ya Allah..Maknanya kena masuk ubat lagi. Dan sekali lagi saya dijolok dgn ubat tu. Sakit! Sakit! Huhu. Lepas tu disuruh baring 1 jam dan buat CTG. Sakit kat lower back mula makin kuat. Masa tu, dah malas nak angkat kol, malas nak balas msg sapa2. Sampaikan saya silentkan hset. Bunyi hset pun dah xnak dengar. Tp, masih mampu bcakap2 dgn Arjuna yg setia menemani di sisi. Makan tengah hari pun dah x lalu walaupun ada makanan yg ibu bawa. . Tp paksa diri makan sbb kononnya untuk tenaga kalau kena beranak ptg nanti. Dalam sakit2 tu, dah mula juga keluar tanda iaitu blood mucus. Perasaan semakin berdebar2. Dalam kul 4pm, Dr buat VE lagi…… Jalan tbuka 2-3cm!!!..Ya Allah Ya Allah…Mmg menangis kat situ jugak la. Peduli apa depan Dr ke apa. Kne masukkan ubat kali ke 3 mmg rasa nak terajang je Dr tu. Sangat senak! Sebab bcampur dgn sakit kat lower back, rasa tlampau senak sampai ulu hati kot.
Malamnya, memang rasa sakit kat lower back makin menyucuk2. Tpaksa solat sambil duduk. Nak baring pun dah xtahu posisi mana yg selesa sbb sangat sakit. Setahu saya, kalau contraction, kita akan rasa sakit secara berkala. Sakit kemudian hilang, kemudian sakit lagi kemudian hilang. Sampailah betul2 nak beranak, sakit akan rasa lebih kerap. Betul x? Tapi apa yg saya rasa adalah sakit sakit sakit yg bpanjangan. Sangat sakit kat lower back tu. Macam nak putus pinggang kot. Malam tu saya mmg x boleh tidur. Arjuna pun bjaga malam sebab keadaan saya tu. Sakit yg saya rasa tu, x mampu buat saya menangis. Tak tkeluar air mata pun sbb tlalu sakit. Yang mampu buat hanyalah pejam mata dan selawat. Itupun dah x tdaya nak menyebut. Hanya mampu sebut Ya Allah, Ya Allah saja. Mengiring ke kanan sakit. Mengiring ke kiri sakit. Tlentang pun sakit. Arjuna pun x senang duduk. Dia asik bdiri tepi katil dan pegang tangan saya bagi kekuatan. Sangat sakit! Kemudian, saya suruh Arjuna gosok bahagian lower back saya. Ia tidak mengurangkan sakit. Tapi, dgn gosokan itu, boleh buat saya tbuai sikit. Jadi mcm tenang sikit kot dan xdelah gelisah2. Tambah pula mata dah mengantuk sangat kot. Tp ntah pukul brapa pagi, misi dtg amik blood pressure dan denyutan jantung baby. Masa tu dia tgk Arjuna tgh gosok my lower back, dia pun tegur, jgn gosok sgt kat situ, sbb bhgn tu ada muka baby. Nanti lebam muka baby. La pulak!. Serta merta saya suruh Arjuna bhenti gosok. Dah xtahu nak buat mcm mn lagi, saya suruh plak Arjuna sapu air zam zam dan air Yaasin kat my lower back. Org sapu kat perut. Saya sapu kat pinggang belakang atas pinggul! Rasa sejuk air dapatlah tenangkan saya sikit. Tapi tetap x melegakan kesakitan yg amat itu. Sakit blarutan sampailah ke waktu Subuh dan semakin teruk. Sampaikan nak ke bilik air tuk amik wuduk pun, tpaksa dipimpin oleh Arjuna. Balik dr bilik air nak ke tikar solat mcm dah merangkak2 dah. Nak pakai telekong sembahyang amik masa 15 minit kot sbb tpaksa duduk tbongkok menahan sakit. Seksa sangat! Air mata mmg dah x tkeluar. Sekali sekala dah macam merintih2 pun ada. Tolong bang, sakit… Bila ibu dtg, merintih kat ibu plak. Tolong bu, sakit. Ibu pulak yg sampaikan menangis2 tengok saya. Ada sekali tu, Sister hospital dtg jengok. Mungkin sbb dia dgr saya mcm merintih2 masa dia round ward. Dia dtg dan pegang tgn saya suruh sabar dan dia ckp, dia faham sgt. Sbb mmg sakit bila kne induce dgn prostaglandin. Masa tu saya dah x boleh nak buka mulut. Hanya sebut nama Allah dlm hati saja. Mata pun xle nak buka. Dan Arjuna usap kepala or lengan saya pun saya x bagi. Saya xmampu ckp jangan usap. Juz geleng kepala bila dia nak usap. Sebab masa tu rasa semua sentuhan luaran macam menambahkan lagi kesakitan.
Dalam pukul 9am kot, Dr dtg nak buat VE. Saya tgh mengiring waktu tu. Mmg x boleh nak duk tlentang dan mengangkang pun sbb semua pgerakan sendri macam menambahkan lagi kesakitan jugak. Saya mampu bsuara mintak pain killer je dgn Dr. Tp Dr ckp, dlm labour room br boleh bagi pain killer..Then Dr tu pergi tgk patient lain dulu. Kali kedua Dr dtg, saya xboleh bg kerjasama jugak. Then, kali ketiga, Dr tu dtg dgn Sister td dan bbrp org misi. Sister tu td la yg pujuk serta tolong saya tuk duk tlentang kangkang tuk buat VE. Jalan baru tbuka 5cm! Ya Allah. Kenapa la susah sgt nak tbuka laluan ni?..Dr suruh prepare tuk masuk labour room. Saya belum makan atau minum seteguk pun lagi air. Masa tu la diorang paksa saya makan tuk dpt tenaga tuk push. Mana la tdaya nak makan. Nak buka mulut pun x mampu. Dalam pejam mata menahan sakit tu, ibu suapkan saya horlick melalui straw. Seiingat saya saya minum 3 teguk sahaja. Mmg x boleh nak telan! Dlam x boleh nak buka mulut tuk makan or bcakap tu, sekali sekala tkeluar jugak suara mcm nak meraung. SAKIT! SAKIT! SAKIT!.. Ntah macam mana, dtg HO tny saya nak pain killer epidural x?... Mmg xyah fikir panjang pun, terus saya ckp nak!..Tp epidural pun kne bagi masa kat labour room.
Tak lama lepas tu, saya dibawa ke labour room. Masa tu saya pejam mata je..Rambut pun serabai. Tak tau la rupa saya macam mana. Sampai kat labour room, dlm sakit2 tu, nampak la jugak keadaan sekeliling. Hectic! Macam ramai giler nak beranak. Saya disuruh salin baju, dan dipasang CTG. Dan dibiar sorang2 kat situ. Sakit makin bterusan. Tak berkurang walau sesaat pun. Masa tu, kain tselak ke apa dah x peduli dah. Mmg sakit xtahu nak describe macam mana. Tunggu punya tunggu, xjugak diberi pain killer. Misi2 kat situ mmg x layan kalau kita panggil sbb kita baru masuk dan diorang dah tahu bukaan kita stil sikit. Tp saya panggil misi bukan sbb nak teran beranak. Saya nak epidural! Sampai 1 tahap, saya kne mjerit la jugak kat misi. “saya ni nak epidural! Dr bgtau Dr td!”…Barulah derang ambil tindakan. Nak buat epidural pun 1 hal. Masuk labour room tu, kne clark by sorang Dr labour room dulu. Then Dr tu plak, akan kol Dr anaest tuk wat epidural. Punya la lama nak tunggu Dr anaest dtg. Sakit dah la mggila. Satu lagi saya risau bukaan jd 6cm..Bila 6cm, mmg xle amik epidural dah sbb nanti x bkesan. Saya masuk labour room pukul 10.30am. Tp kul 12pm br Dr anaest dtg. Bila dia buat VE dah 6cm. Ah sudah.. Tp saya ckp saya nak jugak!.Dr tu asses jantung baby semua, then dia setuju buat epidural. Prosedure epidural ni rumit jugak. Nak cucuk kat tulang belakang tu. Mmg kne duduk betul2 tegak. Masa tu mmg sakit lower back makin dasyat. Tp cekalkan hati tuk bangun, duduk tegak semata nak buat epidural. Takut lambat2 nanti jalan tbuka makin besar, ada komplikasi plak. Tak lama lepas tu, sakit makin bkurang. Alhamdullillah epidural mula bkesan. Then, barulah Arjuna dibenarkan masuk. Masa tu kul 12.30pm. Barulah betul2 boleh senyum kat Arjuna sbb sakit dah hilang. Betul2 hilang macam dah beranak kot. Lega sgt! Baru rasa tenang.
Ok...Bsambung lg..Penat taip ok..Korang x penat baca?...hehe..Part saspen belum habis...Tungguuu!!!

harz.. zaila tgh tunggu masa utk deliver ni... x sanggup nk baca sampai habis.. takut.. tp part yg kena jolok masuk ubat tu.. mmg zaila pernah alami la.. serious rasa sakit.. zaila kena 2 kali..kali pertama doc yg masukkan.. sakit.. sampaink terjerit.. tp cover, sbb masa tu kt klinik.. second time husband masukkan.. sbb kt rmh.. mmg terus nangis, meleleh2 air mata.. siap panggil mama.. peluk2, sambil nangis... aaa amik ko.. drama sungguh.. very d drama queen.. seriously when u mentioned masuk ubat tu sakit.. i feel u babe....
ReplyDeleteJahat!! Ingat kan dah abis! Buat debar jer la.. Citer awak ni buat takut nak beranak lagik jer
ReplyDeletepengalanman bersalin kali pertama kita sama... overdue dan induce kat bawah.. bezanya, saya induce skali je.. 11am induce, [astu jalan bukak, 10pm++ bersalin..
ReplyDeletemmg sgt sakittttt! but u are a tough mummy.. insyaAllah, Allah ampunkan dosa sblum2 ni...
kita doakan anak2 kita jd anak yg soleh dan solehah.. aminnn
sy baca cerita kak mcm nak nangis..ya allah takutnya
ReplyDeleteweii..ade lg saspen kee....ni dok sakit2 ni pun aku dh saspennn kot!
ReplyDeletesaya rasa sakit itu...dapat bayangkan setiap detik...semua orang memang lain sakitnye...alhamdulillah,semuanya selamat...tahniah.. :)
ReplyDeleteSalam kak..sy silentt reder jak akak mula kwin lg..sgttttt suspen cite kali ni..cpt2 update ye..
ReplyDeletesgt takot n sdih bce cite kali ni..
-Nurhah=
fuhhhh sy baca dr awal sampai abes..
ReplyDeletexsaba nak tau sambungan ;)
tp bile dh kua tu legaaa sgt kann
ReplyDeletebaca separuh jalan je.. xsanggup nk baca smpi habis.. seriauuuu~ huhu.
ReplyDeletehuu i can feel u harz.. sgt x suka bila doktor masukkn ubat dkt vagina tu.. xsuke2! mmg rs kne jolok tu kn?
ReplyDeletefuhhhh...berdebar bace entry kau..tgu aku balik raya haji.. fuhhh... aku nk jumpe kau... kau sgt tabah!!!
ReplyDeletealhmdulillah selamat smua nye... xpe..sakit yg berbaloi
berdebar pulak aku. huhu
ReplyDeletemmg lega sgt kn dpt epidural...huhu
ReplyDeletebergenang air mata bc..ni lah pgorbanan seorang ibu utk melahirkan anknye..cpt sambung! xsabo dh..
ReplyDeletenik sakit menggila tu..start kul 6...kul 10.20 bersalin...
ReplyDeletetapi takde induce..mmg normal pain mcm tu...msa masuk ul 6 tu...ingat dah buka la 3 4 cm sbb sakit sangat.... tapi rupanya masih dgn 1cm...nik pulak dah minum air selusuh (sebab dah sakit sangat sampai mmg ingat dah nak bersalin sangat..sakit tak berenti langsung..bukan sekejap2 ada.sekajap2 takde)...
alhamdulilah..kejap je bukaannya..bersalin...
eh...sebenarnya tetiba teringat sakit bersalin haritu bile baca ni.. =p....
salam ziarah...bw dari blog dd.. =)
baca citer ko teringat time aku bersalin aritu. seriesly sebijik! cuma ko dah tulis, aku jek belum. haha. ni lepas baca baru start nak buat draft part 2 nih. hehehe
ReplyDeleteSaspen betoll..rakit baca...huhu
ReplyDeletelen,
ReplyDeleteko buat aku rasa cuak nak beranak balik...muahahahah...
aku pon kena induce aritu,tp IV...
isk...sakit perut aku baca :P
mas :)
sakit ni sama macam yg saya rasa.. mmg induce ni sgt sakit.. lagi sakit time doktor buat VE.. ya ampunnnn.. takleh tahan.. tak pernah rasa sakit camtu.. tp u sgt bertuah dpt bersalin normal walaupun di induce.. saya ni dah laa kene induce, terpaksa ceaser pulak sbb jalan bukak sgt lambat walaupun tunggu lama.. =( takpelah, yg penting baby selamat.. =)
ReplyDelete